Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, January 9, 2012

episod akhir Krabi

Van mai ambik kat hotel, gerak kul 7 pagi..lalu perkampungan orang Islam, pegi ambik penumpang; budak sekolah rendah.. van balik tak secantik van waktu datang hari tu tapi boleh tahan la dia merempit..waktu dia memotong tu pun aku naik seriau..stop rehat jap kat trang lepas 2 jam setengah..sampai hatyai dalam 11.30pg.. sempat jugak menyembang dengan penumpang van warga siam..dia bagitau actually harga van rm 25 ja..oh, lagi murah boleh dapat ka? tapi mungkin sebab depa dah kenal dgn pemandu van tu kot..

sampai kat hatyai, waktu nak beli tiket keratapi, rasa nak angin ke staff kat kaunter tu.. kerek semacam.. aku tanya, tiket ke sungai petani brapa untuk 4 orang..aku tanya dalam english la, takkan nak suruh aku tanya dalam bahasa siam kot.. pastu dengan muka yg berlagak dia kata dah abih, sambil dok sembang apa tak tau dengan kawan dia.. tiket pi sp abih? biaq betui..takkan la ramai sangat org yang mai hatyai naik train ni.. ok, takpa.. takkan nak bermalam kat hatyai pulak, esok tu, kan masing2 dah keja..kami mintak tiket ke alor star dan minta adik housemate hantar sampai sp..

kami simpan beg kat hatyai junction, kena caj rm 30 bath sebuah, ..pastu makan kat restoran sulaiman lagi..
jalan2 kat hatyai sat tapi memandangkan duit pun dah tak ada dan masing2 pun penat, tak de mood nak shopping pun.. terus kami ke stesen ketapi, naik tren kul 3..
masa dok dalam train, aku tengok tak penuh mana pun gerabak.. hisshhh, geram betul dengan mamat kat kaunter tu.. dia ingat aku nak pi PATTANI ka yg kata tiket ke SUNGAI PETANI dah abih..nak lagi dia mungkin ingat aku ni orang siam yang blagak speaking omputih dgn dia..tak kuasa aku nak tergeliat lidah speaking ni..

kul 4 petang (5 petang masa Malaysia) train bertolak..bye bye hatyai
sila layan gambar sebelum aku kata "SEKIAN"... :)


kedai2 ni dah bahagian yang hujung2 dah kat aonang ni..kalau yg depan2 sana lagi happening..






sapa nak try sila ke sana..he he

hentian rehat Trang, 
ada tempat makan halal kat sini 
aku baru tau masa pi phuket baru ni..*nak hint yang cerita phuket bakal keluar tapi tak tau bila :P   *



 menjejak kaki ke tanah air tercinta :P

muka puas hati :))

6 comments:

wahida said...

bestnya....bila lah nak sampai sini...

miloaiskurangmanis said...

seronoknya jalan2 makan angin...
nak plak pegi ngan kawan2 yg sekepala...

rosli said...

Norh,

Tahniah satu perjalanan yang begitu menarik, teringat pengalaman saya dibeberapa tmpt tersebut tahun 1999 hingga 2003. Byk kali kami dengan konvoi kereta ke Hatyai dan byk tmpt

Dr K said...

apa benda yg dijual dalam dulang tu? cengkerik goreng ke? hahahaha

atuk said...

Assalamualaikum Norh

dalam try tu....serangga ke..
macam kat kemboja..lipas, labah2 goreng mereka jual..

happy nampak muka masing2...

NasQ said...

bila la boleh pergi becuti ni...