bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, April 3, 2011

ramainya yang sakit

hari ni teman mak pi hospital lagi, bersama dengan tiga orang lagi makcik.. nak melawat makcik yang sakit tulang tu.. dah sebulan dok kat hospital, hanya terlantar kat atas katil..semoga dia diberikan kekuatan dan semoga kembali sihat..

berdepan katil makcik tu, ada budak tingkatan satu, dok menangis kat doktor, mintak nak balik, tak mau dok wad..dia accident, patah kaki..

lepas tu, depa ajak pi tengok jiran sekampung kat wad 5..pakcik ni, ayah kawan baik aku masa sek rendah..dah seminggu gak dia kat hospital, pening dan tak bertenaga..

keadaan wad 5 tu tersangat la sesak aku rasa...boleh bertambah sakit ni..hu hu... 4 katil masing2 sebelah kiri dan kanan.. kat tengah, yang sepatutnya laluan tapi ada 2 katil ditempatkan di situ.. memang kalau tengok, macam tak ada laluan pun...
dan yang berada di atas katil, masing2 dengan wajah kesakitan yang tersendiri...




kesimpulan: hargailah nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah...

7 comments:

BonekadalamChermin said...

syukur Alhamdulillah






entri awak ni best
insaf sy...huhuhu


.

gedek! said...

Melawat orang saket pon dapat pahala..., tau!

Nasriq said...

insaf sekejab... kena jaga makan lepas ni...

Insan Marhaen said...

tengok orang sakit kita jadi insaf. tapi balik tengok ABP, lupa dunia lak..he..he..

ghost writer said...

kerna tanpa sakit orang tidak akan menghargai kesihatan sepenuhnya...

Gentleman Frog said...

salam,

betul tu. sihat sebelum sakit.

bunga said...

kena hargai kesihatan yang dibeti oleh ALLAH..