bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, August 14, 2014

KEMBARA EROPAH 10 : KOTA ATHENA



Sambungan dari sini


Day 5
(pi sana tahun lepas, dah nak dekat setahun, entri baru day 5...errkkkk)

29 nov 2013
Lepas kul 5 pagi sampai kat port athens, kami keluar feri dan ikut org ramai, keluar ke arah gate e5.. seberang jalan akan nampak stesen metro (Stesen Piraeus).. kami nak ambik train ke stesen Syntagma.. beli 24 hrs pass/tix harga 4 euro.. validate waktu first time nak guna.. pass ni boleh guna untuk semua train, bas dan tram tapi tak boleh guna untuk laluan ke airport…

Train yang start dari Piraeus adalah line hijau.. so kena tukar ke line biru untuk ke Syntagma sebab hostel kat situ.. kami berhenti di stesen ke-7 (Monstreraski), pastu tukar train ke Syntagma..

kat sini sesat lagi..confuse nak naik train yang mana untuk naik train biru.. sila masuk lorong ikut signboard yang tulis ke airport..dari lorong ni, boleh tukar train biru.. asalnya, nak tanya orang, tapi macam pelik ja masing2.. so, kami naik train yang konon2 nya biru sebab number kat depan train tu kaler biru.. tapi salah..kami turun the next station.. cari exit  dan patah balik ke stesen mula2.. kan tix boleh guna 24 jam..hehehe

Ambik train biru, turun stesen berikutnya.. dari situ, kami berjalan kaki ke hostel..ikut direction yang cik syida bagi, kami kena ke Malia Street dan cari no.38 ..ingatkan number apa, rupanya number bangunan.. 38 adalah New York Colleage.. next, turn ke kanan, masuk lorong..dongak sikit,...tadaaa...nampak nama hostel..nampak lorong tu mcm takut sikit nak masuk..
Waktu dok tercari hostel tu, ada sorang makcik ni dok tengok kami terpinga2..dia pun tanya kami nak ke mana..dan dengan baik hatinya dia pun bagi tau la sedikit sebanyak tapi dia tak tau exact location hostel tu.. Alhamdulillah..kami bertemu dengan orang yang baik2 ja sepanjang perjalanan ni..

Sampai depan hostel, macam sunyi gak pagi2 ni or memang situasi kota lama memang sunyi..hihi.. tekan loceng dan kami pun masuk.. boleh terus check in walaupun belum kul 12.., masih awal pagi.. maybe sebab low season.. hostel dia ok..bersih..dapat bilik betul2 bertentang dengan bilik air..toilet share..

Sampai bilik, basuh muka, gosok gigi, pastu kami terus turun ke bawah..almaklumlah, nak kejar masa... alahai, lupa nak ambik gambar bilik..sebab dah penat sangat dan sejuk waktu sampai sini.. 

Soket ada satu ja..norh bawak extension..so boleh charge banyak sikit gajet..disebabkan kami akan keluar awal pagi esoknya, diorang bagi breakfast hari yang kami sampai tu..
So, dpt la minum kopi dan makan roti kat Dioskouros hostel ni..pastu gerak ke Olympian Zeus dalam kul 9 lebih..


dapur hostel...
bila dah pernah ada pengalaman dok hostel ni, norh rasa travel jauh2 ni, perlu dok hostel..boleh memasak dan save budget :)









sorry di atas photo2 yang entah apa2 di atas ni..hihihi



jom belajaq sejarah :))
(ambik dari pakcik google ja semua ni...)

Athena atau Atena adalah ibu kota negara Yunani. 
Athena juga menjadi pusat ekonomi, budaya dan politik Yunani.
Athena juga sering disebut sebagai asal dari peradaban barat kerana berbagai pencapaian kebudayaannya pada abad ke-4 dan ke-5 dan membuatnya kaya akan berbagai bangunan, monumen, dan karya seni kuno. Salah satu yang paling terkenal adalah Akropolis yang menjadi salah satu bukti seni Yunani klasik.



