bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, January 17, 2011

Langkawi Skybridge

Masa naik gondola di start point, memandang ke puncak gunung, gerunnya!.. Berhati2 untuk sesiapa yang gayat ye..memang kena kuat mental tau..aku asyik dok kagum tengok pemandangan gunung ganang, kepulauan dan lautan, jadi tak ingat sangat kegayatan tu..yang paling gerun, waktu tiba2 gondola tu berenti pasai angin..baca jugak la apa2 yang boleh dibaca kan..hu hu..

Alkisahnya bila sampai ke puncak, k zaini dan fida tak mau turun ke skybridge.. Aku? dah alang2 sampai, confirm tak mau lepaskan peluang ni..nak naik ke sini, bila pulak tak tau..kalau yang takde rezki nak naik, memang tak de la..sebab kalau hujan or angin kuat, diorang tutup ..kalau ramai orang kat atas pun, diorang tutup kejap.. Aku dengan zu, turun ke skybridge, menikmati alam Dia.. Subhanallah..cantik betul..bestnya kalau hari2 ada suasana macam ni, tenang minda dan fikiran.. tapi jaga2 eh, bila angin kuat, bergoyang la si skybridge tu..

Dah abih kami pusing skybridge tu, tiba2 jumpa kak zaini dengan fida kat hujung permulaan..turun jugak depa :) ..kagum la dengan semangat kak zaini..walaupun ada darah tinggi tapi tetap gigih nak sampai di situ dan berjaya pulak naik ke puncak..

waktu nak turun ni, baru rasa gayat sikit,.. mana taknya, diorang lepaskan gondola dari atas tu agak laju sikit..siap macam ada kesan gondola tu di'break'..he he..tersirap darah sekejap.

Alhamdulillah, semuanya selamat..memang berbaloi-baloi la pegi gunung Mat Cincang ni.. :))


sedikit info pasal Langkawi Skybridge 
*one of the world's highest single support bridge
*tergantung pada ketinggian 700m dari paras laut
*125m unique curved pedestrian
*1.8m lebar
 *dapat melihat Laut Andaman dan Pulau Tarutao, Thai
*direka supaya pemandangan indah dapat dilihat dari pelbagai sudut :)


ke puncak
idea dari Tun Mahathir..terima kasih Tun


macam mana depa bina ha??




the rocks

curved pedestrian

binaannya



tinggi ooo...
love this scenery :)



siap kendong baby lagi..

foreign tourist





satu tiang dan tali2 konkritnya


.

satu-satunya tiang yang menyokong jambatan ni..hebat betul la engineer depa ni..



berehat sat...

nampak tak seorang perempuan itu? dah berumur dengan tongkatnya tapi tetap gigih..


waktu turun..


Oriental Village dari udara

8 comments:

Shafa said...

belum berpeluang pergi langkawi lagi... :(

yusuf mujahidin ™ said...

subhanallah

nice view

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Panjangnya perjalanan kali ni.tapi gambar cantik.best.

Azwani said...

saya dah naik dah...seronok sangat walaupun takut dan gayat

norh said...

*Shafa

mesti plan ke sana tau..banyak tempat menarik kat sana :)

norh said...

*yusuf

pemandangan sebenar, lagi tersangat cantik.. :)

norh said...

*kak ina

ha ha..sesekali bercuti, dok bercerita tak abih2 kan..he he

norh said...

*azwani

seronok kan.. :))
bila di sana, hilang seketika msalah dunia ni..he he