bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, October 26, 2010

head hunter



semalam rakan sekerja aku ada terima call dari head hunter. then dia cerita kat aku yang head hunter tu nak cari post yang lebih kurang post aku pegang la ni dan dia suggest nama aku dekat head hunter tu..
sebenaqnya ada la jugak beberapa kali aku dihubungi oleh head hunter.. mula2 aku mengaku dgn head hunters tu yang aku berminat dengan offer depa..konon2 nak test market..he he he..tapi pasai pa tak tau aku tak dak motivasi nak update resume..so, at last tak jadi la aku test market..
nak kata aku sayang sangat dengan company ni, dak la sangat pun..ada banyak benda jugak yang sebagai seorang staff; aku berasa tak puas hati..namanya pun manusia kan...

alasan2nya adalah seperti berikut;
1. mengenangkan job scope aku ni yg aku rasa mencabar, so keja kat mana2 pun akan rasa sakit kepala la jugak kan.
2. takut dpt colleague yg tak ngam..Alhamdulillah colleague aku la ni best2.
3. jauh dari kampung halaman.
4. aku ni org yg malas nak fikir pasai risiko.

wah, banyaknya alasan, patutla resume aku tak ter'update'..

so, walaupun gaji dekat 2 kali ganda, aku buat tak brapa kesah ja...bila la aku nak berubah ni??

No comments: