bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, January 30, 2011

baru pasang air-cond lama

ahad yang tenang..aku rehat ja kat rumah..bangun lambat jugak..cover tido & penat seminggu lepas.. semalam sabtu pun aku sibuk jugak..tapi sempat la menunaikan azam aku untuk gaya hidup sihat, nak jogging 3 kali seminggu..actually belum dapat tapi at least dapat jugak jogging sekali seminggu.. 

pastu tunggu abg man datang untuk pasang air-cond kat rumah..akhirnya terpasang jugak la air cond tu..walaupun aku tak tau bila aku nak guna..kipas siling pun aku cuma on no 1 saja waktu malam...kawasan rumah aku ni tepi bukit..so malam2 sejuk sikit..tu yang pagi2 pun liat sikit nak bangun..he he..kenapa nak pasang air-cond kalau dah tak tahan sejuk? 

aku terpaksa pasang sebab dah 2 tahun lebih dok terperap ja kat bilik..takut rosak plak..aku dapat lucky draw waktu beli rumah..itulah last time dapat lucky draw..entah bila nak dapat 'lucky' pulak ni... sebelum ni dah janji nak pasang tapi asyik ja tertangguh-tangguh..finally...berada di bilikku terasa macam berada hotel..he he he

waktu depa tengah pasang air-cond, acik, kawan aku dari alor setar datang..dia bawa budak2 sekolah ke perlawanan catur..sementara budak2 tu dok fokus denagn pusingan2 mereka, dia pun melawat aku..bersembang2 sampai abg man dah siapkan keja dia, kami pi keluaq makan..sorry la acik, kalau nak merasa hasil masakan saya, tunggu mood memasak mai dulu :P ..so, aku pilih salah satu 'dapur aku' di sp ni..dan terjamu lah acik & anak2 dengan hidangan thai.. 

sempat window shopping kat village mall sebelum kami beredar.. dia kembali pada student dia dan aku menuju ke tesco untuk monthly groceries shopping..kat village mall pun aku masuk kedai cermin mata, dekat tesco pun aku masuk kedai cermin mata...mata aku ni dah berkenan la..tapi otak aku ni, rajin pulak dok menganalisa lagi..dan tiada apa2 yang dibeli di kedai cermin mata itu..

semalam, shopping barang yang paling sedikit RM keluar..baguslah kalau tiap2 bulan pun macam ni..tapi jangan harap la..once a while only ma..

balik dari shopping sibuk mengemas rumah & membasuh baju pulak..dah penat tapi kugagahi jugak balik kampung malam semalam...

sekian buat kali ini...

2 comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Bestnya rumah norh ada air cond, tak lah tengahari nak tidur rasa panas.

norh said...

*Kak Ina

boleh la feeling ala-ala dok hotel..he he