bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, September 28, 2012

adaptasi



 penyesuaian


rasa dah lama tak cerita pasal keja kat blog ni.. :p
sebenaqnya kalau ikut nak luah perasaan pasai keja kat blog ni, memang berkajang2 la... takut sesapa yang dok baca blog ni teruih halakan kursor kat X kot.. tapi hari ni terasa rajin pulak nak share kat sesawang ni..he he

sejak aku dapat bos baru awal tahun ni, aku jarang update pasal keja kat sini.. sangat dalam proses penyesuaian la kan.. aku ok ja dengan bos baru ni sebab tak ada yang berubah pun..aku still buat keja ikut suka hati aku gak..dia tak fokus pun kat section aku..dia lebih fokus kat orang lain sampai kadang2 aku rasa aku tak dak bos pun :p .. tapi jangan disangka semuanya berjalan lancar..penyesuaian dengan organogram baru adalah sangat menambahkan ilmu kehidupan aku.. ;) setiap hari otak perlu response dengan persekitaran..

minggu ni aku ada audit untuk contract lab.. audit ni memenatkan..tak kira la jadi auditor ka or jadi auditee ka.. jadi auditor, yang paling aku malas bab nak buat report..kalau jadi auditee pulak, part hat nak verify CAPA tu la paling malas.. kita ni kan, kalau kita pi tempat yang selain dari tempat kita, baru la terbuka sikit minda kita..boleh buat bandingan antara kita dengan yang lain..dan pasti nya kita kena buat perbandingan tu untuk positive point la..kalau kita lagi kurang, kita kena improve.. kalau kita lebih, kita patut bersyukur.. macam kes  kami, confirm la kena bersyukur dengan apa yang lab aku ada..selalunya bajet dapat juta2..memang mewah gak la kalau kata keja dengan mnc ni..mewah kat bajet untuk operation la..sebab depa nak requirement hat tinggi2..kalau tak bagi duit, yang hat nak lebih stress ni, confirm la orang QA..semuanya nak kena comply.. bab2 gaji, aku rasa sama ja kot dengan co lain..

cakap pasal requirement ni, dua tiga menjak ni, plant Malaysia jadi glamer..dok pulak dalam senarai 7 projek ETP Malaysia..nampak gah ja kan.. tapinya, nak bukak kilang baru, tempias sibuk tu aku rasa macam nak bagi kesan besaq ja.. pening dok implement CAPA tahun lepas, start plak dengan audit tahun ni.. dah la dalam bidang pharma ni, apa2 pun nak kena involve QA.. ingat aku suka ka dok sibuk pasal hal orang lain, aku lagi suka buat keja sendiri yang tak libatkan orang lain..tapi guideline tu la yang paksa aku sibuk pasal hal orang lain :P ... jadinya, TEKANAN tu bertambah2... tambah tertekan lagi, aku rasa lama dah aku tak berjalan2.. :p ...

makanya, sampai suatu tahap, aku pi berletiaq kat bos..(kalau nak ikut, hari2 aku nak pi beletiaq kat dia tapi kena speaking..tak puaih la kalau berletiaq dalam bahasa omputih ni..tak lepaih perabih).. aku dok pi kata kat dia, aku tak mau keja kat QA dah dan aku just nak sign docs saja tanpa review..heh, gila gak ahh aku boleh cakap macam tu kat dia.. tapi confirm la dia akan pujuk aku sebab aku pegang QMS..kalau dia nak gantikan aku dengan orang lain pun, aku bajet dia terpaksa menghabiskan masa dia yang lama untuk train orang baru..he he..ingat senang ka jaga QMS ni..nak harmonize procedure dari corporate..depa ada DCM, LMS pastu konsultant dok jaga.. buat kat sini, manually, pastu pandai2 la aku interpret sendiri sistem2 baru tu..aku terkagum gak la aku dapat bertahan lagi kat co ni..he he.. satu lagi, sebagai orang QA, gila takleh buat salah...kena betui ja..orang lain dok buat salah tahap gaban pun boleh dimaafkan tapi kalau orang QA buat salah..seumuq hidup depa ingat..

aku pun manusia biasa gak la kan...tapi bukan aku buat salah pun..masalah dia aku tak larat nak layan la perangai orang ni, nak2 lagi perangai pengurus2..masing2 dok ikut kepala masing2..
pagi semalam aku kena kaunseling dengan bos.. hisshh..kalau bos dok cakap sopan2, slow talk dengan aku ni, aku jadi touching gila.. awat la dia tak marah aku masa aku berletiaq tu tak tau.. aku pun tak tau pasai pa aku ter'emo' plak pagi semalam..memang ngok ngek la haiii...

petang tu aku saja bagi 'ayat' kat dia..pagi ni, ingat dia dah lupa tapi tengah hari, aku kena lagi mengadap dia.. bla bla bla bla bla..
aku kata jangan risau pasal ayat aku..sekali sekala sebagai manusia biasa, aku tak lari dari buat perangai.. dia sangat risaukan ayat2 aku...ha ha ha.. kadang2 terasa nak jadi kejam gak tapi aku selalu teringat2, kerja adalah ibadah..buat keja kerana Allah..so, kena buat dengan baik..sebagai umat Islam..kena tunjuk contoh yang baik..so, kalau aku dok hingaq2 pun, setakat di mulut ja la kan.. :P

dan yang paling penting aku sempat hint aku ada trip in between sebelum trip March tahun depan yang aku dah bagitau dia ..

dia senyum, aku dua kali senyum la.. :))





4 comments:

whitecappuccino said...

hebat norh pi berletiaq kat bos tu hehe..

insan marhaen said...

IM sekarang ni relaks sikit. Audit SIRIM baru saja habis awal bulan ni.

La... musim increment..

gadisBunga™ said...

suka gambaq tuh. kat mana? nak terjah jugaaaa!

norh said...

*WC

berletiaq dgn berhemah..


*IM

brapa kali setahun increement?


*GB

atas bukit larut :)