Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, August 15, 2011

iftar

nak tau tak, ada hal yang agak ganjil sikit berlaku sepanjang bulan puasa ni...

cuba teka?

he heheh

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


aku memasak untuk berbuka...

dah brapa lama aku tak memasak pun aku tak tau..pastu alih2 housemate ajak memasak untuk berbuka...dah balik kul 5, memang  sempat la kan untuk masak..takde la banyak sangat ku mengabis kat pasar ramadhan tahun ni.. kecuali waktu balik kg ja, keluar dengan anak2 menakan, layan je la apa yang depa nak makan, kesian budak2 puasa, teringin nak makan macam2...

dan waktu kat kg, tak dak makna la aku nak memasak...mak yang masak.. dan lagi, selalu sabtu dgn ahad, kakak akan bagi nasi & lauk pauk kenduri berbuka puasa yang abg ipar masak... Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak... :) 
ada sekali tu, kanji berlaukkan ketam...hmmmmm

antara menu aku selama memasak untuk berbuka ni;
sambal ikan bilis kentang, sambal sotong, ayam masak merah, kerabu nenas, sayur bayam, sayur sawi, tempoyak, acar buah, ikan masak kicap, bergedil...boleh la untuk tekak kami berdua... :)) 

tak lupa jugak pencuci mulut, trifle...
nama ja makan berdua tapi macam nak makan 4 orang..mana yang tak abih tu, perangat utk esok la..
aku sahur minum ayaq dgn makan kurma ja... 

bila memasak ni, terasa aku ni seorang yang rajin pulak... :P

Sunday, August 14, 2011

pakcik jual pekasam

Tadi pagi aku ke pekan ahad (pasar pagi).. saja kot2 nak tengok baju raya or tudung2..tapi tu dia la, tak terbuka hati lagi nak beli pun..he he selamat duit..pastu lalu kat pakcik jual pekasam..aku teringin pulak nak beli ni..kat pasar ramadhan kan sekor rm3.. 

aku singgah la kat pakcik tu..pastu dia tanya aku, hang dok mana la ni? aku mula naik heran bila dia tanya lagu tu dengan nada yang dia macam kenai aku.. dalam hati, pakcik ni kenai aku ka? aku pun jawab la..dok sini la, penaga.. dalam hati lagi, mungkin pakcik tu nak ramah tamah dengan pelanggan dia kot..

pakcik tu sembang lagi..hang anak chin kan? 

haa???
aku tekejut tapi kontrol la depan dia..mana tak tekejutnya, aku mana kenai dia..aku rasa aku tak pernah cakap dengan dia kot..lagipun aku cuma balik kampung seminggu skali..pastu bukan selalu pun aku pi pasar pagi ni..pastu lagi, aku tak pernah beli pekasam dekat dia...

confuse aku, ingatan orang2 tua hebat noh..aku mana la nak ingat dia..memang la aku tau dia meniaga kat situ..tapi aku cuma lalu, mana dok pi tengok muka dia..lagipun ramai2 org kat pasar pagi tu, bila masa dia dan (sempat) tengok aku...

dia kata dia kawan arwah bapak...mungkin dia kenai aku masa aku dok pi tolong bapak aku kecik2 dulu kat kedai kopi (nanti aku buat entry ni noh)....ya la, tapi kan masa aku dok berniaga tu, tahun 92 & 93 dan tahun2 sebelum2 tu lah, waktu sek rendah tu tipu2 ja tolong... dah 18 thn, orang masih kenai aku lagi?? aku ni yang bertambah berkilo2 pun aku rasa dulu dgn la tak sama...

adakah ingatan hangpa semua kuat macam pakcik ni? 
aku? 
dak kot...
kena makan kismis lebih ni... 

aku dapat diskaun rm2 beli pekasam tu..tapi kesian pakcik tu, dia pulak yang sedekah ke aku..aku nak bagi balik, dia tak mau terima...

terima kasih pakcik

Saturday, August 13, 2011

bulan penuh rahmat

walaupun hari ni tak keja, tapi geram betul la asyik dok teringat pasal hal keja ni..tapi memang tak dinafikan la, lagi tak settle hal2 yang penting ni, kepala otak asyik dok teringat2 ja.. kalau la ada button off, dah lama aku guna waktu hujung minggu ni.. 

