bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, February 13, 2012

nasi sila


restoran nasi sila ni terletak kat kampung lahar kepar, penaga, dekat dengan pekan kepala batas.. walaupun umah mak aku dekat2 ni ja, tapi disebabkan mak aku jenis yang tak makan kat kedai luar, jadi aku tak pernah sampai di sini.. baru-baru ni, jiran aku kat sp ajak aku dgn housemate pi makan, baru la aku sampai di sini.. masakan ala kampung, memang ramai, kena beratur utk dapatkan lauk pauk..


kami ambik lauk dalam dulang dan makan kat area bersila..

kalau tak mau bersila, makan kat meja pun boleh..

bawal goreng panas..fuhhhh 

walaupun nampak macam ayam goreng biasa, tapi sedap..kalau sesapa mai sini, jangan lupa ambik ayam goreng ni..


kicap cap angsa.. dulu sampai sekarang.. :)


11 comments:

ainnoraini said...

Mesti sedap an sbb ramai anggannya tuu...
Klau kesana harus mau cuba nii...

Kakzakie said...

Makan bersila memang sedap norh macam makan lepas tahlil kan... kicap tu tak pernah kakak jumpa

Pen Biru said...

WAH..KICAP TU DIA BAGI SEBOTOL2 CMTU KE..

cheqna said...

makan bersila memang besh..
kicap tu cheqna tak pernah tengok =)

Daddy Ziyyad said...

-uniknya nama kampung..heheh

-sedapnya nampak ayam goreng tu

-tak pernah jumpa kicap brand angsa tu..

Dinar said...

kecur air liur tengok bawal goreng panas2 tu...mcm ni kena pi cuba ber sila kat kepar..

miloais milo said...

duduk bersila - makan pakai sudu garfu gak ke beb???
ehehehehe

insan_marhaen said...

tak pernahlah IM nampak walaupun selalu juga lalu di situ. Nampak ke dari main road?

norh said...

*ainnoraini

worth utk cuba.. harga pun berbaloi..


*kakzakie

macam makan kenduri dulu2 kan kak..he he
kat utara ja ada kicap ni kot..


*Pb

ha ah.. nak curah banyak2 pun takpa..


*Dinar

bawal goreng cicah cabai kicap..fuhhh..
*cheqna

sedap tau! :)


*milo

ha haha.. buat syarat ja.. wajib pakai tangan la kak..


*IM

tak nampak dr main road, kena masuk ikut tepi sungai tu..

* DZ

bukan nampak ja tau, memang sedap..he he

whitecappuccino said...

ayam goreng nampak rangup..siap dengan ulam2 mesti makan tak toleh belakang dah.

MulutPayau said...

yang bestnya dapat makan bersila....berbeza dgn kedai makan yg lain....