bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Wednesday, September 19, 2012

FROM TAIPING WITH LOVE 4

last entry pasal taiping, aku ada cerita pasal homestay tu kan.. acik erna ada tanya pasal homestay tu, rate sewa dalam RM 180 - 200, depend kalau kita pi brapa orang dan weekend ka, weekday ka or public holiday..
kat bawah ni detail contact person nya;

En Kamal
0148328503


lepas kami pi muzium, kami try cendol kat taiping..ok gak la..
pastu dok confuse samada nak balik homestay terus or nak pi cari makan sebelum pi tengok kelip2 kat kg dew.. plan mai plan pi..kami decide nak pi pasar malam.. makan pun kat pasar malam tu..besaq  jugak..pasar malam ni terletak kat tepi stesen bas..betui tak tau, ingat2 lupa dah ni..

dalam dok kalut2 nak jumpa en khairul untuk pi tengok kelip2, sempat lagi shopping carpet kat pasar malam tu, beli sorang satu..
dalam masa 10 minit kot, tertengok, terberkenan, terpilih dan terbeli..ha ha ha
rm100 shaggy carpet size kecil..tak dapat lagi kot harga tu kat mana2 setakat ni.. haishhh..perempuan oh perempuan..

jumpa en khairul dari eco tourism taiping..dia cerita dari awal sampai akhir kisah kelip2 ni.. macam masuk lecture school bio plak aku rasa..kami jumpa kat kfc ja pun..
en khairul ni pun dalam salah sorang lelaki yang gentlemen bagi kami..take note ye, bagi 'kami'...ada la insiden2 yang kami rasa dia adalah gentlemen..he he

pastu kami gerak ke kampung dew atas direction dari en khairul..

sesampai jak kat tempat kelip2 tu, ada famili cina baru balik dari trip depa..macam confident gak..
kami naik bot dan dibekalkan safety jaket..masa mula2 tu ok lagi..bila dah makin jauh..mak aiiiiii...kecut perut pulak aku rasa...*aku dan kami rasa*..

Kelip-kelip Kg Dew,
worth untuk mencuba..
pengalaman yang tak boleh dilupa..
 
serius... 
alam ciptaan Allah dan makhlukNya adalah sangat indah..pengalaman ni mungkin jarang aku dapat..

confirm kalau ajak aku skali lagi dengan kawan2 pempuan ja aku gerun gak...kalau nak pi, better bawak lelaki la dalam kumpulan tu.. 

masa dok kat atas bot tu, memang aku baca segala apa yang boleh baca..dok dalam sungai, pastu tak tau ada boya ka hapa ka kat dalam sungai tu..sambil dok nikmati kelip2 , sambil takut kot2 ada apa2 kat celah2 pokok berembang tu.....

pakcik yang bawak kami tu cakap, dulu2 lagi banyak,..tapi masa tu sapa yang nak promote pelancongan kelip2 ni kan..
 
malam tu bulan mengambang.. kalau bulan mengambang, kurang la skit effect dari kelip2 tu..



Sedikit fakta berkenaan kelip2 ni
Produk eko-pelancongan ini hanya terletak dua kilometer (km) dari susur keluar tol Taiping Utara, iaitu kira-kira 45 minit hingga satu jam tempoh perjalanan dari Ipoh.
Selepas 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kampung Dew, kelibat cahaya yang dihasilkan oleh si kelip-kelip ini mula kelihatan menerangi pokok berembang yang dikenali dengan nama saintifiknya Sonneratia Caseolaris.
Pokok berembang yang banyak terdapat di kiri dan kanan tebing sungai itu sudah sekian lama menjadi habitat buat kelip-kelip di sini yang tergolong dari spesis Pteroptyx Tener.
Pengelipan ini bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan dan selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen berhampiran daun
bagi menarik perhatian kelip-kelip jantan.
Kelip-kelip kebiasaannya ditemui pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok manakala pengelipan berlaku kira-kira satu jam selepas matahari terbenam.
Kadar kelipan pula adalah tiga kali sesaat dan pada permulaan, ia akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai pakej eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew boleh menghubungi Khairul Salleh Ahmad (0125145023) atau melayari http://fireflyzone.blogspot.com untuk keterangan lanjut.



 gelapppp...





 sesetengah pemandangan tak boleh dirakam dengan kamera.. ;)

 menikmati keindahan kelip.. :)
harus cuba sendiri ya...



6 comments:

makchaq said...

Bestnya taiping ni.. Cantik la bila norh buh gambaq kat sini.

Masa makchaq duk sana pi jugak tempat2 yg norh tunjuk ni, tapi tak perasan pulak cantik ka dak. Gambaq pun tak pernah ambik.

kakcik said...

Kakcik dah lama tak singgah di Taiping walaupun ada saudara mara di sana. :(

Tukang Karut said...

owh...aku baru tau ada kelip2 kat taiping gak ek...

Alin Marlini said...

mana gambar kapet...hehehe

Acik Erna said...

assalam norh..twerima kasih ye..mana tau nanti kot tak sempat nak balik keseremban..boleh singgah taiping..bila2 nak pi utara nanti

Amirul firefly said...

Terima kasih kerana melawat kelip-kelip di Kg Dew. Prinsip pelancongan yang cuba saya terapkan ialah "For your eyes only". Bunyi enjin dan asap sudah cukup mengganggu hidupan 'fragile' ini.
Saya mohon cut paste post ini