pastu tambah pulak dok terngiang2 dengan perangai orang yang membuatkan aku nak muntah.. kalau bukan bulan puasa, mau gak la aku gaduh., lepas gaduh boleh minum air, cool sikit... tapi memandangkan bulan puasa dan yang paling penting, aku dah tau, gaduh dengan orang macam tu memang tak ada guna, so, tak payah gaduh la... 

lebih baik doa pada Allah di bulan penuh rahmat ni, aku mohon Allah mudahkan aku menjalankan tanggunggjawab aku...tanggungjawab itu kan amanah..tanggunggjawab kerja itu kan ibadah..kita dapat pahala bila menjaga tanggunggjawab kita.... 

kalau ada kesukaran, Allah nak bagi pahala lebih pada kita kan.. :)
moga Allah buka pintu hati orang yang berkenaan untuk muhasabah diri dan lebih menghormati orang lain...Amin

Thursday, August 11, 2011

sabar = X

hari yang panasssss
sakit kepala...semua ada :(
hishhh...kalau la sebulan ni boleh cuti, moga puasa boleh lebih sempurna agaknya...

aku rasa bukan la aku ni cerewet tapi rasanya apa2 yang aku tak puas hati tu, orang lain yang seangkatan jawatan dengan aku pun tak akan puas hati jugak..kalau dah ada date line , takkan tunggu last minute baru nak bagi kot.. boleh plak dok selamba2 relax buat endah tak endah...

hangpa ingat aku nak terjun laut sekali dengan hangpa ka? kalau masing2 buat keja masing2, tak perlu nak kompang sana sini salahkan orang lain...
marah aku dok complaint keja hangpa..habih, dah keja aku review keja hangpa semua..kena la complaint, kalau dak, orang kata aku tak buat keja la pulak..

hello, bukan aku tak pernah buat keja shopfloor ok..keja apa sekalipun, hatta sebagai cleaner sekalipun tapi kena la bertanggungjawab atas keja tu...teringat dulu first day aku keja, appointed as  a microbiologist tapi first week tu keja aku cuma cuci reusable plate...yang sepatutnya cleaner buat...tapi dah gaji aku dibayar, buat ja la keja yang orang suruh buat tu.. dan ada sorang makcik cleaner kat tempat keja aku ni,  pandai ja pun buat keja, tau tanggungjawab dia..awat la orang2 lain yang claim kata bijak tapi buat keja, tak nampak bijak pun...

dan la ni aku keja review keja hangpa, aku buat la betul2, pasai pa aku nak main2 pulak...benda yang tak betul, memang tanggungjawab aku betulkan..yang hangpa tak mau nak ikut prosedur tu sapa suruh? lepaih tu dok cakap banyak pulak..waktu orang mai audit, tau pulak takut nak berdepan dengan auditor...

tapi takpa, hangpa nak enjoy lama mana sangat kan.. bukannya orang2 atasan nun jauh di sana tu nak biaq lama2 kan... bukan la company ni hangpa yang punya, nak buat sesuka hati..kalau tak mau beringat dari la, ikut suka hangpa la.. tapi ingatla, ada ubi ada batas, ada hari hangpa dibalas...




Wednesday, August 10, 2011

WW




ruang

walau dilontar

walau diusir

walau dibenteng

SEDIH hadir jua,

usah dinafi

wujudkanlah ruang

untuk seketika

atas nama sifat lemah

pada aku yang bergelar manusia...

Tuesday, August 9, 2011

di bawah mikroskop

semalam ada satu berita..

minggu depan,

big bos dari HQ mau turun..

agak2 berkenaan yang positif ke

atau yang negatif?

sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,

bersangka baik itu adalah lebih baik..

YA...berharap yang POSITIF2 saja sudah...

walaupun ada berada di bawah mikroskop...


la la la la la....


