bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, May 31, 2011

dadah


ada tak aku pernah mengaku kerja buat dadah ni adalah senang? 
:P 

dari hari ke hari, tahap kesukaran semakin meningkat...
kaedah adaptasi perlu lebih kreatif..

dan tidak pelik kalau orang lebih selesa buat dadah kat loteng rumah..  
(actually alasan ini tidak boleh diterima pakai.. :P
aku sekadar memberikan gambaran)

haishhhh

Monday, May 30, 2011

takdir

Sunday, May 29, 2011

mode: hibernasi

hibernasi
definasi: spesies2 haiwan yang berehat sepanjang musim sejuk..


aku pun lebih kurang mode ni kot cuma bukan dalam musim sejuk tapi musim panas...


sebab?


entahla...


isyarat dari badan dah sampai ke otak...


isyarat yang terhasil dari response pada situasi sekeliling...




have a nice time and good day ya my friends...

Wednesday, May 25, 2011

quote of the day


Life isn't about waiting for the storm to pass...it's learning to dance in the rain.

- idk

Tuesday, May 24, 2011

salah kah aku?

salah kah aku kalau kecewa?
salah kah aku kalau yang diharap tak jadi2?
salah kah aku kalau ada yang tak pandai2?
salah kah aku kalau rasa bosan dengan sikap mereka itu?
salah kah aku kalau masih di sini?






Mandi manda

dah lama nak dah entry ni dok kat draft.. masa ni, lappy aku demam, last month.. lepas tu dok tertagak2 ja nak update entry ni..
aku dengan adik beradik pegi Lata Bukit Hijau, Baling..lebih kurang sejam 1 minit dari kg.....

layan gambar ja la ye..

kami dok kat bahagian paling dekat dengan parking, maksudnya kat bahagian bawah Lata ni..tak kuasa nak heret bebudak kecik2 ni naik lata ...

Shakira, masa ni mulut tak biru lagi...

area bawah Lata ni dah landai berbanding yang kat atas Lata..budak2 muda siap terjun tiruk..



ni tangga2 nak mendaki ke atas..ada lagi yang lebih tinggi ya....


Imran..budak ni dok dalam air tak mau balik... pastu on the way balik, muntah dalam keta.. 
Balqis, control ayu..tak mau mandi betul2...



boleh tahan deras jugak la air ni...


waktu dah abih mandi, nak balik kena panjat tangga ni..kus semangat..



gambar kat bawah ni jadi gelap sikit..tak tau la kenapa..tapi suasana dia yang sebenar sama ja macam gambar2 kat atas ni...

 









Monday, May 23, 2011

h.a.t.i


lakukanlah sesuatu dengan hati,
dan kamu tak akan rasa kesulitan,
dan kamu akan lupakan kepenatan,
dan kamu akan rasa kepuasan...

mata ini menyaksikan segala2nya

he he he.. hari tu, aku buat entry ni kan; 1S ..
pastu dapat komen dari Kak Era..
kak Era ni, keja sekali kat kilang ni tapi dept lain..
kami pernah keja sekali waktu kilang lama dulu...
so kira dah kenal lama lah dengan dia...




kak era dear, 
"bukan setakat mata ini menyaksikan segala-galanya, mulut dan telinga ini sama2 menyampaikan dan meluahkan ketidakpuasan hati di sudut ini kan...
ha ha ha"

kami berdua selalu gossip kat cubic aku.. :P
kami ni tergolong dalam orang2 yang dipangkah..tapi 'diorang' tak leh nak vote out sebab kitorang dikira ada kepentingan yang orang lain takde...ha ha ha ha ha..gelak jahat...

Sunday, May 22, 2011

I asked...

I asked for strength and Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom and Allah gave me problems to solve
I asked for courage and Allah gave me obstacles to over come
I asked for love and Allah gave me troubled people to help
I asked for for favors and Allah gave me opportunities

Maybe i received nothing i wanted
But i received everything i needed!
 
