bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, August 31, 2012

m.e.r.d.e.k.a

Merdekakan diri anda dari dijajah dari orang2 yang sah2 ada mempamerkan kepentingan diri....
*pesanan untuk diri sendiri..

Indirectly ada orang minta aku and my best colleague pi keja hari merdeka..

WHATTTTTTT!!!!!!!!!

Agak2 la kan...

HARI MERDEKA tu nak suruh orang keja..

Pesanan untuk pihak tertentu (walaupun depa tak baca, aku nak tulih jugak)

*Sapa suruh tak pandai planning..
*Lain kali jangan nak quote human nature suka buat keja last minute..
*Kalau suruh aku buat keja last minute, aku tak buat langsung...
*Dah dok kat MALAYSIA, belajaq la respect orang MALAYSIA....

SELAMAT HARI MERDEKA...

p/s: bila hati dah panas pasal keja, aku sejukkan hati dengan shopping baju untuk winter...he he he

*puas hati aku bila aku tak pi keja hari ni...

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 29, 2012

best of the day

When you achieve something...
Be reminded for whatsoever thing that you may lost...

P/s:
1. makin lama, makin teruk...
2. Betul la kata2 "idea tanpa action sama macam takdak idea"...
3. Hari ni aku hantaq notis kat bos pasal dia buat salah...pastu aku terus blah..(memang esok ada yang nak kena lempang :-P )

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 27, 2012

congrats on the 30th

Being part of the company for 6 years..
Lots of learning from my first day till date..
Not only work matters..
Its about the journey...

I wish for one thing to be CHANGED...
that something to be kept in mine.. 

GOOD LUCK

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 26, 2012

missing

Rindu pulak dengan laptop aku..
Tengah baiki..
Aku cakap lambat pun tak pa..
Sebab sayang nak hulur kos yang beratus2...hu hu hu
Berinternet dengan note ja sekarang ni...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 24, 2012

harapan yang berkecai..

Semalam beria aku habaq esok cuti kan..

Tapi......
Tadi bos 'jemput' aku ke kilang esok..

Pertama, nak final touch up untuk perasmian blok quality isnin depan..
Almaklumlah, chairman dgn all board director nak turun...
Sebelum ni paling tinggi mai pun, cuma CEO co..
So, kena la support sedikit sebanyak kan... Bila lagi nak sibuk2 sambut 30 years celebration, sementara ada kat kilang ni la kan..he he he
Serius nak habaq, walaupun plant kat malaysia ni kecik ja...tapi excom ni rajin sungguh turun malaysia..tiap kali turun, jangan harap la turun sesaja kan...ada ja la projek depa...tu aku rasa tak nak tarik nafas ni...hu hu...

Dengaq2 ada projek mega sempena kedatangan chairman kali ni..
Kalau terlibat, confirm blog ni terabai terus.. ;p
(macam la depa nak libatkan aku..*perasan lebih*)

Kedua, dia ajak 'dating' lagi weh..
Untuk hari ketiga berturut2...selagi tak settle hal corporate audit hari tu..

Berdiskusi dengan bos di petang sabtu yang biasanya memang kami tak kerja..dengan mode raya lagi...
Adakah otak aku dapat bagi response yang baik esok???

La la la la la la....

Published with Blogger-droid v2.0.6

a reminder

I have to...


Positivity fuels productivity.  

Thoughts are like the steering wheel that moves our life in the right direction.  
Success comes from positive energy.  
You can choose to get caught up in the negativity surrounding you, or you can decide to do something positive about your situation. 
You always have a choice.  
Remember, happiness is an element of success, and the happiest people don’t necessarily have the best of everything, they use positive energy to make the best of what they have.


source

Thursday, August 23, 2012

lusa cuti ;)

Esok jumaat..yayy
Sebab lusa dah cuti..
First day masuk keja lepas cuti raya,
Jangan harap la nak ada mood raya..
Melainkan kerja, kerja dan kerja dan semuanya adalah URGENT...
Dokumen..tak sempat meja nak kosong..
Inbox pulak, semuanya yang perlukan pemikiran yang mendalam..
Dan yang paling tak best, setengah hari dok dengan bos berbincang CAPA...
Hmmmm...hidup perlu diteruskan.. ;p

Published with Blogger-droid v2.0.6

samperit forever



Dulu2 mak aku yang dok buat samperit ni..

