bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, January 31, 2011

Ho yeahhh

yeah..hari isnin kembali lagi..
mood isnin aku sekarang ni, sangat tak best..ditambah pulak hari ni, sistem biologi aku; antara nak selsema dengan tak nak selsema ni yang membuatkan bertambah tak hangatnya isnin aku..
lately, semakin aku tak larat nak tempuh hari2 bekerja..banyak betul ragam, banyak betul 'urgent'..kenapa la ramai betul orang sakit sekarang ni?..
tapi bila dipikir2, minggu ni cuma kena keja 3 hari ja..
Ho yeahhhh... :))

Sunday, January 30, 2011

baru pasang air-cond lama

ahad yang tenang..aku rehat ja kat rumah..bangun lambat jugak..cover tido & penat seminggu lepas.. semalam sabtu pun aku sibuk jugak..tapi sempat la menunaikan azam aku untuk gaya hidup sihat, nak jogging 3 kali seminggu..actually belum dapat tapi at least dapat jugak jogging sekali seminggu.. 

pastu tunggu abg man datang untuk pasang air-cond kat rumah..akhirnya terpasang jugak la air cond tu..walaupun aku tak tau bila aku nak guna..kipas siling pun aku cuma on no 1 saja waktu malam...kawasan rumah aku ni tepi bukit..so malam2 sejuk sikit..tu yang pagi2 pun liat sikit nak bangun..he he..kenapa nak pasang air-cond kalau dah tak tahan sejuk? 

aku terpaksa pasang sebab dah 2 tahun lebih dok terperap ja kat bilik..takut rosak plak..aku dapat lucky draw waktu beli rumah..itulah last time dapat lucky draw..entah bila nak dapat 'lucky' pulak ni... sebelum ni dah janji nak pasang tapi asyik ja tertangguh-tangguh..finally...berada di bilikku terasa macam berada hotel..he he he

waktu depa tengah pasang air-cond, acik, kawan aku dari alor setar datang..dia bawa budak2 sekolah ke perlawanan catur..sementara budak2 tu dok fokus denagn pusingan2 mereka, dia pun melawat aku..bersembang2 sampai abg man dah siapkan keja dia, kami pi keluaq makan..sorry la acik, kalau nak merasa hasil masakan saya, tunggu mood memasak mai dulu :P ..so, aku pilih salah satu 'dapur aku' di sp ni..dan terjamu lah acik & anak2 dengan hidangan thai.. 

sempat window shopping kat village mall sebelum kami beredar.. dia kembali pada student dia dan aku menuju ke tesco untuk monthly groceries shopping..kat village mall pun aku masuk kedai cermin mata, dekat tesco pun aku masuk kedai cermin mata...mata aku ni dah berkenan la..tapi otak aku ni, rajin pulak dok menganalisa lagi..dan tiada apa2 yang dibeli di kedai cermin mata itu..

semalam, shopping barang yang paling sedikit RM keluar..baguslah kalau tiap2 bulan pun macam ni..tapi jangan harap la..once a while only ma..

balik dari shopping sibuk mengemas rumah & membasuh baju pulak..dah penat tapi kugagahi jugak balik kampung malam semalam...

sekian buat kali ini...

Saturday, January 29, 2011

pity her

she is trying her level best to make herself fully occupied..
yet she is still failed; at the moment of loneliness..
maybe she forgot.....
that she just a normal human...
pity her...

Friday, January 28, 2011

chocs chocs and chocolates :)

another therapy :))










Thursday, January 27, 2011

berbudi pada tanah

pisang nangka..ada pisang kembar kali ni..
patutnya tak boleh tebang lagi tapi hari tu aku bakar daun2 kering, pastu api tu kuat sampai terkena buah tu..tu yang terpaksa tebang..
belum cukup besar lagi ni, macam yang sebelum2 ni..

ini tandan keempat hasil titik peluh aku..mak aku selalu kata, menjadi betul pokok kat rumah aku ni..kalau dia tanam kat kg, cuma empat lima sikat ja yang ada..tu pun tak besar2 macam ni.. 
bahagian kuning tu, part yang terkena bahang api..


dah beranak pinak pisang nangka ni..sepatutnya kena buang supaya pokok2 tu tak berebut  zat..tapi tak sempat (alasan yang kurang munasabah.. :P)

buah amra/kedondong

my blackberry

pandan..walaupun tak disiram, tapi tetap subur..he he


pokok kari..macam la aku rajin buat gulai..

pokok limau purut..konon2 rajin nak masak tomyam la..
sebelah tu serai, tapi tak sanggup nak tunjuk gambar..paham2 ja la..

kenal tak? ni lah bunga kantan.. sila abaikan latar belakang tu ya..he he


semak samun pokok bunga kantanku..

kesian pokok sireh ni..dah lama terabai..


aloe vera..ni pun dah lama aku tak kesah..hidup lagi ni..


belimbing buluh yang dah kekeringan..sebelum musim panas tu, rimbun daun2 dia, tapi hampir nak mati waktu panas terik hari tu..
bila dah hujan balik ni..mula nampak tunas2 baru.. :)


lengkuas

tell her

tell her; life is too short; the best decision is only to be happy..
tell her; learn from her mistake..
tell her; forgive others..
tell her; the strength is inside her..
tell her; everybody around her love her..
tell her; Allah knows best for her..
 
tell her..
tell her..
will u?

Wednesday, January 26, 2011

statement yang best hari ni

# semalam tido lewat (layan internet..cari pasal sendiri)..pagi2 kepala pun weng semacam..dan sakit tekak menyerang..

Ya Allah..kurniakanlah kesihatan pada hambaMu ini.. tak nak demam..
badan, kena kuat tau!..  banyak keja nak buat lagi ni..
 

