Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, February 16, 2011

Marina Bay Sands


day 1

aku dengan housemate & sorang lagi member dah dok berangan berlibur di singapura dari beberapa minggu lalu..entah macam mana hari khamis tu aku start sakit tekak..the next day, suara aku parau jangan cakap la...memang orang gerun dengar..dah start demam2 dah..hu hu hu..apasal la demam waktu nak cuti2 ni..


apalagi, jumaat malam nak ke jb, kena train minda aku supaya merangsang badan aku kembali sihat dan kuat dan berupaya untuk berjalan2 di negara orang ni..telan panadol 2 biji..lepas tu aku macam terpengsan..he he..sampai jb pukul 5.30 pagi..aku masih terasa bas tu bawa laju walaupun aku dah agak2 terpengsan... 

sampai jb, kawan aku tolong ambik, tolong bawa pi breakfast kat bandar uda..then hantar ke hotel since aku call jb central hotel; katanya bilik dah ready..so, kitorang check in kul 10pagi..sambung tido..

lepas zohor, kami mulakan perjalanan kami..kami bertiga ni memang tak pernah pegi singapura naik public transport..so, kena la ringan2kan mulut..tak boleh malu bertanya, nanti sesat jalan..lepas check point malaysia, kami ambik bas ke s'pore..

lepas check point woodland, perlu naik balik bas nombor yang sama..patutnya tak payah bayar, cuma tunjuk tiket ja..tapi kami tak tau..baru belajar la katakan..then, ambik bas ke mrt kranji..padahal dari situ sepatutnya boleh terus ambik mrt ke marina bay..lebih kurang 50 minit jugak la dari mrt kranji ke stesen terakhir, marina bay..

sesampai ja kat stesen mrt marina bay, konon2 nak cari bus stop nak ke landmark s'pore yang baru, the skypark..tapi dalam dok menapak tu, ternampak marina hotel n sky park dari jauh..apalagi, sambung menapak terus ke sana walaupun hujan rintik..

boleh tahan jugak la aku dera diri aku hari tu..cuba bayangkan kami menapak dari hotel ke ciq, dari ciq, ambik bas, pastu naik mrt..dari mrt marina ke marina bay ..huh..turun sekilo.. dah tu, aku kan tak berapa sihat..

turun dr skypark dah pukul 8malam..masing2 muka penat tersangat..memang tak ingat makan..dok dalam mrt, mula rasa lapaq..tapi bayang kedai pun tak nampak.. kawan aku yang ngambik tadi pagi tu dok tanya nak makan kat mana..kami dah tak larat dah nak keluar makan kat luar..last sekali, sampai jb sentral, tapau kfc...




ciq dari bilik hotel..aku berjaya menapak selama dua hari kesana..
macam tak percaya ja..

kereta dari singapura beratur panjang masuk johor..

 baru lepas hujan..

tak paham..

dari stesen mrt tak nampak pun skypark tu..entah berapa jauh kami menapak untuk sampai ke sini..

aku & ex-colleague


moden 




love this pic

mate, kita berjaya akhirnya :)) 






besar sungguh shopping mall dia..butik2 belaka..aku tumpang menapak ja...
tak masuk tak ada daya...








kalau tak punctual lagi, aku tak tau la kan.. 


tak mampu beli, ambik gambar cukuplah...

target...




kagum dengan lanskap dia..lawa 







struktur itu..

nak letak satu la pasu besar ni kat rumah...




...bersambung

17 comments:

Shafa said...

seronoklah jenjalan... cantik2 gak pemandangan dia.. masih tak sihat lagi ke.. get well soon ok ^__^.

norh said...

*Shafa

landmark baru..cantik lanskap & design dia..
dah tak demam, cuma tak ada suara..

BonekadalamChermin said...

amboihhhh!



jalan sakan mek ni!


HAHA.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Jalan tak ajak akak ye.akak tak pernah lagi pergi singapura . seronok kat sana, boleh release tension.

Unknown said...

uiks.. bestnyer jenjalan ke singapore.. sy nih ntah bila lah nak pergi.. huhuhu.. Insya Allah suatu hari nnt.. ye tak.. amin.. hohoho

uncle gedek said...

Teringin nak pegi 'oversea'... bes!

Anonymous said...

bestnya holiday..bila la boleh sampai sana..jaga diri baik2 cousin..: )

norh said...

*BonekadalamChermin

bestla awak..JALAN sakan..terbakar lemak2..ha ha ha

norh said...

*kak ina

InsyaAllah kalau saya nak pegi lagi, saya ajak kak ina ye.. ada tempat2 dalam senarai yang tak sempat pegi.. :P

sesungguhnya, tak ingat langsung pasal tension..ha ha ha

norh said...

*Mazlina

Amin..
saya bercuti bajet je..dok kat jb..tak la rasa keluar duit lebih sangat.. dapat la beberapa pengalaman manis & pengalaman2 yang perlukan pemikiran.. :)

norh said...

*gedek!

lepas ni saya nak berangan pergi 'oversea' yang lebih jauh..he he he

norh said...

*Mimie

InsyaAllah..
tiap2 bulan buat bajet untuk bercuti..mesti sampai lah..
U too cousin, take care :)

djemari recycles artikel free said...

trimakasi info na sobat,,, nice post

gadisBunga™ said...

kalaulah malaysia punye guideline boleh tiru singapore )atau karenah birokrasi dikurangkan)..mesti boleh jadi cantik macam singapore jugak kan?

uncle gedek said...

GADISBUNGA punya komen macam 'melalui pengalaman' je...?

norh said...

*gadisBunga

yang mana baik, memang patut kita contohi...yang mana tak elok, jauhkanlah...

norh said...

*gedek!

bukan hanya gadisBunga saja kot.. :P