bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, February 19, 2012

rumah di bulan

dah hujung bulan february ya..
cepatnya tahun 2012 ni berlalu
personal matter; tak ada sangat yang best..
cuma ada beberapa insiden yang  aku rasa  nak pi dok jauh2 dari orang yang aku kenal..
yang aku tak paham kenapa depa nak tanya soalan yang aku pun tak tau nak jawab..
yang mana kalau keputusan di tangan aku, aku pun nak cepat kawen..
salah aku ka kalau aku tak ada jawapan?

pasal kerja; banyaaakkkkk sangat perubahan, .
didera secara mental... 
kena berdepan dengan orang yang lebih senior yang punya pelbagai karenah..
insiden2 sampai aku dok berfikir2 nak update resume.
aku ni jenis yang tak suka melompat2..  sebab tu aku tak update resume walaupun kengkawan dok suruh aku test market..
aku punya perangai; kalau tak nak serius..tak payah cuba..
tapi kalau cuba, memang aku akan serius sampai dapat keja baru.. :P

dan ada 'seseorang' selalu pesan pada my colleague;
"bercita2 lah untuk buat rumah di bulan.., dan kamu akan dapat rumah di bulan"

tapi 'seseorang' tu belum cakap lagi ayat tu dekat aku;
aku tunggu nak balas ja;
"I have not complete my steps on earth"



motif entry kali ni; 
aku malas nak masuk keja esok :P 
(ditambah dengan penat mandi air terjun siang tadi)..

8 comments:

Pen Biru said...

Mmg sakit bila nk tahan soalan org.Sy pnh jwb pd org yg asyik tny sy dlu,bila nk kawin.Sy jwb"sy dok tggu laki kak mai pinang sy la.Dia jnji nk mnikah dgn sy"..Teruih dia diam x tnya2lg.

whitecappuccino said...

memang agak fed up dgn situasi keje skrg yer norh? selamat berehat..tenang2kan minda sekejap.

Erani Zuhran Mohd Nor said...

bestnya part mandi air terjun tu....

Matahari said...

Assalamualaikum awak...len kali kalau ada lagi yg tanya soklan cepu mas bila awk nak kawen, awak jawab je 'saya nak suami/tunang/pakwe awak boleh?' muahahahaaa tgk apa reaksi dia. bukan ke jodoh maut ajal pertemuan itu bukan kerja kita walaupun dah penat kita berusaha. apa, dorang ingt nk cari suami mcm nk cari ikan kat pasar ke tambah lg lelaki zaman skrg ni almaklum aje lah sendiri tahu kan kan. tak ramai yg memenuhi piawaian. lelaki kaki penipu kaki pukul kaki kikis kaki perempuan ramai. drp dpt lelaki mcm ni tak kawen pun takpa. ingat, yg dah kawen pun belum tentu akan kekal sampai mati kalau asyik doh menyakitkn hati org je...ujian Allah pelbagai. so, yg dah kawen tu bersyukur lah jgn dok takbur sgt. drp dok menyindir, dok tanya baik doakan kawan tu supaya bertemu jodoh yg baik2. setiap apa yg Allah tentukan itu 'kena pada tempat dan waktunya'. sekarang jodoh awak belum sampai maknanya skrg bukan masa yg tepat utk awk dan utk bakal suami awak...mesti ada sebabnya kenapa kan? kita tak akan tahu apa perancangan Allah utk kita sblm tiba masanya. cuba awak ajak org yg dok tanya awak berulang2 kali tu muhasabah diri...bila dia dah faham maksud 'perancangan Allah' dia takan tanya soklan yg awak sendiri takde jawapn...kan..kan?


*sorry kalau awk rasa repekan ssaya ni terlebih kuah yer ahahhahahaaaaa.

*saya happy tinggalkn pakwe saya sebab akhirnya saya tahu dia kaki perempuan dan kaki penipu.walupun org tgk dia ibarat kata 'pijak semut pun semut tak mati'. tak mustahil dia juga kaki pukul kan??
lelaki oh lelaki...

*lelaki-lelaki sila jgn kutuk saya oooiiiiii....

*aihhh panjang benor saya komen kat sini...muahahaaa.

eMMe said...

amboi panjang lebar matahari mengulas, i love that! hahaha...
akak bab kawen dah lulus dah, bab nak buat anak camner nak jwp? sape taknak anak kan..kan.. harap matahari leh tarbiyah saya pula, heee~

take care Norh, yg baik datang dari Allah, InsyaAllah...

cik kodok said...
This comment has been removed by the author.
dekdaa said...

Erm me tak suka jugak kalau org tanya psl 'bila nak kawen, bila lagi, eh takkan lah tak ada.. tipu lah".. up to u la.. penat ah nak bg jawapan apa lg.

Nasib lah kat ofis ni jenis tak tanya sbb dorg pun faham tu..doktor2 takde masa nak nyibuks personal org.. sibuk nak rawat org jah hehe.
(tp takde ke dokto2 nak rawat hatiku ni mauhahhaa).

Oh nak gi bulan ek.. nak ikut? hahaha.

Cik Ina Do Do Cheng said...

oo ko cam akak, cuba cuba tak moh. cam cari pasal je cuba-cuba. sapalah yg duk sibuk tu, ko bagi tau zaman sekarang ni kahwin ngan tak kahwin sama je. janji kita menyusahkan orang lain.