# how i wish satu hari yang aku tak berleter kat sesapa pun kat kilang..

#pelik la dengan ragam orang yang suka berlagak tapi ....... ni..

# MD visit kilang dengan new country manager..my bos nampak gumbira..mood baik lah tu.. 


statement best dari meeting tadi;
cuma budget Malaysia ja yang headquarters approve..negara lain semua budget freeze..something is shining here.. :)


# tak sempat lunch, pegi bank waktu rehat tengahari.. balik keja; tapau bihun tomyam dgn nasi lemak..puas hati :P


# meneruskan rutin malam depan internet..heh heh he

Tuesday, January 25, 2011

my work

# I have made a short to do list today yet too many task to be done..
# managed to complete a few but more is coming..
#new things for today: Quality Performance Indicators Implementation Plan...
thinking and believing everything is for my professional improvement..learn it..digest it..apply it..
# current project vs new implementation plan plus day to day arising issues..huh
#contigency plan, qualification protocol, validation report, regulatory submission...lot of things to be reviewed


conclusion: 
work is never ending story..enjoy your work everyday, everywhere.. 
'wink' 






Monday, January 24, 2011

kenangan

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan terindah....


Idaman Suri & shopping

dinner hari kedua kat EE Burger..
full plate of chicken chop=RM8.50..murah kan..
sedap pulak tu..
walaupun ramai orang, tapi tak tunggu lama sangat..sempat la kami habiskan 2 bungkus nasi lemak dulu..he he

last day; aktiviti utama adalah shopping
Idaman Suri tak bukak lagi, kami dah terpacak di situ.. :P 
lupa nak snap gambar2 budak2 tu naikkan shutter..heh heh he

masuk kat dalam Idaman Suri tu, shopping asing2 la..sebab banyak sangat barang yang menarik perhatian..ambik masa nak buat pilihan..
bila masing2 dah bayar...eh, muat ka barang2 ni?
kena susun betul2, kalau tak, kena sewa sebuah kereta lagi..hu hu

baru 4 orang, kalau ramai lagi, macam mana eh?

sibuk pegang kiri kanan barang, tak de masa nak snap gambar kat dalam Idaman Suri tu..

lepas shopping kat Idaman Suri, jamu mata pulak kat mall kat Kuah tu..tapi ongkosnya sudah nggak ada weh..
masa mula2 sampai ke langkawi dulu, tak herannya ke troli ni..mana tau, nak balik ni, menjadi suatu keperluan pulak..

ku baru beli beg yang coklat tu..RM65...murah dak? murah la kan...
penuh beg tu ku sumbat dengan barang2 shopping..

patutnya kena beli tiket kat depan tu..tapi masing2 tak tau..
nasib baik boleh runding bayar kat dalam lepas masuk departure hall..

babai Langkawi..kalau ada rezki, sampai lagi :)

usaha muatkan jugak untuk bawa balik barang2..penuh keta..

refreshing...Laici sejuk
sempat singgah kat Laksa Teluk Kechai

Laksa Teluk Kechai..
dah biasa dari kecik makan laksa penang, jadi laksa penang tetap di hati..he he he

Sunday, January 23, 2011

last minute plan

last minute plan

1. aku tak suka
2. menyesakkan fikiran aku
3. buat aku tak boleh nak plan 'planning' aku sendiri
4. kalau jadi jugak last minute plan ni; tak lena tido aku minggu depan ni..hu hu 

eagle feeding

melewati udara

lagi aktiviti menarik di langkawi..eagle feeding..what a relaxing journey :)) ...
ada dalam pakej Island Hoping..

ayam dibuang ke dalam laut, sambil mengajuk bunyi helang...tapi bukan dibaling...

serangan helang

nampak?? helang menyambar...

kami menunggu bot2 lain mengumpan ayam pada helang2..


banyak betul la..


pakcik bot tengah tunggu kami mandi di bawah ni..kalau waktu cuti sekolah, tak dak la dia boleh dok bersantai2 menunggu kami.. :P

pantai beras basah..mulanya aku tak mau mandi pun, tapi dek kerana airnya ala-ala redang..ku terjun jua...naik bot dengan pakaian sama jugak.. :)

Saturday, January 22, 2011

mengharapkan rahmat Ilahi

Ku kira aku telah berjaya meningkatkan tahap positif dalam diri berbanding tahun lepas..,walaupun masih ada beberapa hal yang aku perlu improve..
contohnya, menangani stress kat tempat keja..dan menangani perasaan sedih (yang mana aku tak kongsi di sini).. 
tapi sebenarnya, kehadiran semua perasaan ni adalah normal lah kan..
kalau tak rasa semua tu, manusia kah aku? 
aku bukan dilahirkan untuk menjadi robot yang boleh di'set' dengan hanya gen gembira dan bahagia sahaja...
ku cuba buat yang terbaik..namun tetap sedar ku cuma sekadar insan biasa yang punya kelemahan.. 
mengharapkan rahmat dari Ilahi untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...
terima kasih buat teman2 di sekeliling yang sentiasa mengambil berat dan juga sahabat2 baru yang dikenali melalui dunia blogging ini ... :)

jogging di taman jubli

semangat ni nak jogging untuk healthy life.. :) .. lokasi? Taman Jubli, Sg Petani.. dulu2 aku selalu ke sini, masa zaman muda2..he he he.. kunjungan setelah beberapa tahun tidak pernah ke sini.. landskap berubah sedikit..dan semakin ramai orang..

joy is there

masih playground yang sama..

pokok2 ni menunjukkan usia taman ni..

  nyaman dan segar

rusa dah berubah rumah...

my housemate 


need to lose weight..

cemburu dengan riang kanak2..

lepas jogging, breakfast kat Nasi Lemak Cinta Sayang,,famous ni kat SP...