Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Thursday, June 12, 2014

PERJALANAN UMRAH 1 - MADINAH AL-MUNAWARAH

Salam teman2 sekalian..
hajat di hati nak habiskan cerita trip europe..
tapi laptop norh belum hantar untuk dibaiki..tak boleh nak access gambar2 kat dalam lappy tu..
gambar2 santorini hari tu norh dah save sebagai draft, itu yang boleh buat entri..gambar2 lain dah sort tapi belum resize..huhu

norh nak share gambar2 waktu norh pergi umrah bulan mac lepas...(ni guna notebook member..hihihi)

Alhamdulillah norh dijemput olehNya menjadi tetamu..
moga dimurahkan rezki untuk norh kita semua untuk kembali ke sana semula..

tapi mode ambik gambar ni tak sama dengan trip2 lain, yang mana sempat ja.. ziarah ni merupakan umrah wajib buat norh, perasaan tu lain macam sikit...maklumlah, terasa banyak sangat kekurangan norh sebagai seorang hamba Allah.. :(

dan semestinya perjalanan mengerjakan umrah ni adalah pengalaman yang berbeza dari trip yang norh lalui sebelum2 ni..norh yakin semua orang pun akan setuju dgn pendapat norh ni..

Day 1 (21-mar-2014)

penang-klia-dubai-jeddah-madinah

Seawal pukul 4 pagi dah berkumpul.. so, 2.30pagi dah bangun..takut jugak tak terjaga, takut kena tinggal..hihihi.. kepala otak pun antara ok dan tak ok..nerves tau nak ke tanah suci ni..bercampur baur perasaan..maklumlah..terasa banyak dosa..moga Allah ampuni dosa2 sekalian kita..

sehari sebelum tu, norh dah apply cuti sebenarnya tapi bos suruh attend 1 meeting..memang dah masak dengan situasi ni, asal nak cuti panjang ja, ada ja hal2 urgent kat opis.. so...tup tap tup tap dalam kul 3 petang jugak la baru keluar kilang...sampai klia kul 7.35pagi tapi sebab banyak flight, tunggu kul 8 jugak la flight baru dapat parking :p

flight ke jeddah kul 11pagi..agak rush jugak la utk urusan check in semua..rupanya ramai umat yg nak mengerjakan umrah..sempat jugak la berkelah kat klia, siap makan ketupat :)

norh pergi umrah ni dengan mak dan adik lelaki sebagai mahram..pergi dengan mak sedara dan jiran2 sekampung..geng makcik2.. :)

transit kat dubai..cuma jejak airport depa yg sangat besar..tak ketahuan jugak first time sampai situ..besar sangat airport dubai ni.. naik turun tangga, kena security check lagi..stress betul.. pulak tu, rush nak kejar flight lagi..kesian kat makcik pakcik ni.. jadi, sesiapa yang nak mengerjakan umrah, kalau boleh ambik pakej yang direct flight terus sampai jeddah.. sebab masih banyak tenaga yang nak digunakan semasa di madinah dan mekah.. dan lagi satu, better jugak pilih pakej yang sampai mekah dulu, then baru ziarah madinah..supaya umrah kita dapat dikerjakan di saat tenaga masih banyak :))

dari klia ke dubai dan dubai ke jeddah, kami naik emirates..norh confuse dengan emirates ni tau..masa flight dubai ke jeddah, pramugari nya masih pakai skirt..padahal ada a few penumpang yang akan berniat umrah waktu sampai kat miqat.. depa pun siap announce lagi bila nak niat umrah waktu kat atas nun.. norh ingatkan depa kena pakai tudung utk flight yang nak ke jeddah..

masa kat imigresen jeddah pulak, kena banyak bersabar sebab ramai orang..pastu lane pulak bersimpang siur.. memang ramai sangat orang..bermacam2 ragam.. jemaah malaysia tak kurang sikitnya, macam dok kat malaysia pun ada jugak.. masa dok ikut kursus, ustaz tu selalu pesan, maybe imigresen depa cerewet sikit..tapi Alhamdulillah waktu norh tu, ok ja imigresen.. cumanya kurang bersistem sikit, kalau la boleh depa tingkatkan cara pengurusan tu.... bukan apa, norh cuma kesian kat mak yang dah berusia ni dan makcik pakcik yang lain ja, sebab dah dekat seharian penat bergerak.. tapi kan, anggap je la ni semua ujian2 kita dalam melaksanakan umrah ni.. kurang bernasib baik hari tu, utk pihak jemaah lelaki group kami..punya lama nak lepas imigresen...

masa kursus ustaz kata ada orang akan mintak passport dan kita kena masukkan dlm karung then depa akan bagi balik kat kita lepas imigresen..tapi masa kami pi tu, takde pun..bawa ja passport tu sendiri ikut kaunter...

dari airport jeddah, menuju ke madinah ambik masa dalam 5 jam gak la... kami berhenti rehat utk makan dan solat kat satu area...tak tau nama tempat tu apa.. tempat yang lebih kurang macam food court..

first time nak order makan macam susah sikit sebab lain yg diorder, lain yg sampai..dah tu, portion besar pulak tu..norh makan dengan mak dgn 2 orang lagi mak menakan..dah la letih, mana nak abih..even satu pinggan (besar dulang kecik) pun tak abih...

dalam pukul 3 pagi sampai hotel di madinah :)

bersambung....
jom, layan gambar

Sunrise ... ni masih langit Malaysia :)

airport jeddah, dah lepas imigresen ni..waktu nak tunggu bas datang..

ni first day kat Madinah..suasana selepas solat Subuh..ramai sangat tau..gambar kat atas ni, dah tak berapa sesak..waktu keluar dari Masjid, sangat ramai orang..

13 comments:

Cheq Sue said...

Alhamdulillah norh... dh dijemput sebagai tetamu Allah... sebak rasanya bc n3 ni. Harap2 ada rezeki saya jugak nnti..

SalbiahM said...

alhamdulillah...rindunya nak ke sana lagi bila tengok gambar-gambar norh ni. :)

Time Traveller said...

Ya Allah seronok jer baca... tenang jer.. harap tahun depan ada peluang saya juga :D

Jari Manis said...

Alhamdulillah norh kerana Allah permudahkan urusan norh ke sana. Dulu Jm nk pegi tp x lepas kerana tiada mahram, nk bwk adik lelaki x cukup umur mmg belum ada rezeki. Skrg ni pun kwn opis Jm nk pegi bln jun ni pastu bila pegi buat Visa x lepas coz dorang tgh kurangkan kuota ke sana. Kiranya nk ke sana jg bukan mudah hanya dgn izin Allah shj boleh sampai.

So syukur sgt norh dpt pegi tau. Jm ni hanya mampu berdoa agar allah permudahkan jln ke sana aminnn

rosli said...

Norh,

Saya pun sedikt masa akan habis entri pasal Turki.....lepas ni Madinah Al Munawarrah dan lepas tu Makkah Al Mukarramah. Insyallah kita berkongsi cerita

norh said...

Cheq sue: alhamdulillah..norh pun bersyukur jugak dipermudahkan urusan kat sana... Doakan moga cheqsue dijemput ke sana..aamiinn

norh said...

Sby: kann...sekarang baru norh paham perasaan rindu setiap org dah pernah ke sana ;)

norh said...

Tt: tempat yg paling best :)
Nak lg dlm masjid haram dan masjid nabi... Moga ariff dipermudahkan ke sana thn depan...aamiinnn

norh said...

Alhamdulillah...itula jm..apa yg norh lalui utk sampai ke sana adalah atas jemputan Dia.. Dia menjemput dan Dia akan memudahkan urusan kita..serius..
Jm kena terus berdoa dan bila sampai masa..InsyaAllah Dia akan bagi jalan pada kita..
Utk kita2 yg suka berjalan ni, perlu ada satu tabung lain utk p tanah suci sbb nak pergi sana pun bukan mudah terutama bg perempuan yg single ni...

norh said...

En rosli: terima kasih sudi baca apa yg norh kongsi kat sini..pengalaman di tanah suci adalah pengalaman berharga yg tak boleh saya lupa..berkongsi di blog bukan utk menunjuk2 tp utk mengingatkan diri sendiri n mana tau ada yg boleh dpt manfaat walaupun sedikit.. ;)

Eda Latiff said...

Alhamdulillah, norh dh sampai..Eda pon de niat nk jejak kaki ke sini satu hari nnt..entah bila agaknya boleh sampai cni..

Unknown said...

Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

UMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai

di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

Sekian terima kasih