bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Saturday, July 23, 2011

caj bateri

berhujung minggu di rumah..baru selesai mendobi untuk 2 minggu punya pakaian..ho ho.. rasa2 macam boleh bukak kedai baju dengan tudung... ini beban luaran yang nampak.. tekanan kat dalam badan ni, agaknya macam mana ye? kesian mental and fizikal untuk 2 minggu ni... takpe, ada dua hari ni untuk berehat sepenuhnya..

dalam dua minggu ni, banyak lagi lah yang aku belajar..jumpa2 kenalan baru.. ter'upgrade' sikit la kemahiran komunikasi...he he

pelajaran secara langsung, atau tak langsung mahupun dari kesalahan aku sendiri jugak.. masa2 macam ni selalu la aku dok berfikir, apasal la aku kena deal dengan semua orang?.. apasal la aku tak keja area yang tak payah ambik tau hal orang lain.. apasal la aku kena review keja2 orang lain?.. some more, apasal la aku keja dalam bidang yang sangat cerewet ni..haishhh...  

Quality Assurance.. macam mudah je sebutnya...term ni lama kelamaan, sangat tak sanggup nak ku sebut.. tambah pulak dalam masa proses peralihan management ni.. di antara dua tahap/cara yang sangat berbeza... aku dah cuba yang terbaik rasanya tapi kalau pihak2 lain tak paham2 bahasa jugak untuk proses ni, rasa nak mengamuk itu adalah perasaan hari2 yang aku rasa...

nak kena comply to a new system tapi nak buatkan orang lain sama2 paham kehendak baru ni, perlukan kekuatan dan komitmen yang sangat lah aku tak tau nak cakap macam mana.. orang lain dah berlari dan paksa kita berlari.., kan sangat tersiksa kalau terpaksa melayan orang yang baru nak merangkak..so, level of stress tu paham2 sendiri lah no (aku ingat nak beli bp pressure meter tu la, nak letak satu kat ofis :P).. nak kena ikut requirement baru, nak kena ikut requirement boss, nak kena tahan karenah orang2 yang tak mau berubah dan orang yang berlagak pandai dan sombong... nak melayan perangai budak2 lagi...

selalu aku tak paham kenapa orang yang dah ada jawatan tinggi tapi tak mau bertanggungjawab pada jawatan yang diamanahkan kat depa? ingat aku suka ka nak cari gaduh dengan semua2 orang...

k, cukupla luah sikit2, nak berehat, 'caj bateri' untuk next week pulak..hu hu hu

6 comments:

Ann Huda (Ate) said...

2 hari lagi semangat Norh akan 'Full Bar'

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Hehehe.. gelak dulu baca perenggan 1st tu... basuh tudung banyak tu sebab tudung tu bertambah masa pi KL, kan..kan...

Take it easy... ubah management, ubah directory kerja, ubah SOP, tapi jangan ubah diri sendiri...K

Tukang Karut said...

dah abis caz kang, aku nak pinjam...

Rozali said...

Assalamualaikum Norh

boleh caz untuk seminggu yerrr

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

sha a.s said...

nk anta comforter kt norh boleh ke? bape caj? ekekeke..gurau

Cik Ina Do do Cheng said...

Norh alangkah seronok kan kalau kita tak perlu bekerja dan nak hadap semua tu.sabau ye