Alhamdulillah for everything

Saturday, May 21, 2011

bowling time - part 2

Tak cukup dengan Jumaat hari tu main bowling, kami sambung pulak main bowling hari Wesak tu.. konon2 nak berentap dgn member housemate, sudahnya kami saja yang main...kali ni performance aku menurun, depa2 hat lain pulak yang perform..
patutnya cuti tengah minggu kena la rehat kat umah tapi penuh ja aktiviti hari tu..he he.. 
main bowling ja..cuba la main yang lain pulak..
patutnya malam ni boleh pegi main badminton, diorang dah tempah court..tapi macam takde semangat lagi ni nak keluarkan peluh..ermmmm, next week je la I join U all eh.. :)

sila rujuk pada NHH .. :P

142 ja...

kak wan, ex-colleague kilang lama tapi masih berhubung sampai sekarang...

Friday, May 20, 2011

pagi vs petang

hari ni ada orang buat ayat...

"norh, hari ni hari Jumaat..relax sikit nah!..."


???
maksud?

bos nak suruh saya tak payah buat kerja pada hari Jumaat or bos tak bagi saya ganggu bos? :P



nota: kalau2 bos terbaca blog ni, sila maklum balas ye..saya perlukan kepastian... ha ha ha




situasi di atas tu untuk sebelah pagi hari ni ya..

lepas lunch, situasi di atas dah tak valid; tak cukup tangan nak buat keja.. tambah dengan mulut aku dok bekerja (berleter kat orang2 yang membuatkan aku separuh sakit jiwa hari ni)...





nota kedua: agak2, macam mana rasa kalau tengah tension ni, aku telan midazolam?

1S

7 may hari tu (dah lama kan..baru sempat nak update); bebudak kat lab buat projek 5S..sebagai tanda sokongan, aku pun hadir la..hari tu S yang pertama iaitu SEIRI; membuang yang tidak berkenaan..

memang banyak la jugak docs dari 2006, 2007 yang aku campak dalam tong shredder tu..nak gelak pun ada tengok balik dokumen lama2 tu..mostly yang aku buat catatan sendiri or yang aku guna untuk study or buat preparation..kalau official docs, memang kena ikut doc retention procedure.. 

meja kat bawah ni, kalau tengah bekerja, jangan harap la nak kosong macam ni...tapi kebiasaan aku sebelum balik, make sure akan jadi sekemas macam ni..sebab esok pagi aku kena start keja dengan meja yang tak berserabut..sebab bila dah start keja, semua benda akan jadi URGENT, sampai kadang2 aku sendiri pun tak tau nak pegang mana dulu..hu hu hu




..huh.. kemas tak?




dapat bintang :)

Thursday, May 19, 2011

hormat

sampai sekarang aku masih tak paham kenapa sesetengah orang yang berjawatan besar tapi tahap keja depa sangat la aku tak boleh tahan... 
aku bukan la pandai sangat tapi jangan la buat aku rasa aku ni lagi bijak dari orang2 yang dapat benefit yang hebat2 tu...

kalau nak orang lain hormat kita, bukan ke kita kena hormat orang lain dulu? 

bowling time - part 1

hari jumaat lepas; since housemate tak balik kg, jadi kami pi main bowling..memang dah lama sangat tak pegang bola bowling nih..


Ampang Super Bowl.. 

muka happy over..sebab? tengok pics kat bawah ni ya..

jarang2 jugak nih aku spare berturut2..

see? 151..ha haha.. not bad lah  untuk setahun sekali pegang bola bowling..

Wednesday, May 18, 2011

semangat



hari ni ada orang nak tumpang semangat aku..ha ha haha..
yang sebenarnya, semangat aku pun aku tak pasti dok mana...
aku cuma bertahan buat kan orang tengok aku sentiasa ada semangat ja...
dalaman?
masih mencari semangat yang tersembunyi... 

1,2,3


review
*
CAPA
*
planning
*
verify
*
continuous improvement 



IF it is as simple as 1,2,3...
la la la la la la...

Tuesday, May 17, 2011

luv u

tiap hari adalah hari untuk mak... :)

last month potong kek birthday, tak upload lagi, gambar ada dlm kamera adik..yang ni waktu hari ibu sedunia hari tu.. :)

tiramisu untuk mak..aku tak pandai buat kek (yg lebih benar, tak pandai masak); aku mampu beli ja..

mak dapat bunga jugak..



