bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, April 2, 2015

KEMBARA EROPAH 24 : DISNEYLAND PARIS


Day 12

06 dec 2013


Harga tix dari gdn ke disneyland 7.3E.. kena stop kat chalte  then ambik rer a.. pastu terus sampai disneyland.. security check utk tujuan keselamatan, makanan lepas ja bawak..

bergambar bagai kat disneyland ni tapi tak sempat nak cover semua..winter kan suntuk sikit, malamnya cepat.. dan norh mana nak berani naik ride.. esok kan nak terbang jauh2 keseorangan..buatnya muntah pening pengsan kat paris ni, tak ke naya..

banding  dengan hong kong disneyland, confirm yang ni lagi besar.. sempat jugak la menghabihkan duit  kat kedai2 yang comel2 kat sini..

seperti biasa, kalau dah masuk taman tema ni, pandai2 la pilih nak tengok apa, nak naik ride yg mana dan shopping kat mana :)

layan jom gambar2 yang dah 2 tahun ni.. :p

















































siap tunggu tengok bunga api lagi..cantik sangat bunga api muzikal kat disneyland paris ni..berbaloi tunggu dalam kesejukan :)

waktu nak balik dari disneyland, ingatkan pagi tadi dah beli return tix rupanya tak boleh guna pun..kena beli lain tix kat kaunter..beratur lagi..

syida nak ke hard rock cafe (hrc) so kami stop kat nation pastu ambik metro no.9.. hahhaha macam cekap ja kan..

padahal.... tak tau, confuse, cuak, takut semua ada..
waktu nak ke metro (tren subway) tu, punya la ramai polis.. kami pun depa tanya.. pastu dok confuse pasai pa naik metro ni tak perlu bayaq tix..maybe utk metro tak perlu kot..lebih kurang macam shuttle kot..

on the way nak pi hrc tu, terlihat ramai org kulit hitam kat sini..dok menjerit2 apa ntah kat metro tu.. 
then naik la kami metro ni..
pastu ada satu point tu..boleh la pulak sapa ntah dok pi dok kat tengah2 landasan sampai tren tak boleh jalan..then bila tren dah jalan tetiba black out sat..tak sampai 5 pun minit.. walaupun 5 minit, terasa lama kot..dikelilingi oleh orang2 asing yang menakutkan ni..
aiseh!! banyaknya dugaan..

pastu sampai hrc.. 
konon nak balik naik bas sebab takut dengan mamat2 hitam tu..tunggu la bas no.48.. malangnya bas no.48 ni dah abih masa.. dalam kul 10 kot masa tu.. nak tunggu bas no.39 lagi sejam..so mau tak mau terpaksa guna rer dan metro jugak.. nasib baik ramai org jugak masa ni..

Alhamdulillah, selamat sampai kat gdn.. terus singgah beli ayam goreng..2 ketul 5.5E dapat fries dgn ayaq tin .. ayam besaq2 dgn fries pun banyak..besaq lagi dari kota snack plate kita.. tapi tu la..sila jangan convert duit..baru rasa harga tu lebih murah kalau gaji kita dapat dalam euro.. :p



then, masa untuk berkemas...tido lambat dan terpaksa bangun awal esok pagi...
huhuhu

3 comments:

ANIM said...

norh...
banyaknya kak nak kena qadha kembara norh ni. camna ntah boleh hilang blog norh dlm bloglist kak...huhu...

kak pernah sampai paris 15 tahun lalu.tapi disneyland tak jejak
peniaganya sombong, takleh belek2, ambil gambar dpn kedai dia. kalau kita beli banyak amboi baru meleret senyum

Kopiolimauice said...

best nya dpt tgok tempat cantik mcm tu..selalu tgk kartun animasi kt tv ni bleh tgk reality ;p hahhaha betul tu klu duit sana kta convert tak lalu nk mkn kot mahai ;p

Pen Biru said...

makan ayam..erkkk halal ke? sy g korea x brani mkn ayam..tibai seafood je..heheh