bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, August 7, 2011

aku dan jiran

Salam semua...

selamat berhujung minggu
mungkin ramai yang keluar shopping raya hari ni ya..
tahun ni aku tak rasa nak berhari raya pun..
baju yang ditempah sebelum raya hari tu pun actually baju untuk pakai keja ja tapi boleh lah buat baju raya..tak pun, pakai la baju2 tahun lepas yang agak2 jarang dipakai tu..tapi kebaya tak boleh lah, dah tak berapa nak muat.. :P

tahun lepas ada gak la dok belek2 resepi and berkira2 nak beli bahan untuk buat kuih raya..tahun ni, InsyaAllah semuanya kuih order ye...he he
mudah2an mood raya aku ni dah bertukar lebih kepada mood sambut Ramadhan ..doa2kanlah moga Ramadhan ni adalah Ramadhan yang terbaik buatku..maklumla, umur pun dah makin meningkat, so kena jadi yang lebih baik la dari zaman muda2...

cerita pasal Ramadhan, teringat aku ahad lepas..terima sms dari jiran, rumah dia selang sebuah dari rumah aku..

lebih kurang begini la sms tu .. 

Dia: Selamat menyambut Ramadhan.
Aku: Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu
Dia: ya..moga hubungan kejiranan kita yang kurang mesra alam selama 4 tahun ni jadi lebih baik..)
(masa aku baca sms ni, nak gelak pun ada..sedaq tak sedaq dah 4 tahun aku pindah ke umah tu)
Aku: InsyaAllah..moga semuanya boleh berubah dengan Ramadhan ni ya..


4 tahun kami berjiran tapi aku rasa hanya sekali kot aku bersembang dengan dia..itupun waktu jiran depan umah dia buat kenduri, waktu raya tahun 2009 kot..teruk kan aku ni...tapi kalau ternampak dia kat luar rumah, aku senyum gak la...

dan, ada dua lagi jiran yang aku tak pernah tegur..depa pindah tahun lepas rasanya..rumah depa sebelah yang bertentang tapi bukan berdepan rumah aku, so, lagi jauh la kalau aku nak menyembang.. aku hanya bersembang dengan kakak kat sebelah umah aku ja, itupun hari sabtu ja kalau aku rajin nak mengemas halaman..pastu dengan jiran rumah belakang, kalau dia buka pintu nak sidai baju..

bab kejiranan ni memang aku FAIL lah..aku bukan dok bandar, bukan jugak dok apartment ka flat ka..tapi inilah hakikatnya...komunikasi dengan jiran2 memang lemah...mana taknya, balik keja dah pukul brapa..selalunya waktu balik keja, kiri kanan jiran pun tak nampak..pagi2 sebelum pegi keja jangan la harap ada sesapa nak menyembang..kalut2 keluar umah untuk start keta, terus zass la kan...

hujung minggu?? 
wajib balik kampung... 

jadi, aku tak salah la jugak kan..
keadaan yang salah.. :P
semua jiran2 aku bekerjaya jugak macam aku...boleh la dibuat kesimpulan; masing2 pun buat hal masing2...tambahan pulak, aku yang tak kawen lagi ni, lagi la segan nak beramah tamah sangat dengan jiran2 yang dah berkeluarga.. dan kalau nak bersembang pun, topik apa tak tau!.. tapi aku tau la semua jiran aku baik2, cuma kami semua sibuk kan..he he he

InsyaAllah, moga Ramadhan ni ada alasan untuk aku bertegur sapa... :)

9 comments:

whitecappuccino said...

Assalamualaikum..lama betul tak singgah..akak pun rasanya tahun ni mood nak beraya tak macam sebelumnya...kain pasang tak jugak bergunting utk dijahit..agaknya pakai baju lama gak kot..
bab jiran pulak, mcm tu jgk, pg2 dh keluar g kerja..balik terus berkurung dlm rumah..

Cik Ina Do do Cheng said...

alah samlah ngan akak, mana masanya nak berbual ngan jiran, balik pun dah petang. kalau dorang tegur dan senyum kita sambut ngan baik, akak rasa dah cukupkan. Cerita terlebih nanti jadi lain plak ceritanya.

sha a.s said...

lebih kurg Sha jugakk....jrg sgt jmpe bersua muka dgn jiran sebelah menyebelah...tp bile jmpe, senyum meleret2 la...so far ok, tp tu la...nama pn x tau lagi..ahaha

Tukang Karut said...

dah jadi asam garam dudk bandar begitu kan... hoho... keadaan yang salah...

Cik Am said...

salam..insya Allah..moga-moga dalam bulan yang penuh berkat ni makin kuat la hubungan sesama jiran tetangga & semua orang... :-)

Asrul "iLham" Sany said...

selalu dapat makanan pree dari aweks2 jiran sempena Ramadhan...hoho

miloais said...

iols selalu gak le nyembang2 ngan jiran iols tu... eps bila terserempak kat koridor... even tho jiran2 iols - mostly is chinese... kira-kanan-depan umah semua cina...
my doter kata - iols terover peramah!
hak hak hak

Uncle said...

takpa...janji tak menyusahkan sapa2...hidup mesti ceria!

Kakzakie said...

Norh... kakak rasa itu lebih baik dari yg berantakan. Bukan kita tak nak bertegur tapi tak bersua muka...:)