Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, March 7, 2011

hari pertama di Boulevard

hari pertama..

tak pandai bajet time lagi..
keluar breakfast 7.30pg, 7.55pg pagi ambik teksi ke Boulevard..sebab bajet company kurang, takleh la nak merasa dok Boulevard..(bila HR nak review travel rate ni?)...first time nih naik teksi sorang2..Alhamdulillah, selamat, aku takut naik teksi sorang2..

sampai kat area Midvalley, tercari2 kat mana hotel tu, padahal betul2 tempat teksi tu berenti..seperti biasa, rajin2 lah bertanya kat receptionist :D

naik atas, aku orang pertama masuk training room..semangat sungguh!! :P ..then, dapat la duduk kat feveret place..selalu aku akan duduk tepi paling kiri, meja depan sebelah kiri... he hehe

kenal kawan2 baru dalam bidang pharma ni..tak rugi ada connection dengan orang lain..boleh jugak kongsi ilmu..kawan baru sebelah aku ni, dah keja 13 tahun dalam bidang ni... aku suka tengok cara dia buat presentation untuk case study discussion..me, a little bit jealous.. 

penuh dengan case study gak hari ni..trainer; Mr. Ray Collyer tak bagi peluang langsung..sampai abih masa dia bagi kuliah.. dia jugak takkan lupa peringat kami to be on time tiap kali waktu break..maklumlah makanan sedap, pastu dia dah kaji kot behavior rakyat Malaysia.. :P

training ni adalah modul terbaru anjuran MOPI.. so, part kedua tak sempat habis..kena sambung esok.. sporting jugak semua2 peserta..dan aku dapat simpulkan kami mempunyai masalah2 yang sama walau di mana2 kilang pharma pun..cuma mungkin situasi agak berbeza..

after lunch, meja kami ada peserta baru, dari NPCB merangkap auditor kilang2 ubat kat Malaysia ni..so, tak boleh setelus pagi tadi membincangkan masalah2...auditor is here...ha ha ha.. tapi auditor pun perlu belajar jugak kan..especially dari kami yang dari industri ni.. 

habis training, solat..pastu turun bawah ke Midvalley..konon2 nak window shopping..tapi letih la...aku merayau sorang2 sekejap ja, pastu pening dah tengok banyak sangat baju, beg dan kasut2 kat Midvalley tu..tapau McD, terus ambik teksi balik hotel.. 

ingat nak quote sikit apa yang aku belajar hari ni..menarik, tapi modul aku tinggalkan kat training room pulak..

16 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Norh

selepas training ni boleh selesai banyak masaalah

Wassalam

Eda Latiff said...

auditor is always right..haha...

tensi lak..huhu

h4ni3 said...

baper hari lagi training?
norh keje kilang pharma mana ek?

eynda said...

Teringat zaman keje dulu...dari utara, training kat KL...datang sorang2 gak...hentam saje...sekarang pikir2 dah jadi penakut la pulak :-p

uncle gedek said...

KIlang ubat?

ubat stapler?

ubat nyamok?

Cik Ina Do Do Cheng said...

akak kalau taraininglah suka duk tersengut-sengut mengnatuk. Tapi tak gak , kalau kena ngan orang yang bagi speech tu suka berjenaka, semangatlah sikit.mengantuk pun hilang.

Uncle said...

La.............ni training ka shopping?

DeLancrettLurpak said...

seminar ni tak panggil pegawai perubatan sepital kerajaan ke? kalau ada, mesti ada abang saya sesat kat situ... hehehhee


ada kedai jual pari bakar sedap dkt midvalley, nyam nyam!!!

norh said...

*Rozali

Waalaikumussalam atuk..

selesai banyak masalah?
kenapa hari ni sy dapat masalah baru tapi sy rasa tak boleh nak selesaikan? hu hu

norh said...

*Eda

ayat baru utk hari ni..

"Boss is always rite"

norh said...

*h4ni3

training sampai rabu..
Ranbaxy..dr ada ubat sy? :P

norh said...

*gedek

pakcik, ubat untuk org sakit la..pakcik sakit tak?

norh said...

*kak Ina

trainer ni tak bagi peluang la kak..banyak discussion pastu kena present.. nasib baik dia hensem..he he

norh said...

*Uncle

sambil menyelam minum air.. :))

norh said...

*DeLancrettLurpak

abg kamu nama apa? he he

kalau makan sorang2 ikan bakar, kurang sedap jadinya..walaupun kedai tu memang terkenal kesedapannya..

norh said...

*kak eynda

kalau terdesak, kita terpaksa jadi berani..survival.. :)