Kasihnya ibu membawa ke syurga...
Sayang emak :)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru pada warga pendidik :)
Terima kasih atas ilmu yang cikgu2 curahkan..Jasa guru jua yang menyumbang aku berada di sini pada hari ni; jadi orang la jugak kan.. :)
banyak2 kenangan zaman persekolahan, yang tak boleh aku lupa adalah kena kaunseling dengan cikgu kelas waktu darjah 6..nama cikgu tu Cikgu Ibrahim Md Zin.. kena kaunseling kat kantin, balik kelas, kengkawan kat kelas dok bisik2 ja..he he he..
bila terkenang2 balik, nak tergelak aku..aku ni bukan la budak nakal, tak pernah lawan cakap cikgu (tak macam sekarang, dok lawan cakap bos :P ).. 
aku tak expect akan kena kaunseling..seingat aku, aku dipanggil sebab cikgu rasa prestasi pelajaran aku merosot..terharu sangat masa tu dek nasihat2 cikgu Ibrahim.. aku makin insaf kot lepas tu..belajar bersungguh2 (bersungguh la sangat..ha ha ha)..
apa2 pun, jasa cikgu2 tak pernah aku lupa..doaku moga Allah merahmati cikgu2 yang menyuluh hidup ni ya!...

candle light dinner

glamer teramat tajuk enrty kali ni..ye dak? he he
first time nih candle light dinner..menu; gulai ikan termenung (bawa dari kampung) dengan tempe goreng cili padi...
last week, tak brapa nak ingat hari apa dah, isnin kot.. sebaik selesai goreng tempe, tetiba black out..mau tak mau, kena dinner dalam cahaya lilin la..waktu tengah makan tu, dek panas takde kipas, peluh meleleh macam pi jogging pulak..
lebih kurang dua jam la jugak kepanasan..first time jadi ni sejak dok rumah ni tahun 2008..waktu black out tu dok terpikir gak, kalau takde letrik sampai ke pagi, mahunya nak sms bos, tak boleh pagi keja esok sebab baju tak boleh diseterika.. logik kan alasan ni.. ha ha ha ha


Sunday, May 15, 2011

mengidam

ku mengidam yang ni hari ni... :))





Saturday, May 14, 2011

setapak demi setapak

Salam hujung minggu semua..
dah lama tak menulis diari ni.. :P
pagi ni baru sedar kengkawan dok bercerita pasal blogspot tak ok semalam..
lately ni, kepala dok ting tong dengan keja..
balik rumah, isyarat badan adalah *letih*letih*letih*...
cuma mampu jadi silent reader ja..
komen yang mana2 mampu ja..
nak buat entry, telah lah.. rasa berat ja...
sebenarnya hajat di hati nak meluahkan jugak dalam blog ni dek banyak hal2 yang berlaku, banyak ilmu2 hidup yang baru...yang mana kadang2 hal ni semua aku tak termimpi pun nak lalui...
tapi semua tu hanya tersimpan dalam memori ja sekarang ni..haishhh
bagi aku, untuk perjalanan hidup ni, selangkah itu bukannya mudah..besar atau kecil halangan untuk apa2 jua masalah, tetap perlukan akal untuk memberikan respons..respons yang terhasil mungkin lebih baik, mungkin jugak bertambah buruk..berturutan lagi akal bekerja demi untuk teruskan langkah ni..walaupun hati cuma mahu dibawa arus hidup...
doaku pada Dia, agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan untuk aku melangkah setapak demi setapak...

p/s: salahkah aku rasa hidup di dunia ini tidak indah?

Wednesday, May 11, 2011

quote of the day

Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind.

- Dr. Seuss

Tuesday, May 10, 2011

I can do it



 


I can do it..
I can do it..
I can do it..
I CAN DO ITTTTTT.....








last month kot pi tengok movie ni..
layan sungguh cerita2 kartun macam ni...
lawak la kartun RIO ni..tapi rugi tak dapat tengok 3D...kalau tak mesti lebih melayang-layang....he he he
 

Monday, May 9, 2011

kiddos

hujung minggu dok bergaduh dengan depa2 ni la...