Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, February 23, 2014

KEMBARA EROPAH 3 : BLUE MOSQUE, BASILICA CISTERN

Lepas penat pusing dalam topkapi, masing2 dah lapar, nak la mencari makanan kan.. banyak ja restoran kat situ..pilih ja mana yg berkenan.. sebelum masuk kedai, kami singgah  basilica cistern dulu.. harga tix 10tl..masuk kawasan ni gelap sikit..

Sedikit info berkenaan ni;
Known in Byzantium as the Basilica Cistern because it lay underneath the Stoa Basilica, one of the great squares on the first hill, it was used to store water for the Great Palace and surrounding buildings. Eventually closed, it seemed to have been forgotten by the city authorities sometime before the Conquest. Enter scholar Petrus Gyllius, who was researching Byzantine antiquities in 1545 and was told by locals that they could obtain water by lowering buckets in their basement floors. Some were even catching fish this way. Intrigued, Gyllius explored the neighbourhood and discovered a house through whose basement he accessed the cistern. Even after his discovery, the Ottomans (who referred to the cistern as Yerebatan Sarayı) didn't treat the underground palace with the respect it deserved and it became a dumping ground for all sorts of junk, as well as corpses. It has been restored at least three times.










dlm kul 3pm (t), kami singgah restoran area sultanahmet..mkn kat situ, 21.6tl.. norh beli kentang ayam, baklava n mineral water..tu pun dah kenyang teramat.. pastu beli Turkish delight.. 11.5 L..



mcm nasi goreng tp agak mcm pulut sikit..


ayam dgn kentang ..saiz nya besar sangat..

baklava..sedap! tapi tak boleh mkn banyak..manis sangat..

turkish delight..macam nak beli semua..hehe




then, pi solat kat blue mosque.. Alhamdulillah berkesempatan solat di masjid yang penuh dengan sejarah ni..

The mosque is known as the Blue Mosque because of blue tiles surrounding the walls of interior design.Mosque was built between 1609 and 1616 years, during the rule of Ahmed I. 
Following the Peace of Zsitvatorok (1606) and the  unfavourable result of the wars with Persia, Sultan Ahmed I decided to build a huge mosque in Istanbul. It would be the first great imperial mosque to be built in more than  forty years.His predecessors had paid for their mosques with their  war booty, Sultan Ahmed I had to withdraw the funds from the treasury, because he had not won any notable victories during his time. This provoked the anger of the Ottoman ulema, the Muslim legal scholars.


Mencari2 tempat wuduk.. berpusing2.. dah la denga ramai touristnye yang masuk dlm masjid tu..tp time masuk waktu, depa tutup utk tourist..muslim yg nak solat, boleh masuk..rupanya tempat wudhuk tu tersembunyi sikit.. bahagian depan perkarangan masjid tp ke belakang sikit.dekat dgn area toilet.. then, solat maghrib and isyak terus..



perkarangan masjid










Lepas solat, menyusur ke arasta bazaar.. nak ke bazar ni, dari masjid, kena ke arah kanan bahagian sisi masjid...dan kena turun ke bawah.. beli fm kat sini, ada restoran dan kedai2 souvenir lain..nampak mcm mahal ja.. even tile pun sekeping 80tl… norh beli fm kat sini.. 1= 4tl..




Then, keluar balik dari area blue mosque.. ada 1 baris kedai, ok gak harga kat sini.. pouch souvenir harga 1tl.. kawan beli kat arasta bazaar = 4tl.. tudung pun murah2.. dan banyak item souvenir kat dlm kedai tu..recommended..



masing 2 dah letih dah waktu ni.. pastu naik tren nak ke area eminonu..jalan2..makan balik ekmik, sandwich ikan.. tp norh dah letih dan tak lalu nak mkn, cuma beli lemon tea (yg dalam tin tu)..harga 3tl…gulpppp
Kat area eminonu ni, ada restoran yg jual seafood/kebab ..pelayan2 kat situ akan panggil kita masuk kedai2 depa.. kecuali kedai pertama yg mula2 ditulis balik ekmik 6l.. so, selepas kami jalan sampai hujung, kami patah balik n mkn kat kedai 1st tu.. sandwich ikan satu set dgn air harga 6tl.. 
dah penat nak petik kamera masa ni..hahaha
 
