bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, November 11, 2010

sensitif makin menjadi-jadi

pejam celik, pejam celik,
sampai lagi monthly presentation,
bulan ni aku memang cuma tarik lagi arrow gantt chart tu..
selain dari buat macam tu, aku tak tau nak buat macam mana lagi,
takkan nak habaq kata keja abih dah kalau kata yang sebenaqnya tak abih..

dari pagi lagi, memang tak dak mood nak komen on everything pun sebab keja sendiri pun tak siap..
lagi mau komen orang punya tak siap..
sampai ja turn aku.. dengan jujurnya aku habaq, no update..

aku ditanya; "kenapa?"
aku menjawab; "tak dak masa untuk tengok projek.."
pastu...terdengaq satu ayat.. "hari2 dok buat apa.."


dengaq ja ayat tu,
muka aku dah bertukaq kaler..
dah la tak pandai nak berlakon.. :(
dah la awai2 tak dak mood nak present..
tambah pulak hangat hati minggu ni tak hilang lagi..

aku rasa macam dah bergenang mata aku..
dah la lama sangat aku tak rasa macam ni..

pastu dia dok berucap,
actually for positif,
cuma aku yang bertambah tak tahan macam ni..
memang salah aku tak boleh siapkan projek tu tapi memang aku tak sempat,
tak boleh salahkan aku jugak,
tapi aku tak salahkan dia jugak menyalahkan aku..
hu hu hu

aku pun tak tau la pasai pa hari ni menjadi tersangat sensitif..
tahap yang tak tau nak cakap..
ni first time aku nangis kat kilang hari ni...
lagi gila, ni first time aku keluaq masa dia berucap...

bukan nak kurang ajar sebab waktu dia berucap tu turn aku present..
tapi ayaq mata aku dah tak tertahan2 dah ni..hu hu hu
memang gila betul hari ni...

sampai ke sudah aku tak senyum..
depa dok gelak2,
aku muka macam hapa ntah..
aku cuba control tapi memang entah benda apa dok rasuk...

waktu rehat, mencurah2 la..
breakfast pun aku tak makan..
macam tau2 pulak nak jadi macam ni,
aku tak singgah beli makanan pun hari ni..
lunch pun aku tak ambik...
petang mula la perut berbunyi..

untuk meredakan keadaan dan untuk secara tidak langsung nak bagitau dia yang aku bukan marah kat dia..
aku terpaksa masuk la jugak update cdp kat dia...
muka dia pun ok gak la..
muka aku yang tak ok..
dia buat lawak,
aku nak senyum tak senyum... :(

petang kena update lagi cdp kat dia...
masuk bilik dia,
aku berdiri,
dengaq ayat dia... "dudukla,  unless tak suka duduk lama."

aku terdiam..
dia pun terdiam
and again
hati aku sangat terasa...

hari ni hari yang tak best,
adakah aku dah tak sesuai keja di sini?

:((

No comments: