bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, January 12, 2012

baca apa yang boleh baca

wah.wah!...
macam rajin ja tengah2 malam buta ni meng'update' entry..ye la kan.. nak off selama 4 hari *wink* :))

aku paling tak suka hari sebelum aku nak bercuti, semua orang akan buatkan aku mempunyai perasaan nak hantar surat resign...
dan rupanya bos yang satu ni pun bimbang aku nak bercuti..nak buat lagu mana kan..aku ni tak la baik sangat nak sedekah cuti aku kat company..ingat dunia aku cuma tempat keja ke walaupun lately aku rasa memang macam tu pun...

apa pun la..aku pilih untuk masih di sini so, kena adapt dengan perubahan.. hujung bulan ada tetamu kehormat, jadinya tadi dia dah hint..makna kata, balik bercuti, kena terus masuk gear 5.. :P

tengok, malam2 pun aku dok teringat keja..isk isk isk..

mai kita cerita pasai entry aku tadi tengahari;

cukuplah hanya sekali

dalam entry ni aku ada mention; baca apa yang boleh dibaca...
actually tu gambar sampan2 yang membawa kami masuk ke dalam gua.. 
di mana dalam gua tu ada air,
di mana kita terpaksa tido dalam sampan tu,
di mana aku rasa aku patut baca apa2 doa yang dapat menyelamatkan aku..
di mana aku tak sudah2 rasa stalagtik tu nak mengguris pipi aku..

woihhh..ngeri teramat... sebab tu la tajuk dia cukuplah hanya sekali..memang tak mau dah untuk yang kedua kalinya..
nanti InsyaAllah aku sambung details entry pasal gua ni ye... 

nak tido dulu..esok nak terbang :)

take care all my dear...

7 comments:

Tukang Karut said...

Terbang ke mana lak ni?

noor said...

amboi jln sajer dia...terbang ke mana kah?

Erani Zuhran Mohd Nor said...

terbang ke negara jiran...kalau boleh terasa nak terbang ke company sebelah pulak... boleh ke gitu??? hihi

gedek! said...

come back in one piece, eh?

eyndayusoff said...

Baca pun boleh bayang........

Fatin Mraz said...

seriau gak bace.. huhuu

~SaL IjOu~ said...

nak ikut terbang!~ ;p
selamat bercuti~ =)