Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Tuesday, September 18, 2012

FROM TAPING WITH LOVE 3


YESSS!!!!!
MY LAPPY IS BACK :))

puaih aih dapat berblog dengan lappy sendiri..


aku sambung cerita taiping no..

kami bertolak pagi sabtu..sampai taiping tengahari..
sampai2 taiping, terus meronda tasik taiping..lepas dah kenyang baru pi berjumpa tuan rumah homestay..kat taiping golf resort..

tuan rumahnya peramah dan view dari rumah tu saujana mata memandang..worth sangat la dapat dok sini...memang sesuai untuk tenangkan fikiran (yang selalu serabut dengan keja yang buat aku bermimpi ngeri tiap malam :p)

 

view dari balkoni

mata segaq..tak payah makan keret banyak2, mata dah terang..

view dari balkoni


bilik ketiga

semua kemudahan memasak disediakan..
tapiiiii,
takkan nak memasak dah motifnya nak jalan2 cari makan..
he he he

bilik kedua

bilik utama


dah kenyang, syok tengok homestay yang cantik..apa lagi..nak lena ja la..so, kena set time nak keluaq berjalan balik pukui brapa..kalau tak set time, sungguh beristirehat la kan..

walaupun bilik utama dan kedua cantik, pada malamnya, kami ambik toto yang disediakan dan tido kat ruang tamu...dan lena dengan nyenyaknya..


dalam pukui tiga macam tu, kami keluaq plan nak pi bukit larut..


Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.



tapi tengok sign board kat bawah ni..

masa kami pi tanya kat kaunter tu,pakcik kat kaunter tu dok ketip kuku kat kaunter..dan tak berapa nak mesra dengan kami..
pastu kami tanya boleh book untuk esok dak..dia kata tak boleh..kena mai pagi2..
keluaq dari opis depa tu, kami dok membebel la pasai pa yang tiket abih awai sangat.. macam ni la cara keja kat malaysia dan bla dan bla dan bla bla bla


memusing lagi kami..terjumpa burmese pool
masuk gak tapi tak menyusur ke dalam sangat pun..
dari jauh dok dengaq suara orang riuh rendah mandi..


area parking burmese pool

bahagian budak2 mandi..


bila tak boleh naik bukit larut, ubah plan pi muzium..
cantik no rupanya muzium taiping..
elegan

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.








ni pemandangan kat luaq muzium..





next, jalan2 cari makan lagi..





4 comments:

Acik Erna said...

assalam norh..boleh acik tau..dimana home stay tu..mana tau kan..nanti bulan sebelas rasa nak tidur ditaiping jugak

norh said...

salam acik erna

nak tanya housemate, dia dah tido..nanti next entry saya update address dgn contact person plus harga ye.. taiping golf resort ni dekat dengan exit kamunting..

NasQ said...

kalau aku la, aku dah bahasakan penjaga kaunter tu dah...

norh said...

TK

kami bahasakan kat belakang2 ja..he he