bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Wednesday, January 12, 2011

di Langkawi selepas 10 tahun

Aku mengambil masa 10 tahun untuk kembali ke Langkawi...ha ha ha..Iya ya ja..macam la jauh sangat Langkawi dengan Sg petani tu..tapi disebabkan tak dak sesiapa mengajak dan aku sendiri pun sibuk dengan kerja, jadi tak berkesempatan la melawat Langkawi..
Dan bersempena azam tahun ni, untuk enjoy; aku mulakan tahun baru dengan penuh keazaman..he he..
Kami berempat dalam trip ni..actually tak plan sangat pun..cuma baru bulan lepas kot, cakap2 nak ke Langkawi..Alhamdulillah..tercapai jugak hasrat ni :)
Kami bertolak dari Kuala Kedah. Feri start pukul 11 pagi, sampai jeti Kuah pukul 1; lambat gak ni.. check in di Akasia hotel pukul 2.30.. Plan asal nak dok di Chenang tapi alkisahnya, fully booked; mat dan minah saleh masih penuh lagi menginap di situ...
Lepas solat, perut mintak diisi..kami singgah ja kedai nasi campur kat tepi jalan on the way nak ke buffalo park..agak mahal la walaupun bukan cuti sekolah..pastu mencari jalan ke buffalo park..nak masuk situ, kena masuk lorong kecik ja..patutnya sign board kat simpang jalan tu kena buat besar lagi, baru la orang nampak.. kat sini famous dengan Mozarella cheese yang diperbuat dari susu kerbau..
Kat bawah ni, antara moment2 pada hari pertama...


jeti Kuala Kedah

tiket saya

buffalo park

yogurt buffalo milk


yummyyy

nak masuk kandang tu kena bayar..dok kat luar ja la.. 

suka la papan tanda tu 

pemandangan indah.. exercise pertama..he he


 
sampai jugak ye kak zaini


nak posing jugak walaupun panas terik waktu ni 

galeria perdana 

telaga air panas

saya suka suasana ini...

Pantai Tanjung Rhu 

tershopping jugak di sini..he he 


rhu

pantai ni tak berubah, sama macam 10 tahun dulu

pasir putih tepi pantai...la la la

tiap orang dengan aktiviti masing2


bila ada yang sudi nak tukar signboard tu?

sinaran..

 ini pun saya suka :)

6 comments:

Alin Marlini said...

sudah makin lawa..lama tak jengah kampung angkat ni...

miss nina said...

yogurt tu nampak sedap :)

lama juga tak langkawi, hampir 4tahun rasanya

norh said...

*alin
sememangnya semakin cantik..sekali tu, rasa macam dok negeri omputih pun ada gak..

noreed said...

gambar sunset tu sgt cantik :)

norh said...

*miss nina
lain kan langkawi sekarang ni :)

norh said...

*noreed
nice view..indahnya alam ciptaan Allah :)