Athena
Dewi kebijaksanaan
Dewi perang
Dewi strategi
Dewi pelindung kota Athena..
Athena Varvakeion, patung dari masa Romawi paruh pertama abad ke-3 Masehi. Patung ini adalah replika dari arca berukuran raksasa Athena Parthenos karya Phidias yang pernah berdiri di Parthenon, Akropolis Athena. Ditemukan di Athena dekat sekolah Varvakeion.

Athena juga disebut Pallas Athena dalam mitologi Yunani adalah dewi kebijaksanaan, strategi, dan perang. Athena juga dikenal sebagai dewi yang menolong para pahlawan. Athena adalah seorang dewi yang terlahir sebagai perempuan dewasa dan tak pernah digambarkan sebagai anak kecil. Athena tidak memiliki suami atau kekasih sehingga disebut sebagai parthenos ("perawan"), Hefaistos pernah mencoba memperkosanya namun gagal. Kuil Parthenon di kota Athena, Yunani adalah kuilnya yang paling terkenal.
Menurut legenda, Athena adalah putri kesayangan Zeus, dewa terkuat. Ibunya adalah dewi Metis, yang merupakan dewi pemikiran dan kepandaian, dan terkenal sebagai dewi kebijaksanaan. Athena diberkahi kekuatan oleh ayahnya, kepandaian dan kebijaksanaan oleh ibunya.

Dalam legenda lain Pallas dianggap sebagai ayahnya, maka ia sering diberi gelar Pallas Athena (Παλλάς Αθηνά). Selain itu juga ada yang menyebutkan kalau Athena berhasil membunuh Pallas dalam perang Dewa melawan Titan sehingga diberi gelar Pallas Athena.
Athena pernah mengubah Medusa yang asalnya seorang gadis cantik menjadi monster. Di kemudian hari Perseus memenggal kepala Medusa dan memberikannya pada Athena, sang dewi lalu memasang kepala Medusa pada perisainya atau pada Aigis.
Athena dihubungkan oleh bangsa Etruria dengan dewi mereka yang bernama Menrva, dan kemudian diadaptasi oleh orang Romawi sebagai Minerva. Athena ditemani oleh seekor burung hantu kecil dan dewi kemenangan, Nike. Dia juga sering digambarkan memegang tombak.


Tix ni brapa ntah..dah lupa..beli kat kaunter nak masuk Olympian Zeus tu..masa kami sampai sini, takdak orang lagi pun..sesuka hati la ambik gambar..pastu baru la ada rombongan budak2 sekolah..


Dalam mitologi Yunani, Dewa Zeus adalah dewa yang paling terkenal. Zeus adalah raja para dewa. Sebagai penghormatan terhadap Dewa Zeus, bangsa Yunani kuno membangun sebuah kuil di Athena.
The Temple of Olympian Zeus adalah kuil yang dibangun oleh Deukalionas, yang merupakan nenek moyang dari orang Yunani sebagai penghormatan terhadap Zeus.
The Temple of Olympian Zeus tidak memiliki atap dan dibangun sekitar abad ke-6 sebelum Masehi. Pada zaman Romawi, ini merupakan kuil terbesar yang ada di Yunani.
Yang tersisa hanyalah beberapa tiang besar yang tidak beratap. The Temple of Olympian Zeus memiliki total 104 tiang kokoh dengan tinggi 17 meter.






















dapat tak bicara dari gambar2 norh ni? hehe

mode: tak tau nak letak caption apa
**tata**








5 comments:

uncle gedek said...

Hotel Dio... Diosk...Dioskou....

Ahh... susah la nak sebot!

Sal Bee Yah said...

rasa cam dalam set filem clash of the titans la..huhu

Tukang Karut said...

aku malas nak baca pasal banyak sangat sejarah.,..!!!

Jari Manis said...

Fuff..bila tunr JM pulak nihhh

CT Humairah said...

suka juga bace facts pasal kononnya dewa2 ni.. tengok films la paling senang hahaha.. tapi bahaya kang yo yo o percaya bulat2.. da jadi lain.

pegi tempat orang ni bstnya tengok seni binaan. dari situ tahu culture kan kan..

Siti Yang Menaip