bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, June 28, 2012

nasi ayam lemon

Syok pulak main2 dengan instagram ni... Rupa nasi ayam lemon ni bukan macam ni sebenaqnya...

Motif?

Jangan tertipu dengan gambar...  ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 24, 2012

pesta kepah @ pantai kuala muda

Berkampung nun di hujung sana....


Semakin jumpa, semakin nak menggali dlm pasir tu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 23, 2012

anak-anak

Melayan kanak2 buatkan kita tersenyum...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 20, 2012

tentang hidup

Hidup perlu kuat

Untuk apa jua keadaan...

Hidup sentiasa untuk diuji

Untuk apa jua situasi...


Tiap insan,

Berbeza kekuatan dan ujian...


Ingin mengikut kata hati yang lemah,

Yang rugi diri sendiri gak...


Wahai diri, bertabahlah...


Mode: jiwa kacau... Huk huk huk


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 11, 2012

ACEH 10 : Ujung Sumatera

terasa lama dak aku dok kat Aceh?
3 hari 2 malam ja pun tapi padat dengan aktiviti.. :)
ditambah lagi dengan kelembapan aku update blog, lagi la terasa lama dok kat sana..
bulan ni takde plan cuti2..kena jimat cuti (dan juga duit)...hu hu

aku paling suka view di aceh yang nampak banjaran barisan ni..  
segar ja..almaklumlah tak leh nak pi lagi negara omputih..

kawasan ni musnah dilanda tsunami.. dibangunkan dengan penempatan baru tapi ada juga yang tak diduduki..sebahagian besar juga ditanam dengan pokok bakau..


nampak tak penempatan di atas bukit tu, di sebelah kiri.. kampung tu disumbangkan oleh Jackie Chan, siap dengan sekolah, pasar, masjid dan kemudahan yang lain..lebih kurang seribu buah rumah disumbangkan oleh dia..

projek penanaman pokok bakau

perkampungan rumah dari Jackie Chan (dari dekat, tapi tak masuk ke perkampungan tu)



penghujung sumatera
Ujung Batee

pulau sabang

jalan2 sekitar universiti Aceh




makam sheikh kuala

Sejarah Sheikh Kuala
Syekh Abdurrauf Singkil (Singkil, Aceh 1024 H/1615 M - Kuala Aceh, Aceh 1105 H/1693 M) adalah seorang ulama besar Aceh yang terkenal. Ia memiliki pengaruh yang besar dalam penyebaran agama Islam di Sumatera dan Nusantara pada umumnya. Sebutan gelarnya yang juga terkenal ialah Teungku Syiah Kuala (bahasa Aceh, artinya Syekh Ulama di Kuala).

Masa muda

Nama lengkapnya ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkili. Menurut riwayat masyarakat, keluarganya berasal dari Persia atau Arabia, yang datang dan menetap di Singkil, Aceh, pada akhir abad ke-13. Pada masa mudanya, ia mula-mula belajar pada ayahnya sendiri. Ia kemudian juga belajar pada ulama-ulama di Fansur dan Banda Aceh. Selanjutnya, ia pergi menunaikan ibadah haji, dan dalam proses pelawatannya ia belajar pada berbagai ulama di Timur Tengah untuk mendalami agama Islam.
kami cuma tengok dari luar sebab kami pakai seluar..
nak masuk dekat dgn makam kena pakai kain batik depa..
abg yani bercerita, sebelum kejadian tsunami dulu tu, tokoh agama kat sini ada bermimpi yang aceh akan ditimpa bencana dan meminta penduduk kat situ berpindah..tapi penduduk pulak dok kata dia dah jadi gila sebab bersungguh2 suruh org pindah dari situ.. dia sempat berpindah dan pulang ke situ lepas kejadian tsunami.. makam ni tak terjejas walaupun terletak dekat sangat dengan pantai..


kawasan depan makam tu..dekat ja kan tapi Allah melindungi makam tu..



kereta kuda untuk pesta keluarga




Sunday, June 10, 2012

menelusuri waktu

Sepanjang hidup ni, terasa banyak hal yg dah dilalui...dan sebenarnya bukanlah seindah yg aku pamerkan kat blog ni...mungkin sedari dulu aku tak biasa berkongsi masalah dgn sesiapa.. Selalunya aku menangis pun sendirian ja..selalunya tu adalah zaman aku muda2 dulu..sekarang ni air mata dah kurang  kot...mungkin jugak sebab aku pernah minta pada Dia agar tak perlu berperasaan lg..gila lah bila ingat2 balik..


