bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, January 2, 2012

pasar malam Krabi


sempat practice renang berirama kat kolam sambil guna pelampung.. ha ha ha
balik dari pakej phi phi, sampai hotel kul 4.15pm, sambung dgn mandi kolam pulak..kul 6 keluaq pi pasar malam..
waktu berjalan kaki dari hotel, jumpak pakcik naik tuk tuk tapi kami eksyen walaupun dia dah bagi diskaun sampai 600 bath..konon2 nak yang lagi murah..otw tukaq duit tu dok bincang2 mana boleh dapat murah dari harga tu dah.. kalau naik tuk tuk keta, lagi la mahal..padahal masing2 nak jimat..lepas tu kami cari dia balik..sanggup tu cari pakcik yang sama tu balik walaupun ada jumpak tuk tuk yang lain..last skali jumpak gak..lebih kurang 40 min jugak la dari aonang sampai ke pekan krabi.. otw nak pi pekan tu, pakcik tu singgah solat maghrib kat surau.. dia tinggalkan kami dengan tuk tuk tu.. dengan kunci pun ada skali.. memang dia tak rasa nak risau pasal tuk tuk dia pun waktu dia pi solat tu..

sempat la tengok persekitaran krabi lagu mana..dalam kul 8 malam, masih hidup kat area town..kami sampai pasar malam dalam kul 8.10 malam..ramai kat pasar malam ni, tourist pun ramai...

satu hal kan,memanjang ja or siam ni nak cakap siam dgn kami..muka kami memang muka orang siam gak rasanya.. :P ..nak beli barang kena hati2 sebab duit dah tak banyak.. tak banyak stall makanan muslim pun tapi ada la yg jual kopok lekor, phad thai, ayam goreng, kebab...

kami singgah makan kat kedai yg jual ala roti canai, ada yang biasa, tambah telur dan krispi..punya la ramai org..kena beratur panjang sini.. pakcik tuk tuk bagitau, tempat ni yg paling sedap..lepas makan, balik .. on the way balik mula aku rasa gerun gak..maklumlah, jalan dah la gelap, kat tempat orang pulak..maybe sebab ni jugak kami tercari balik pakcik tuk tuk ni.. sebab yang lain2 tu tak nampak muka yang kami rasa selamat.. sampai hotel dlm kul 10 mlm.. 

layan gambar2 kat pasar malam krabi ni..

budak2 buat persembahan breakdance.. ada yang main gamelan, tapi gambar tu blur..







apom balik versi yg comel lote..


ada cimb.. kalau nak ke sini, boleh aktifkan kad cimb anda.. he he


tengok, betapa ramainya yang nak makan roti canai ni..



tiap kali nak bayar ja, jenuh nak confuse kira duit..


 teh kosong dijamu sebelum makanan sampai

 roti canai krispi

roti canai pisang

roti canai telur

8 comments:

MasZuber said...

saya dari oanang naik moto ke krabi town meamng memori sungguh ;)))

insan_marhaen said...

pulut ayam tak da ke?

atuk said...

Assalamualaikum Norh

saya teringin nak ke sana

gadisBunga said...

mmmm..menarik. menarik.

ada beberapa benda yg eye catching dalam gambo kat pasar malam tu. flower soap. dgn dessert yg rupa mcm cili tu. :D

delarocha said...

have a nice vacation

Cik Sibuk said...

salam,

teringin juga nak sampai krabi..
tapi berminyaknya nampak roti canai tuh

norh said...

*Mas

malam ketiga ingatkan nak bawak motor ke krabi town tapi tak berani la.. jalan gelap..takut tak balik malaysia..he he.. bestkan naik skuter comel tu..


*IM

tak jumpak pulak kat krabi ni


*atuk

Waalaikumussalam

bajet murah ja atuk, naik train dgn van :)


*GB

kalau sampai sini, mesti Gb jenuh nak menembak..he he


*delarocha

sangat enjoy..


*cik sibuk

tahun lepas pun saya cuma berangan, tak sangka gak dapat jejak ke sana.. :)

fatt said...

norh,
u sewa ke ape tuk2 tu sampai 600B (RM60)? mmg hotel ni jauh dr pekan ke?