Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, May 4, 2015

Selamat Bercuti :)

Salam semua :)
Ramai ka yang berjalan2 bersama famili/best friends/blogger friends?
hopefully kita enjoy every moment yang kita ada..

yang penting long weekend ni masa untuk kita semua pause our routine kan..hehehe
norh rasa sekarang ni masa berlalu sangat la pantas..
masuk hari isnin, tup2 dah jumaat..sebulan demi sebulan berlalu..

dah lama lepas last travel trip, entri tak terhabis pun..sangat malas nak menghadap laptop di malam hari as siang hari keja asyik menghadap pc saja.. nak buat macam mana kan, dah namanya pun keja ofis..tunggu la jadi full time traveller ka, gardener ka, tak pun tukang masak, baru la keja tak duduk depan pc kan.. hehehhe

cuti 4 hari ni norh tak ke mana2 pun..cuma attend wedding friends saja :)
maybe disebabkan isu gst ni, norh pun muhasabah diri balik, tak boleh ikut hati sangat nak beli tiket flight..huhuhu..
tekan kalkulator, congak2 status kewangan, re-plan balik apa yang sepatutnya perlu dibuat.. bagi norh gst ni memang bagi kesan.. beza kot apa yang boleh diperoleh (berbanding sebelum ni) kalau tolak troli kat supermarket tu.. kalau sebelum ni norh tak kisah sangat untuk berbelanja tapi sekarang ni perlu lebih berjimat cermat.. bukan untuk jangka masa pendek saja, untuk masa2 hadapan jugak..ke depan ni tak tahu lagi ekonomi kita jadi macam mana pulak kan.. since minat yang tak boleh dikawal lagi untuk mengembara ni, bukan la sampai norh nak stop travel, mana mungkin kan! cuma perlu betul2 menabung demi  2 keping flight tiket tu :))

ditambah pulak lepas merger company baru2 ni, situasi agak menakutkan..new parent company adalah sangat berkira bab duit.. management change 360 degrees (or 180 degrees since kalau 360, pusing balik kat tempat yang sama kan..heheh)..
norh tengah adapt dengan situasi baru..tempias bahang dah mula terasa ni.."together we face new challenge"..
tengah belajaq macam mana 'top 5 co in the world' diurus.. weeeee :)
pengalaman itu pelajaran kan..bukan kat dalam buku saja..

ok, sikit saja nak bagitau pasal bab keja..seingat norh, dulu2 norh rajin luahkan pasal keja kat blog ni..tapi bila dah terjebak dalam kancah travelling ni, asyik cerita travel saja yang keluaq kan.. maybe sebab lebih interesting dan less stress :p
bila sebut kerja saja, ia lebih sinonim dengan stress..siapa setuju? hahahaha

sekarang ni, norh tengah buat entri pasal Gion, Kyoto..tapi sebab nak resize dan susun gambar mengambil masa, norh share 2 pics yang norh suka ni dulu na :)




salah satu kedai/tempat lepak kat Gion..kedai ni tak tertulis pulak perkataan 'Maiko/Geisha'.. maybe cafe biasa saja.. masa kat Gion tu, kami sempat jugak meluangkan masa minum teh kat salah satu cafe.. yang norh nak bagitau, setiap kedai yang ada kat Gion tu buatkan norh terpesona..heheh..design yang simple yet menarik hati.. tengok, macam gambar kat atas ni, even ada ruang yang kecil macam tu pun, depa gigih buat deko pokok2 bunga tu kan..kena pulak dengan tempat parking sebuah basikal..rasa comel pulak.. kalau la depa tengok halaman rumah norh la ni, menangis tak berlagu tengok hasil dekorasi taman norh, penuh dengan lalang ..heheh

sejak balik dari jepun hari tu, mode berkebun norh diaktifkan balik.. 
satu, sebab rasa tercabar dengan kecomelan taman2 dan kegigihan depa.. 
dua, gardening ni suatu terapi sebenarnya..
tiga, salah satu aktiviti yang membakar banyak kalori..
empat, pemangkin untuk norh bangun di awal pagi untuk terapi oksigen (serius, buatkan kita segar sepanjang hari)..
lima, nak tambah lagi tanaman untuk buat memasak bulan puasa ni..dalam setahun, hanya bulan puasa saja norh dengan housemate memasak..hehe (bunga kantan, pandan, lengkuas, pisang nangka, berries tumbuh dengan jayanya walau pun dah lama tak dibelai)
lima, kalau dah halaman terjaga, kurang la rasa malu dengan jiran2..hahahaha
bila taman norh dah nampak comel nanti, baru norh share gambar kat blog eh :)






nampak tak kelibat maiko tu..sekelip mata saja ok..punya laju dia berjalan, sampai dalam gambar tak nampak real figure.. memang kami sengaja tunggu geisha/maiko kat lorong Gion ni.. norh dok ralit mengambil gambar restoran2 depa.. tiba2 dia keluar.. bukan yang ini seorang saja.. ada lagi dua kali depa keluar tapi tengok dengan mata saja la..dah cepat sangat, tak mau lepaskan moment depa di depan mata..