Pastu tiba masa nak balik, nak cari jalan balik ke zetynburnu.. naik tren, pastu akan sampai yusufpasa.. dia akan announce tukar tren if nak ke zetynburnu..padahal lepas kami turun.. terpaksa menapak yg jauh untuk cari stesen M1 utk naik metro.. di metro, M1 station aksaray, akan ke attarturk airport… bila tengok laluan tren tu, mak aii, station yg paling hujung skali..patut la rasa jauh sangat menapak ni…

waktu kat dlm metro tu.. ada 2 org budak tiba2 naik tren.. pastu dok main2 kat dlm tren tu.. pastu beransur2 mai dok dekat dgn kami.. then ada sorang lagi penumpang tengok dkt kami n pesan jaga elok2 beg kami tu.. member cakap, penumpang tu dah bagi hint awal2 lagi dgn gerak muka tapi kami tak paham..last skali, dia bersuara, watch ur beg carefully.. 

so, beware dengan budak2 ni kat dlm metro eh.. kami mcm careless kat sini..
bila sampai airport, nak cari hostel, tak jadi tido airport.. beg pun tak ambik.. pakai la baju tu jugak.. terus ambik teksi pi hostel dengan harga12 tl.. mula2 ingatkan teksi akan caj mahal.. kira ok gak la dgn harga ni kan.. 

inap di han hostel.. cantik sangat deko hostel ni.. terubat sikit kepenatan tahap gaban tadi..hahah
baru lagi nampaknya.. lampu automatic buka.. harga 2 bilik 240tl… mandi dan zzzzzzz..


sangat suka partition ni.. ada privacy sikit walaupun tido berdua sebelah menyebelah :)



pagi esoknya, breakfast disediakan..tak payah susah2 nak cari tempat mkn..ruang mkn yg cool..

menu?
of cos la menu turki..nasi lemak tak de ye..hehe
kalau norh dok lama2 sini, mesti cantik mcm depa gak kan..makanan sihat je..
aktiviti lain: mestilah petik camera sambil tunggu teksi :)

















Note day 2
*Toilet kat turki ada bidet, so tak bawa botol kosong pun ok
*Org kat sini hensem dan cantik2, berbanding org yg norh jumpa kat Italy n france n Greece..







8 comments:

rosli said...

Norh,

Saya pun akan kongsi citer Istanbul...Bursa sahaja.
.. lepas tu citer Madinah dan Umrah....teruja baca citer Norh...bestnya...you byk berjalan sendiri dan naik tren dan tram agaknya.

norh said...

en rosli, kat istanbul sehari ja..ha ah..pergi sendiri, memang banyakkkk sangat berjalan n naik pengangkutan awam :)

Nastyna said...

wiee bestnya, puas hati jalan2 macam ni, explore all the part, kami pun tumpang sekaki.

syieda said...

Seronoknya dia g isketambola...nak ikot boleh? Hihihi

Jari Manis said...

Oh turkey one of my dream place tu negara islam yg byk makanan halal cuma sediakan duit je kan. Sudah tentulah x perlu bak botol kosong heee

NasQ said...

erm... dapat tengok je la... (iri hati ni...)

norh said...

*nastyna

tp rushing..tak puas explore..kena plan lain ni..hehe

*syieda

nak pi lg skali utk naik belon panas ke? kempunan tak ni? hahaha

*JM

betul tu jm..sediakan duit yg banyakkkk ok.. :)

*TK

banyak lg nak share ni..tungguuuu..hahaha

Anonymous said...

bhahaha gempak abes hotel kalau serve nasik lemak kat turki.. havoc n terbaik.. adus turkish delight yang menggoda. dahla comel.. CT pun akan make sure dapat solat dalam blue mosque kalo ada rezeki ke turki.. dah alang2 sampai ke at least merasa sujud dalam tu..

Siti Yang Menaip