bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, August 14, 2011

pakcik jual pekasam

Tadi pagi aku ke pekan ahad (pasar pagi).. saja kot2 nak tengok baju raya or tudung2..tapi tu dia la, tak terbuka hati lagi nak beli pun..he he selamat duit..pastu lalu kat pakcik jual pekasam..aku teringin pulak nak beli ni..kat pasar ramadhan kan sekor rm3.. 

aku singgah la kat pakcik tu..pastu dia tanya aku, hang dok mana la ni? aku mula naik heran bila dia tanya lagu tu dengan nada yang dia macam kenai aku.. dalam hati, pakcik ni kenai aku ka? aku pun jawab la..dok sini la, penaga.. dalam hati lagi, mungkin pakcik tu nak ramah tamah dengan pelanggan dia kot..

pakcik tu sembang lagi..hang anak chin kan? 

haa???
aku tekejut tapi kontrol la depan dia..mana tak tekejutnya, aku mana kenai dia..aku rasa aku tak pernah cakap dengan dia kot..lagipun aku cuma balik kampung seminggu skali..pastu bukan selalu pun aku pi pasar pagi ni..pastu lagi, aku tak pernah beli pekasam dekat dia...

confuse aku, ingatan orang2 tua hebat noh..aku mana la nak ingat dia..memang la aku tau dia meniaga kat situ..tapi aku cuma lalu, mana dok pi tengok muka dia..lagipun ramai2 org kat pasar pagi tu, bila masa dia dan (sempat) tengok aku...

dia kata dia kawan arwah bapak...mungkin dia kenai aku masa aku dok pi tolong bapak aku kecik2 dulu kat kedai kopi (nanti aku buat entry ni noh)....ya la, tapi kan masa aku dok berniaga tu, tahun 92 & 93 dan tahun2 sebelum2 tu lah, waktu sek rendah tu tipu2 ja tolong... dah 18 thn, orang masih kenai aku lagi?? aku ni yang bertambah berkilo2 pun aku rasa dulu dgn la tak sama...

adakah ingatan hangpa semua kuat macam pakcik ni? 
aku? 
dak kot...
kena makan kismis lebih ni... 

aku dapat diskaun rm2 beli pekasam tu..tapi kesian pakcik tu, dia pulak yang sedekah ke aku..aku nak bagi balik, dia tak mau terima...

terima kasih pakcik

8 comments:

Tukang Karut said...

aku ada masalah nak ingat orang... hoho... makan hati la siapa yang tegur aku... mesti terpinga pinga jea...

Eda Latiff said...

pakcik tu igt muka kwn lm die kot tu...=)

h4ni3 said...

pakcik tu dulu ada ati nak buat menantu kot?
pasai tu dia ingat
hehehe

Cik Ina Do do Cheng said...

sedapnya Norh pekasam goreng bawang ngan cili api. norh banyak benda yang nak pikir tu yang tak ingat.

Ann Huda (Ate) said...

Norh bannyak sangat makan semut, tu yang payah nak ingat...hehehe. Ate blum pernah baca N3 Norh cakap utara.

Ate pun sama jer, failed tang ingat rupa dan nama orang.

Papa Mifz said...

mesti pakcik tuh mkn kismis tiap2 hari...

bunga said...

hahaa..kena makan kismis ni..hahaha..

gadisBunga said...

bukan sebab ingatan sangat tu, tapi dia observant orangnya. :D