Maiko is an apprentice Geiko (not exactly same as geisha) in Kyoto, western Japan. Their jobs consist of performing songs, dances, and playing the shamisen (three-stringed Japanese instrument) for visitors during feasts. Maiko are usually aged 15 to 20 years old and become Geiko after learning how to dance (a kind of Japanese traditional dance), play the shamisen, and learning Kyō-kotoba(dialect of Kyoto), regardless of their origins.

Geishageiko or geigi are traditional Japanese female entertainers that are trained as professional singers, dancers, and companions for men. The word geisha itself means artist. As artists, geisha are trained to entertain men in either a professional or social gathering. The skills geisha use to entertain male customers include serving tea, playing instruments, cultural dances, and the art of conversation. As skilled entertainers, Geisha must go through a training program so they can learn the skills needed to entertain. This process can take anywhere from six months to three years.

Thursday, April 30, 2015

KONICHIWA KYOTO 4 : KINKAKUJI TEMPLE

Day3

10 Mar 2015

lepas selesai apa yang sepatutnya di bilik, kami tunggu bas kat tempat biasa.. (biasa ke? heheheh)..
bas no.12 ke Kinkakuji Temple (Golden Temple)

tarikannya, cuma temple kat bawah ni saja la.. 

layan saja la foto2 dari norh ni :)
















macam nak beli sepasang pun ada jugak..tapi bila la nak pakai kalau beli ni..







tunggu bas untuk ke yasaka shrine..






bersambung...

Monday, April 27, 2015

KONICHIWA KYOTO 3 : FUSHIMI INARI

Day 3

11 Mar 2015


Pagi hari ke2 di kyoto ni, kami plan nak bawa bekal nasi, nak masak kat kitchen.. tak reti la pulak nak guna heater kat jepun ni..satu hal la pulak kena turun tanya kat kaunter..kena tunggu kaunter buka pukul 8..aiyoo..leceh jugak nak masak memasak kat negara orang ni :p



mula2 tak ramai yang breakfast kat common room, then ramai pulak yg masuk.. 

dah siap masak, breakfast siap2 dan bawak bekal serunding dgn sambal kentang..
then keluar la kami menapak untuk ke fushimi inari..



kami turun ke kawaramachi subway, dekat ja dengan hostel, depan nishiki market tu..

kat situ juga ada kaunter info untuk tourist..memang tak risau la kalau datang sorang2 pun kat jepun ni..errkkkk

pastu kami tanya kaunter tourist info;
depa suruh jalan melalui subway..
bila sampai gion subway, untuk ambik ke keihan line, kami dah tak tau.. tanya lagi mamat jepun 2 orang ni..depa pun ajaq la cara nak beli tiket ikut mesin tu..
jangan malu bertanya ya..orang jepun memang helpful..so, kalau takdak pocket wifi pun takpa..pengalaman deal dengan local lagi best :)

on the way nak ke keihan line tu, boleh pulak jumpak mamat malaysia semalam..sah la kami confuse berjanji masa..hahaha..keciknya kyoto ni..depa nak ke tempat keja..




suasana kat subway di kyoto



area berdekatan dengan stesyen gion


kat sini la stesen gion, kena turun bawah

walaupun keretapi nampak lama, tapi bersih



dah sampai stesen fushimi inari :)




banyak kedai2 sebelum sampai area fushimi inari tu


fushimi inari; checked..


ramai orang kat fushimi inari ni..local pun ramai jugak..pelukan kemahiran dan stamina mendaki..hehehe



















luas weh kawasan dia..takdak makna kami nak pusing seluruh peta tu..kami cuma sampai kat tempat kaler merah tu saja..hehehe












masa untuk jamu mata :)







cat's cafe..



kan tadi pagi kami dah prepare bekalan untuk lunch kan..tapi disebabkan tak jumpa tempat untuk duduk makan, kami pun decide balik bilik la..makan dan solat, then baru ke tempat lain..

on the way nak balik, jumpa famili dari malaysia, depa dah nak dekat sebulan di jeoun ni..tahun lepas pun sama, bercuti di jepun.. bestnya tiap2 tahun boleh bercuti di jepun..

jom, pulang hostel :)