bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, December 20, 2010

hamba

Menarik ke hari ni? hmmmm...menarik atau tak, perjalanan harus diteruskan selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Pencipta sekalian alam.. bunyi macam orang yang tak ada semangat ke? mungkin...tp tak jugak..cuma bermuhasabah diri..
selagi bergelar manusia, kita adalah khalifah di muka bumi..menguruskan amanah Allah..setiap hari perlu dijalani dengan rasa penuh tanggungjawab pada diri, keluarga, teman2 dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.. setiap hari perlu dijalani dengan rasa penuh kehambaan pada Allah..
namun, realitinya tak semudah yang diucap..sebagai manusia, kerap kali lupa yang diri kita cuma hamba..hamba yang perlu bersyukur atas segala nikmatNya..hamba yang perlu redha menerima apa jua takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz..hamba yang perlu sentiasa ingat akan kehidupan dunia yang sementara..hamba yang perlu sentiasa mengharapkan rahmatNya untuk kehidupan abadi di sana...

No comments: