bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, November 30, 2012

bz

Salam semua..

Seperti yang telah dijangka, sebelum nak bercuti lama ni, sibuk tiba2 yang melampau..

Minggu ni, hari2 balik pukul 8-9pm dan yang paling melampau tadi, habis kerja pukul 12 tengah malam..

Baru settle packing..dan baru boleh pikir pasal nak cuti...tapi nak tido dulu, dah penat..

Dan tak sempat nak singgah mana2 rumah alam maya..sorry

Hingga ketemu lagi ;)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 28, 2012

CNY 2013




temasik mar 12





ada sesiapa yang dah ada plan jalan-jalan waktu chinese new year next year dak?

ada cadangan berlibur kat mana2 dak?

















Tuesday, November 27, 2012

nite at temasik

salam semua :)

norh ke singapura pada bulan mac tahun ni..lama dah kan..ha haha..masa tu zaman norh tak dak mood sangat nak blogging.. so, tersadai la gambar2 ni kat dalam laptop..
norh ke sana pun secara mengejut ja, menggantikan kawan untuk suatu urusan keja.. last minute book hotel..last minute jugak bertanya kawan2 yang available untuk bawak norh berjalan2 kat singapura..

actually hal keja sekejap ja tapi sebab last minute book flight, flight penuh hari yang sama..terpaksa book hotel...bila nak book hotel, hanya boleh book hotel yang dalam range boleh claim saja..susah la nak mencari hotel untuk bajet yang ada.. waktu cuti sekolah plak masa tu..yang dapat hanya kat area red area..hu hu..masa tu tak tau pun apa maksud red area bila dok kalut2 baca review pasal hotel ni..rupanya bila pi ofis kat singapore, masing2 tekejut bila cakap stay kat hotel tu..mana la norh tau kan..dah la kelam kabut book flight dgn hotel semua.. 

lepas abih meeting, sorang staff ofis sana tolong teman check in dan untuk make sure hotel tu adalah selamat untuk norh.. alhamdulillah, walaupun red area tapi bahagian yang dekat dengan kejiranan lain...so, kira macam selamat la.. tapi berpeluang melihat 'warna' malam di red area singapore..:P

lepas check in, rakan satu syarikat bawa norh ke suntec city..kat situ, norh menapak sorang2 dari satu kedai ke satu kedai sampai sakit kaki..tunggu sampai ada pertunjukan air pancut..ambik gambar sikit ja tapi tak brapa cantik..at last, stop ambik gambaq, layan ja air pancut tu..
 
malam sebelum ke sana tu jugak baru norh sms kawan tanya kalau dia free untuk the next day..nasib baik dia boleh bawak norh jalan2 kat sana..berbaloi gak la sambil keja sambil tengok tempat orang..padahal berjalan2 adalah lagi banyak dari buat keja..ha ha ha
lepas lepak kat suntec city, balik hotel, pastu tunggu kawan mai..punya la lambat sebab dia dari jb..

gigih sungguh ronda2 kat singapore waktu tengah malam :P

ni area geylang 






melepak kat area marina bay 
 



motif letak igloo merah yang dikelilingi bangunan pencakar langit?


tak terasa pun nak naik ferris wheel ni..

masa ni ntah kul brapa pagi ntah..orang pun dah balik dari clubbing..



pada asalnya, keesokan hari tu nak ambik teksi atau bas saja untuk jalan2 kat singapore sebab norh ingat kawan norh balik jb malam tu..
rupa2nya pagi esok tu, dia bagitau dia tido dalam keta..so, maksudnya norh sambung jalan2 dengan kereta kawan :)
tapi still tak dak fix plan pun..mana2 tempat yang best yang kami jumpa, kami akan singgah..tapi norh berhajat nak pi clark quay..
so, tunggu next entry ye, norh ke mana lagi kat singapore ni.. :)









walaupun cuma dok 2 hari 1 malam, entry nya confirm lebih dari 1   :P


Sunday, November 25, 2012

my trolleys


My basket was empty,
But not my trolleys... ;p


Mengikut sejarah, asal norh nak bercuti ja, tak kira la sehari atau 2 hari ataupun setengah hari..hatta nak ambik gate pass sejam sebelum balik pun...

Kerja tiba2 akan menggunung..macam la tiada esok bagimu...
Ini kisah benar ye...


Situasi ni dah jadi banyak kali dah..sampaikan dok terpikir jugak macam mana kalau nak cuti seminggu nanti...

Untuk pengetahuan semua, norh bakal bercuti start hari jumaat 30 nov sampai jumaat depan........cuti paling lama yg norh pernah ambik..nak naik flight *wink*

Sampai awal minggu lepas, segala task masih as per schedule dan keadaan masih terkawal..tup tup sampai hari jumaat lepas, dia mai dah..dengan tiba2 kena involve dengan projek stability..dan dikhabarkan perlu 3 hari penuh lagi untuk projek ni..hari ni pun pi keja untuk projek ni..working on sunday morning..sangat tak cool beb...

Bermaksud next week cuma ada satu hari untuk kosongkan troli sendiri..dan bukannya satu troli saja dok ada... la la la la la



k.e.r.j.a sangat mencemburui norh ;p







Saturday, November 24, 2012

random 241112

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 23, 2012

am i happy?



yes for something
no for certain things





i do wish i am happy like others seeing me happy,
but deep inside my heart..hmmmm














p/s: pic last march..outstation,
will blog about it later..








 




Thursday, November 22, 2012

arah mana?




kalau tak ok jalan yang dipilih, kembali ke persimpangan dan cuba jalan satu lagi...



minggu ni keja norh meng'audit' ja..
 
sesetengah orang fikir audit dan jumpa kesalahan orang lain adalah sesuatu yang best..
tapi sebenarnya adalah sangat tak cool.. :P

bila banyak non-compliance, banyak lagi keja yang kena buat..
audit..report..verify report..CAPA..verify effectiveness..rekod sana, rekod sini..

sebenaqnya tak kisah sangat pasal banyak keja tu..dah namanya bekerja..kang kalau tak dak keja pulak, nampak macam syarikat tak maju.. kalau syarikat tak maju, macam mana nak dapat increment tiap-tiap tahun.. kalau tak dapat increment, macam mana nak menabung untuk jalan-jalan ni?..ha ha ha 
 
yang menggusar hati adalah memikir pasal attitude pekerja..huh, serius pulak tulih blog malam ni :P ..dah lama kot tak menulih pasal cerita-cerita pejabat ni.. dalam dok frust dengan depa-depa tu, norh pi menyembang dengan bos..saja la habaq kat bos, nak update resume la since dah 6 tahun keja kat sini dan masih ada masalah dengan attitude yang tak berkesudahan..nak letak dia sebagai reference..dia senyum sengih dok bagi motivasi 5 minit ;)
 
 ok, ni first time norh habaq kat dia.. nanti kalau-kalau norh stress lagi dan mungkin sekali lagi habaq nak update resume, confirm pastu dia akan slow talk dengan norh..
 
dah berapa kali kes dah, dok melawak dengan dia tapi betul2 pulak dia ambik action..
selalu sangat dia ambik serius dengan kata-kata norh :P
 
 
tapi..pilihan di tangan kita kan,
nak update resume ka dak?


 
 

warna warni hong kong 14: hk moments to be remembered


aakhiiirrnyaaaa...
episod terakhir..he he
layan gambar je la eh..

hari ke5, pagi seawal 5am, dah naik teksi yang dah di tempah dari hotel..
takut tertinggal flight pagi2 buta kan..

dok buat entry gambar airport ni,
hati berbunga2..
sedang menghitung hari....
;)







Wednesday, November 21, 2012

turn this wheel to go faster







"turn this wheel to go faster"


dalam diri kita pun ada tombol ni kan..
ada dalam otak :)







leading qms team, norh sebolehnya tak boleh buat salah..boleh ka lagu tu?

kadang2 terpaksa berlagak pandai..muahhahaha


tapi dalam pengalaman jaga quality management ni, satu daripada aspek yang penting adalah kita kena lebih terkehadapan dari orang lain, terkehadapan dari segala shedule, terkehadapan dari semua sistem, terkehadapan dari masalah2 yang kita boleh jangkakan..


yang mana kadangkala norh rasa nak dok ja setempat dulu, tak mau terkehadapan sat..
mengah ;p

 

















warna warni hong kong 13: Mongkok Street & Symphony Light

tersesat mencari mongkok street, kami balik semula ke hotel..
pastu lunch kat indian restoran kat depan hotel..
nasi beriani dengan aiskrim india..sedap jugak, campuran gajus dgn almond..




indian aiskrim..first time rasa..

tadaaa....
akhirnya..
mongkok street..he he he..

balik hotel..study map..
naik mtr,
bersesak dengan orang hong kong
jumpa nenek2 ambik cucu balik dari sekolah naik mtr..
jalan kat hk ni kena cepat2..kalau nak lambat2, jangan sampai halang laluan depa yang selalu saja rush..

peringatan ye..sila baca map elok2..salah keluar platform, tak jumpak jugak mongkok street ni..

since kami dah ke temple street dengan fa yuen street, mongkok street ni agak mahal dibandingkan dengan dua lagi market tu..mungkin sebab mongkok street ni paling glamer kot..





berjalan kat area mongkok ni..memang banyak la shoplotnya..
orangnya pun ramai..pening la jugak ramai2 ni..
banyak butik jugak..tapi kalau nak jimat, masuk dan tengok ja..he he
pastu kedai2 dia, tak tinggi mana pun..siling tu, terasa dekat ja dengan kepala kita..eskalator pun slim melim ja..kecik dan comel2 ja..tak tau la harga sewa kedai tu pun dah brapa ye..

meneruskan trip kami, kami naik mtr balik ke tsim tsa tsui..hajat nak naik feri ke wanchai..
tapi, masing2 dah letih, ubah fikiran..nak tunggu symphony light ja kat jeti tu..

berhenti keluar dari mtr untuk ke jeti..tapi menapak boleh tahan la sebelum nak sampai kat jeti tu..patutla tak nampak jem kat hk ni..rupanya ramai org dok berjalan kat subway :P

hujan la pulak


tunggu sampai symphony light dipersembahkan..
cahaya bagaikan menari2 bersama bangunan2 di atas ni..








gambar tak clear..berselang seli dengan gerimis..

Tuesday, November 20, 2012

cuba teka...




kat mana ni?

kuning & putih




walaupun kita fokus yang kat depan,
tak semestinya kita abaikan terus latar belakang tu..
pandai2 la kita schedule bila kita nak pi fokus latar belakang tu..

kalau kita rasa yang kuning tu cantik, kita puji..
kalau kita rasa yang putih tu, tak cukup putih, pi la cari subjek lain yang lagi putih..
kalau rasa tak pandai lagi nak fokus ke titisan air tu..cuba lagi..lagi..dan lagi..

dalam hidup ni, memang la banyak ketidaksempurnaannya..
tapi bukan bermakna kita perlu hidup selama2nya begitu..
kita,
yang perlu usahakan untuk menyempurnakan ketidaksempurnaan itu..
ye dak?







mode: motivasi diri bila terasa frust berada di tempat keja...(tapi of coz la ni autopublish entry..takdak maknanya nak mengupdate blog waktu keja..gila keja la katakan)
 

Monday, November 19, 2012

le boss

antara feveret restoran kat sg petani..



tekan button tu untuk panggil waiter


teh tarik size L tak dak :P

ni bahagian luar restoran..kat dalam ramai orang..

teh o lemon

chicken chop black pepper dengan 2 side dish rm11.90

chicken chop bbq  dengan 2 side dish rm11.90

teh tarik XXL

grilled chicken teriyaki dengan 2 side dish rm16.90




portionnya besar, makan sampai tak larat nak abihkan..

p/s: kami dah plan, kalau nak makan bertiga, order ja dua set pun dah cukup dan mengenyangkan..side dish boleh pilih..  ;)