Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, October 31, 2010

Pantai Merdeka

tengahari tadi, anak menakan mai rumah mak aku..dok panggil2 nama aku pastu dibaginya aku sebungkus nasi..dok sat, dia ajak aku p mandi ayaq terjun..bodek la taksat tu.. mak dia habaq, dah dua hari dok sebut nak p mandi ayaq terjun,..selalunya kalau nak mandi ayaq terjun, destinasi aku adalah lata bukit hijau...aku habaq boleh pi tapi pukul 2 petang la..pastu dok sat, dia mai habaq balik kat aku, pi mandi pantai pun syok jugak no...aku kata ..aaa takpala, pantai pun ok jugak..dekat sikit..pantai merdeka..agak lama jugak rasanya aku tak pi sana ..dah 3 tahun kot..
masa aku kecik dulu, kalau dapat pi pantai merdeka ni memang hebat dah la..nak sampai pantai merdeka tu, kena seberang sungai muda sampai ke kota kuala muda dengan sampan..sampan tu pakai pendayung..sorang 4 kupang kot tambang dia..dari kota kuala muda, kena ambik bas nak sampai ke pantai merdeka.. la ni dah ada jambatan muda..jadi, aku boleh seberang sungai tu guna jambatan tu dah la ni..walaupun ada jambatan tu, perkhidmatan sampan masih ada cuma la ni dah tukaq pakai enjin..
dari rumah mak aku nak sampai ke pantai merdeka tu, ambik masa 20 minit..tu pun aku bawak keta ala2 bersiar2..he hehe..sesampai di sana; wah! dah berubah pantai merdeka ni..merdeka beach resort dulu aku tak perasan ada ka dak, dah lawa la ni..kalau dulu ada, mungkin tak cantik sebab tu aku tak perasan kot..ada food court yang menarik dan banyak kedai makan..tapi kami tak singgah makan pun tadi..orang tak brapa ramai, maybe awal lagi kot waktu tu, pukul 3.30 petang..
dari pantai merdeka, boleh nampak tanjung dawai dengan gunung jerai..ada gak perkhidmatan bot ke tanjung dawai. orang boleh beli jualan berasaskan hasil2 laut kat situ..boleh kata murah jugak la...angin kuat jugak masa kami sampai tadi...minggu ni selalu hujan kat belah utara..
sebelum budak2 tu mandi, belikan snek, main kat playground sat.. besaq gak playground dia...pastu mandi..tapi tak lama sebab memang nampak macam nak hujan..sudah saja depa mandi, teketaq-ketaq kena penangan angin kuat plus angin yang nak bawak hujan..masuk ja dalam keta, ngam2 hujan turun..selamat kami..
sila la berkunjung ke pantai merdeka untuk rasa angin pantai bersama deruan ombaknya...


sila o sila

orang jual layang2

rojak + keropok + cucuq + nugget

seronok main

playground

food court nun di sana

berangin

pandangan ke utara

tanjung dawai

gunung jerai

pandangan ke selatan

pantai merdeka

No comments: