bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, March 1, 2011

harapan...

1 mac.. 2011



situasi kamu?

situasi aku??
sangat letih..

kenapa?

banyak sangat isu2 kebelakangan ni..
banyak sangat kerja nak kena buat kebelakangan ni
samada aku dah makin goyah atau tekanan tu makin kuat.. 

sebenarnya aku suka dengan bidang kerja aku ni..
sebab ada saja benda2 baru yang kena belajar..
sejak dari tahun 2001, aku start kenal rujukan pharmacopoeia, 
masa tu, terbitan tahunannya cuma satu jilid saja..tapi sekarang dah jadi 4 jilid sekali terbitan..
betapa banyaknya ilmu2 baru bertambah setiap tahun..
betapa berjenis2 molekul drug yang terhasil setiap tahun, 
begitu juga requirement penghasilan ubat, bertambah ketat dari tahun ke tahun demi menjamin keselamatan para pesakit..
sebab tu aku tak pernah bosan dari segi pembelajaran perkara2 baru..
dan satu kepuasan jugak menyumbangkan sedikit khidmat pada pesakit2 yang memerlukan bantuan ubat-ubatan.. 

cuma bila nak kena 'cope' dengan zaman peralihan ni...terlalu banyak hal kena buat..
dah puas berlari tapi mungkin belum cukup laju..

yup, menambahkan lagi pengalaman tapi kadang2 sampai satu tahap...aku seakan 'give up' dengan ragam manusia ..

sebelum ni, atas alasan untuk lupakan 'the other side of my stories' yang mana aku rasa ia tak menarik dan selalunya membuatkan hadirnya titisan2 jernih itu..aku memilih untuk fokus hanya pada kerjaya..

aku rasa fokus pada kerja dapat buatkan aku lupakan yang lain; hal yang bukan dalam kawalan aku..dan biarkan takdir dan masa mengatasi semua itu..walau kadang2 emosi terganggu jua.. tapi tak seteruk pada masa lalu.. mungkin perasaan itu berjaya diatasi walau tak sepenuhnya.. 

tapi sekarang ni, aku agak keliru... seakan tak ada perkara yang menyebelahi aku..
sebenarnya aku sedar, apa yang aku rasa buat masa ini, adalah sesuatu yang tidak menyihatkan..dan aku juga benci keadaan ini...

namun, masih ada juga berita hari ini yang buatkan aku kena berfikir-fikir kembali...

ingat tak kisah what u give u get back..,
hari ni ada satu perkhabaran pasal orang tu..
dan benar, masa itu telah tiba..
komen aku.. 'kan aku dah kata..'

tapi tak bermakna ia buatkan aku sangat suka dengan nasib dia..
sebab nasib aku sendiri pun tak pasti lagi lepas ni..
setiap hari, ada saja cabaran baru yang perlu dihadapi..

apa-apa pun, 
bahagia atau sebaliknya,
senang atau sukar,
kehidupan adalah untuk dinikmati...

aku sangat mengharapkan kekuatan dariNya untuk meneruskan perjalanan ini...
 



14 comments:

Eda said...

tempuhi hidup ni dengan hati yang tabah...tawakal kepadaNYA, insyaAllah semua nya berakhir dengan sesuatu yang manis..=)

Rozali said...

Assalamualaikum Norh

setiap ujian itu ada kelebihannya dimasa akan datang...Insyaallah

Wassalam

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Apa dah jadi ni... hukum karma!

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Dah namanya manusia Norh, bukan namanya satu kehidupan tanpa dugaan dan cabaran. akak percaya ko boleh menghadapinya.

Didz said...

The ups and downs of life...kena juga go through that road kan norh :)
Semoga kita terus tabah & cekal menghadapi semua...amin.

miloais said...

banyak2 bersabar norh...
insyaallah... uols boleh!

norh said...

*Eda

TAWAKAL..kadang saya terlupa..

norh said...

*Rozali

Waalaikumussalam atuk

InsyaAllah..doakan ye..

norh said...

*kak Era

sekarang ni, balasan depan mata..

norh said...

*kak Ina

bermimpikan kehidupan tanpa masalah..memang mustahil kan..

norh said...

*Didz

mencari-cari cahaya di hujung jalan..
thanks..

norh said...

*milo

tengah paksa diri untuk 'BOLEH'..

gadisBunga said...
This comment has been removed by the author.
gadisBunga said...

sebenarnye kan, dalam apa bidang pun perubahan sentiasa berlaku. apa yg kita dapat masa zaman belajo bukan statik dan perkara baru sentiasa akan datang. jadi, kene la catch up, kalau tak ketinggalan. kan?