Pastu mak dah tak larat nak buat kuih..

Kakak aku yang sambung buat..

Sampai dia boleh buat bisnes samperit..

Aku?

Order je la dengan dia.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, August 22, 2012

pencuci mulut



Cuba teka menu kat atas ni...

;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

raya keempat

Terasa nak pause hari ni...

Sebab esok dah kena kerja..hu hu hu

Dalam kepala dah terbayang2 to do list.. ;p

Sangat tak best kan teringat pasal keja waktu musim raya ni..

Baik pikir pasal makan ;)

Lemang ketupat rendang dah abih,

Kuih raya banyak lagi...

Kalau tetamu mai hari ni, jamu dengan kuih raya je la nampaknya..

Semalam, sampai ke malam la jugak sedara mara berkunjung..

Tugas aku seperti biasa; orange lady..he he

Hari ni yang confirm aktiviti aku adalah menghadap tv sambil mengunyah2 la jawabnya..


;) selamat beraya lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri...

Salam rindu untuk teman2 blogger...

Dah kenyang makan ketupat rendang?

Ada ka yang nak jawab soalan ni ya..

Tak pasti la ada ka dak yang menjengah kat blog usang ni...

Bila la agaknya aku nak rajin menulis semula.   ;p


Sebelum aku nak menyambung tulisan, ku ucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..

Moga kebahagiaan milik kalian semua di syawal yang mulia ini..


Memang dah sangat lama rasanya tak menulis di blog ni..

Alasan?

Seperti biasa, sibuk dengan kerja..

(macam la aku sorang ja yang keja kan)..

Tambah la dengan penyakit M tu... ;p


Tapi serius wei..aku tersangat sibuk dengan keja..bila dah sampai rumah, kepenatan dan dah tak sanggup nak ngadap laptop.. Pernah nak tukar kerja tapi untuk move bila kita dah sampai suatu tahap bukan suatu hal yang mudah rupanya..banyak aspek yang kena pikir..


Tambah lagi pulak, waktu bulan puasa ni, bos balik india 3 minggu, kena cover kerja dia, kena approve dokumen2 yg dia biasa dok approve..sebelum approve haruslah aku review dan return dokumen2 tu dulu..review dan approve dokumen bagi pihak quality assurance adalah kerja2 yg mencabar minda, hati dan juga mulut...letih gila dok berleter dekat semua org bulan puasa ni...sejak awal puasa lagi aku dak dok agak, aku macam tak dak mood beraya tahun ni... Rasa give up pun ada jugak jadi orang QA ni...


Tak cukup lagi dengan tu, tambah pulak satu peristiwa 26 ramadhan hari tu, rumah aku kena pecah masuk.. Hilang dslr, kodak, bagpack & jam kesayangan, duit...hu hu hu.. Sedih memang la sedih tapi kalau aku pikir lebih2 pun, aku gak yang sakit hati.. Menyampah tengok rumah aku yang disemakkan oleh pencuri tu.. Wahai pencuri, bertaubatlah...

Duit raya aku belum sempat ambik dari kawan, so masih ada rezeki untuk sedekah pada sedara mara dan anak2 buah..


Secara umum, Aidilfitri kali ini yang biasa saja bagi aku..lagipun dah bertambah umur...cuba mencari keriangan lebaran tapi mungkin bukan semua yang bertuah...


Moga Aidilfitri ini menyinarkan cahaya fitrah buat diri aku..agar aku sentiasa ingat DIA yang maha menyayangi...


Published with Blogger-droid v2.0.4