Monday, August 8, 2011

azam minggu ni

minggu ni,

aku berazam,

tak mau gaduh dengan bos lagi dah,

sebab bila tergaduh, 

dia terasa.

moga azam tercapai untuk minggu ni... :P




p/s: aku berani gaduh sebab at the end dia perlukan aku.. :)

Sunday, August 7, 2011

aku dan jiran

Salam semua...

selamat berhujung minggu
mungkin ramai yang keluar shopping raya hari ni ya..
tahun ni aku tak rasa nak berhari raya pun..
baju yang ditempah sebelum raya hari tu pun actually baju untuk pakai keja ja tapi boleh lah buat baju raya..tak pun, pakai la baju2 tahun lepas yang agak2 jarang dipakai tu..tapi kebaya tak boleh lah, dah tak berapa nak muat.. :P

tahun lepas ada gak la dok belek2 resepi and berkira2 nak beli bahan untuk buat kuih raya..tahun ni, InsyaAllah semuanya kuih order ye...he he
mudah2an mood raya aku ni dah bertukar lebih kepada mood sambut Ramadhan ..doa2kanlah moga Ramadhan ni adalah Ramadhan yang terbaik buatku..maklumla, umur pun dah makin meningkat, so kena jadi yang lebih baik la dari zaman muda2...

cerita pasal Ramadhan, teringat aku ahad lepas..terima sms dari jiran, rumah dia selang sebuah dari rumah aku..

lebih kurang begini la sms tu .. 

Dia: Selamat menyambut Ramadhan.
Aku: Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu
Dia: ya..moga hubungan kejiranan kita yang kurang mesra alam selama 4 tahun ni jadi lebih baik..)
(masa aku baca sms ni, nak gelak pun ada..sedaq tak sedaq dah 4 tahun aku pindah ke umah tu)
Aku: InsyaAllah..moga semuanya boleh berubah dengan Ramadhan ni ya..


4 tahun kami berjiran tapi aku rasa hanya sekali kot aku bersembang dengan dia..itupun waktu jiran depan umah dia buat kenduri, waktu raya tahun 2009 kot..teruk kan aku ni...tapi kalau ternampak dia kat luar rumah, aku senyum gak la...

dan, ada dua lagi jiran yang aku tak pernah tegur..depa pindah tahun lepas rasanya..rumah depa sebelah yang bertentang tapi bukan berdepan rumah aku, so, lagi jauh la kalau aku nak menyembang.. aku hanya bersembang dengan kakak kat sebelah umah aku ja, itupun hari sabtu ja kalau aku rajin nak mengemas halaman..pastu dengan jiran rumah belakang, kalau dia buka pintu nak sidai baju..

bab kejiranan ni memang aku FAIL lah..aku bukan dok bandar, bukan jugak dok apartment ka flat ka..tapi inilah hakikatnya...komunikasi dengan jiran2 memang lemah...mana taknya, balik keja dah pukul brapa..selalunya waktu balik keja, kiri kanan jiran pun tak nampak..pagi2 sebelum pegi keja jangan la harap ada sesapa nak menyembang..kalut2 keluar umah untuk start keta, terus zass la kan...

hujung minggu?? 
wajib balik kampung... 

jadi, aku tak salah la jugak kan..
keadaan yang salah.. :P
semua jiran2 aku bekerjaya jugak macam aku...boleh la dibuat kesimpulan; masing2 pun buat hal masing2...tambahan pulak, aku yang tak kawen lagi ni, lagi la segan nak beramah tamah sangat dengan jiran2 yang dah berkeluarga.. dan kalau nak bersembang pun, topik apa tak tau!.. tapi aku tau la semua jiran aku baik2, cuma kami semua sibuk kan..he he he

InsyaAllah, moga Ramadhan ni ada alasan untuk aku bertegur sapa... :)

Friday, August 5, 2011

puasa hari ke-5

selain dari berpuasa, menahan lapar dan dahaga,

dan menahan rasa tidak puas hati di tempat kerja..speed keja masih sama ja dengan waktu di luar bulan puasa tapi boleh balik pukul 5.. :) ,

saya juga berpuasa dari update blog..
(he he hehe..alasan untuk mood jurnal yang menghilang..)

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum
sihat ke kawan2 semua?
dah 4 hari berpuasa,
belum terlambat kot nak ucapkan;
selamat menyambut bulan yang penuh berkat,
moga amalan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu...