Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Friday, February 11, 2011

temuduga

last week aku dah start buat interview untuk new approved budget untuk 2011 (untuk department aku je la)..

menarik jugak jadi penemuduga ni..
dan aku rasa mesti budak2 yang mai interview tu tak sangka aku yang jadi penemuduga depa..he he..boleh eh buat statement macam ni?.. 

boleh la.. ha ha ha ha

sebab calon temuduga hari ni boleh tanya aku soalan yang berbunyi begini apabila aku tanya dia, ada soalan untuk aku ke tak..

"bukan sepatutnya manager ke yang interview saya?"

hmmmm..aku senyum ja kat colleague aku..abih, dah kalau aku tanya soalan pun, dia tak boleh nak jawab..ada hati lagi nak ditemuduga oleh manager..

walaupun hari ni aku pakai jeans, tak bermaksud cuma manager saja boleh buat keja temuduga ni..

boleh bandingkan lah 'personnel turnover' setakat yang kami berdua ni start ambik alih keja interview ni...muahhahaha (ayat yang agak riak..he he)...

ye la..selalunya penemuduga bukan ke orang senior2 macam bos aku..aku ni ala2 muda lagi la kot rasanya untuk jawatan ni...tapi bos aku suka2 dia ja (bos; saja nak buat ayat bagi sedap-kalau2 bos terbaca blog nih) nak aku dengan sorang lagi teman aku ni jadi penemuduga..

walaupun aku ni bukan siapa2 tapi kalau dah diamanahkan buat sesuatu keja tu, kena lah buat sehabis baik..

tapi aku enjoy..

minggu ni walaupun sibuk2 dengan audit & dengan bos kepada bos aku, kami sempat interview 5 calon la jugak...minggu lepas 3 orang...

kriteria pemilihan mengikut aku?
suka hati aku la..ha ha ha..takdelah

ada la kriteria2 yang aku akan tengok kalau nak recruit new personnel..

bergantung kepada jawatan, tengok tahap kelayakan, pengalaman, cara dia react, cara dia menjawab soalan2, cara dia bertanya soalan, soalan2 yang ditanya..pengetahuan dia tentang job scope yang akan ditawarkan dan bonus point yang aku boleh dapat dari mana2 calon...

pelbagai karenah jugak la yang boleh diperhatikan; waktu ditanya tak mau jawab sungguh, tapi bila dah aku nak stop, bersungguh pulak tanya kat aku soalan..

kadang tu fresh grad tapi cara dia menjawab dan pengetahuan dia boleh membuatkan aku yang menemuduga ni terasa nak tambah markah bonus..

dan selalunya, aku dengan my colleague ni sehati sejiwa pulak lepas satu2 sesi berakhir..dia pandang aku, aku pandang dia..kami sama2 senyum atau kami sama2 geleng kepala..calon yang aku puas hati, dia pun puas hati..yang dia tak puas hati, aku pun tak puas hati...macam ada telepati..he he he








NEXT!!!

7 comments:

Cik Puan Syeeda said...

wahh.. jd interviewer pulak.. hee

Eda Latiff said...

kalau saya gi temuduga situ, rasa2 layak ke tak ek..huhu..;)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Beraninya budak datang interview nak tanya soalan maut cam tu.Inilah satu kes orang pandang sebelah mata dengan orang lain.Dia tengok ko pakai jenas, lagilah hati dia bengkek.

norh said...

* Syeeda

saya yang mengikut arahan..he he

norh said...

* Eda

mai la hantar resume...he he he

norh said...

* kak ina

tu la pasal..ha ha ha
mentang2lah dia pakai kemeja bertali leher.. :P

Suhail said...

mmg seronok jd penemuduga nih....mcm2 kerenah kan...
lawak lg klau dia tanya 'umuq kak brapa?'.soalan tu lah yang kaksu dpt..hahah..