bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, January 2, 2011

CHENNAI CURRY HOUSE

jumaat malam, menjelang hari pertama di tahun baru, aku dengan housemate dinner kat luar..mula2 nak makan dekat 1 STATION, lagenda heights tapi ramai sangat orang..dah la pukul 9 malam lebih dah..so, option lain; LEBOSS..melangkah masuk ja, pun ramai orang..nampak macam ramai yang masih tak dapat order lagi tu..so, option ketiga, CHENNAI CURRY HOUSE..pusing punya pusing mencari parking, akhirnya dapat jugak tempat betul2 depan kedai tu..apa lagi..gembira la :)) ..sebab perut dah berlagu riang...

Beriyani ayam..nasi dia sangat sedap..makan nasi saja pun dah sedap..wangi dan lembut..mesti cuba tau!

ni hidangan yang aku pesan, Naan Tandoori Chicken..rotinya lembut tapi garing2 sikit kat luar..dia bagi kuah kari..sedap!! tak pedas dan cukup rasa..


Ayam tandoori dia memang best lah... marvelous!!


Jus amra/kedondong dengan asam boi


kami makan kat luar..  

bahagian dalam restoran

berhadapan dengan blok Chennai Curry House ada mall ni..jantung bergegar dek bunyi kuat dari kereta2 yang buat pameran sound system..macam mana la depa boleh tahan dok lama2 kat situ??..


Old Town pun penuh orang..
sebelum balik, semppat jugak snap gambar ni..

6 comments:

Ms kertas said...

sedap kannn...i mmg suka kari2,pedas2 nih..
izin kan hamba nak grab pic kat sini yer

norh said...

bila2 kita lagi na..hamba izinkan tuan hamba grab pics ya..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Norh, akak pun baru balik dari makan masakan India.Semenjak 2 menjak ni, kari ikan jadi kegilaan pulak. Kat situ mesti kari dia sedapkan.kuah kari memang bestkan.

norh said...

kak, kalau datang sp, mesti cuba tau restoran ni..orang India yang dok penang pun sanggup turun ke sini sebab kat penang tak dapat yang sesedap sini..

Sya said...

ala..SP...jauhnyee...baru ingat nak pegi...huhuh..

norh said...

jangan kempunan pulak..lepas bersalin la nampaknya ye, kot ada rezki ke SP..