bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, January 22, 2012

Phuket I : Le Khaokob Cave

mempersembahkan; kisah phuket... 

kak aku ajak aku pi phuket, bercuti dengan suami dengan anak2 dia (lebih tepat lagi abang ipar aku la yang ajak dan kos ditanggung oleh dia..he he he)..confirm la aku tak mau lepaskan peluang..walaupun hari tu dah pi krabi, nak jugak aku ikut pi phuket ni..pandai2 la aku korek mana2 tabung :P

keluar rumah kul 7pagi, sampai kat trang kul 12 lebih..makan tengahari kat sini pastu dalam kul 2 kami gerak ke phuket.. kat trang ni ada lebih kurang kawasan rehat untuk perjalanan jauh ke phuket atau krabi..ada tempat makan, surau, nak beli jajan.. 

on the way ke phuket tu, driver ajak singgah  pi satu gua ni..tiba2 aku teringat, jiran aku dah pernah pesan, tak payah masuk la..kena naik sampan dengan tak ada life jaket..pastu sampai kena baring dalam sampan tu..dia suggest kalau pi dengan kawan2 pempuan ja, baik tak payah pi langsung tempat ni..tak brapa slamat..sekali abang ipar ajak naik jugak sampan alang2 dah sampai situ.. aku pun dok pikir, cuba ja la, dah sampai sini..

masa awal2 naik sampan tu, lalu kat sungai, macam ok gak perhatikan alam sekeliling ..masuk dalam gua, kena menunduk jugak la kepala..ok lagi.. pastu ada laluan pejalan kaki dan boleh tengok stalagtik and stalagmit.. sempat la ambik gambar tapi tergesa2 la depa dok suruh nak ikut laluan tu..

yang aku memang tak boleh lupa, part last.. aku ingat memang boleh terus keluar dari gua tu..tapi masa dok atas sampan nak keluar tu, kami disuruh baring.. tengok gambar sampan kat bawah ni dan bayang kan kami berempat plus dua pendayung sampan dok terlentang.. lepas tu laluan nak keluar tu cuma muat2 sebuah sampan tu sambil dinding gua di tepis oleh pendayung sampan tu untuk membolehkan sampan tu bergerak.. dan laluan tu bukan la laluan yang clear, ada pulak stalagtik dok tergantung2...mak ooiii.. Alhamdulillah aku masih boleh dok depan laptop ni..  

brapa kali ntah aku dok baca ayat kursi, zikir dan selawat banyak2..sampai keluaq dari gua tu la aku rasa.. rasa macam stalagtik tu nak kena muka aku ja..macam nak tahan2 ja sampan tu jangan bergerak dah tapi laju lak aku rasa dia tolak...ada jugak gaya aku nak menahan cepat pulak orang yg bawak tu dok bising2 tak bagi tahan.. dia tak tau aku dok kecut perut tengok stalagtik tu..dalam hati dok tanya bila nak abih ni, bila nak keluaq ni..sempat lagi hati dok terlintas; aku mai sini dapat gak rasa semua2 ni, daripada aku dok kat kilang menghadap revolusi yang berlaku secara tiba2, lagi tak best..dan lagi teringat pasai keja  :P... ya kali ni aku cuti dengan hati yang tak brapa tenang.. yang dok pi ingat pasai keja sangat ni, macam la toke tu kenai aku.. :P

nasib baik la aku terlupa buang jaket..kalau tak jenuh jersi putih aku.. ingat ya..kalau sapa2 nak pi situ, jangan pakai baju putih..

masa dah abih tu, dia mintak tips 200bath.. aku mintak duit kecik kat abg aku..tp dia kata sampan depan takdak sapa yg mintak pun.. mungkin depa tengok sampan yg kami naik ni cuma budak2 dan muda2, sebab tu dia berani mintak tips tu.. last skali, aku tak bayar pun, dia pun tak brani mintak lagi dah.. 

takpala, moga dia dapat rezki ikut lain pulak..takdak rezki tips dari aku..lupa plak nak bagitau nak masuk situ kena 120tb sorang...

waktu lalu lorong sempit tu, aku pelik gak..kak aku dengan anak2 dia dok kat mana, tak dengar bunyi budak2 menangis pun.. kalau aku pun dah gerun, budak2 tu confirm takut gak la kan.. naik atas aku tengok muka masing2 steady ja.. sorang pun tak teriak..mungkin takut sampai takut nak menangis..ha ha ha ha..

menakutkan tapi bila lagi dapat merasa pengalaman ni.. cuma tahap keselamatan kurang la..patut sekurang2nya depa kena sediakan life jaket..

entrance















10 comments:

fatt said...

norh,
bila hg kata dia suh tido aku dah pelik aik nape kena tido pulak...rupa2nya suh baring. hahaha...konpius aku

norh said...

he he.. besa la..org utara.. sory la kalau hang tak paham..he he

norh said...

ok, dah betulkan utk lebih kefahaman..

atuk said...

Assalamualaikum Norh

seronoknya.....
suruh tido pun tak pa...he he

lain kali kena bawa life jaket sendiri

whitecappuccino said...

sambil baca entri ni, kecut perut akak..tapi bila tengok gambar tu, cantiklah!!

insan_marhaen said...

masa IM training kat Jepun, sempat juga naik sampan masuk gua. Tapi... gua khayalan kat Taman Disney...

norh said...

*Atuk

Waalaikumussalam atuk

part bergambar ni seronok la..part yg nak balik nanti yg tak seronoknya..he he



*WC

part yang takut tu, mana sempat nak ambik gambar lagi dah.. :P


*IM

wah..naik sampan dalam gua kat disney..pasti enjoy..hehe

~SaL IjOu~ said...

pengalaman yg cukup mendebarkan..sgt beruntung sbb x ramai yg dpt merasa pengalaman mcm tu~ ^^

Tukang Karut said...

ok gak tu, merasa gak naik sampan sambil masuk gua...

ANIM said...

norh, kak dah serik..cukuplah sekali..
jumpa tak "grandfather" dan "papaya" dalam gua tu? heee