So, biarlah kawan2 kat sini nampak yg best2 saja...dan actually kawan2 kat luaq pun sama...nampak aku mcm tak ada masalah...smooth ja hidup, bak kata salah sorang anak buah aku kat ofis yg merangkap kawan jugak bila luaq ofis..


Walaupun aku tak kongsi masalah aku, boleh jugak aku bgtau yg aku ni seorg pendengar yg baik..kadang2 bg nasihat pada buddy di sekeliling mcm la aku pandai sangat dan boleh ja layan masalah.. Mungkin jugak kata2 ku pada depa adalah kata2 ku utk diri sendiri..


Aku banyak berguru dgn pengalaman sendiri... Dan aku perasan, semakin lama kita akan berubah fokus hidup bergantung dgn usia dan pengalaman yg kita lalui....


Fokus aku sejak tahun lepas dan sampai sekarang untuk buat apa yg aku suka dan yg aku suka tu adalah berjalan2...memang aku tak salahkan diri kalau duit aku terabih kat situ..he he he...  


Mungkinkah lepas ni, aku akan berubah fokus??


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

r.e.h.a.t

Berada di rumah sendiri,

Tiada agenda,

Rasa nak kemas almari baju, aku kemas..

Rasa nak kemas laman belakang, aku kemas...

Rasa nak tidoq, aku tidoq...

Rasa nak ngadap tv, aku lepak...

Sambil2 layan internet...

:)

Selamat berhujung minggu..


P/s: dah lama tak berehat macam ni... ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

kek cawan ku

Ahakksss.....


Menjadi jugak cup cake yg tak brapa rupa cup cake....setelah puluhan tahun tak buat kek.. ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

quote of the day

If someone not appreciate your presence, make them appreciate your absence...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

hidup untuk diuji

Hidup adalah ujian,

Hidup untuk membuat pilihan,

Terkadang keliru,

Diri sendiri tertipu...


Berfikir selagi mampu,

Bertenang sedaya mungkin,

Kuatkan hati walau mungkin tak segagah mana,

Hidup perlu diteruskan...


Mode: merenung kehidupan


Tadi hajat di hati nak ziarah teman dan ajak dia ke klinik utk sambung mc lepas seminggu kat rumah akibat paru2 berair...sampai kat rumah dia, dia nampak sangat tak sihat...bergegas bawa dia ke wad kecemasan...moga dia kembali pulih...


Hati tersentuh pabila dia berusaha menjawab telefon dari anaknya dan berkali2 menyatakan dia sihat dan minta anaknya jangan risaukan dia..walhal dia memang tak ok..


Melihat kasihnya ibu...


Dan terngiang2 pesanan mak aku selalu...habuan dia macam tu, habuan kita tak tau mcam mana lagi esok2 ni....


Hidup penuh dengan perkara2 yang menghidupkan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 3, 2012

ACEH 9 : Pantai Lampuuk

meneruskan hari kedua di bumi Aceh, ke Pantai Lampuuk jom...

sesapa yang berminat nak dok kat homestay ni? 
kebanyakan mat saleh yang dok kat sini..

owner, bapak kawan abg yani

open air tu..he he

pondok utk rehat2 dan berkelah..

tak perlu naik bot ke pulau dah boleh main air yang jernih.. kalau kat pulau sabang, mesti lagi best..

rugi pulak tak spare baju lebih.. kalau tak, boleh mandi pantai ni..



mulanya tak plan pun nak lunch kat tepi pantai ni tapi memandangkan dah kul 2 lebih, so order je la kat sini.. yang bakar2 mcm kat bawah ni ja yg ada kat sini..

buah kelapa ni sangat banyak airnya..besar sungguh..tak larat nak abihkan..

sedapppp

fresh

nampak ja goreng kosong macam ni tapi kalau makan dgn sambal kat bawah ni...fuhhhhh..telan air liur kejap..


Alhamdulillah

kami singgah kat Masjid Rahmatullah berdekatan, yang merupakan masjid yg berdiri ketika dilanda tsunami.. sengaja dibiarkan sebahagian runtuhan kekal untuk peringatan kepada generasi akan datang...

foto2 yang dipamerkan kat dalam masjid..


kawasan Pantai Lampuuk sewaktu tsunami



kini



tersergam kukuh