bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, July 27, 2012

rezeki 7 ramadhan

Alhamdulillah..

Jiran2 membalas bekas dengan gulai ayam dan ikan masak sambal...


;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 23, 2012

benang kasih

Semalam mak buat kuih lopes..

Pagi tadi dalam peti ais masih ada baki dalam balutan daun pisang...

Memang dari semalam aku dok ingat nak tapau...

Aku bab memasak ni agak fail, nak buat air gula utk kuih lopes ni pun aku tak tau..

Aku tanya mak, mak pun bagitau cara2...

Aku bungkus la barang2 tu..

Pastu mak kata, ni benang untuk potong kuih lopes tu tapi bagi aku, tak pa lah...

Aku ada benang kat rumah...dak pun, pakai pisau ja la..

Tadi bila aku buka bungkus tu waktu nak makan tadi, ada benang yg mak aku potong dan masukkan dalam plastik tu...


Sebak...

Bukan seutas benang, tapi kasih ibu yang tidak ternilai...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, July 8, 2012

the feeling

This is hard,

Make me feel exhausted,

Hope its worth...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, July 7, 2012

070712

Dua tiga menjak ni,  laluan hidup aku penuh dengan hal2 yang tidak dijangka..


Ada yang boleh aku kongsi di sini dan ada yang tak...


Aku nak kongsi yang kawan baik kat tempat keja baru meninggal waktu kami sibuk dengan audit minggu lepas...


Aku pernah buat entry waktu dia sakit hari tu...

Memang arwah dah sebulan tak datang kerja tapi kami tak pernah jangka dia akan pergi...bila diingat2 balik, ada la tanda2 yang dia akan tinggalkan kami..cuma sebagai insan, kita tak dapat tau rencana Allah..


Meneruskan perjalanan hidup aku..terasa berada di persimpangan sekarang ni..

Bersendirian,

Yakin pada kuasaNya, yakin pada takdirNya...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 3, 2012

delegation

Alahai...

Awat la auditor cuma catat observation satu ja untuk task yang bos aku tak boleh delegate kat aku?

Kalau buat list penuh A4 paper pun tak pa gak....hehe

Auditor kata aku boleh mai half day sebab selsema...tapi bos pulak tak bagi.. ;p


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 2, 2012

audit, audit dan audit...

Minggu ni seminggu kena menghadap audit korporat...

La lalala la la...

Ingatkan bila auditor mai waktu bosses ada, tak payahla aku jadi auditee..

Mimpi la norh ooiii,

Jangan harap nak lepas dari kena menjawab...

Dah la demam pulak hari ni...

Ambik mc esok? He he


Tahun lepas qa auditor yang baik, tahun ni pun baik gak...

Muka macam pelakon hindustan pulak tu...

Hari pertama yang berjalan lancar...

Esok???

Moga otak ligat memberikan jawapan yang baik... ;p


Published with Blogger-droid v2.0.4