bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, April 13, 2015

KONICHIWA KYOTO 1 : MIMPI JADI KENYATAAN :)

Day 1

09 Mar 2015

I DO LOVE MY MOMENTS :)



about this trip

trip yang paling dinanti :))


sedari kecil norh memang teringin sangat nak pi Jepun sebab kakak dengan abg keja kilang jepun dan depa dihantaq training kat sini..
banyak kali jugak la company depa hantaq sebab tu kat rumah penuh souvenir berunsurkan japanase.. kiranya sejak dari norh sekolah rendah la dok dapat alat tulis disneyland..bila nak beli sendiri, mak aih..mahal serba serbi :p
..memang admire kat watak2 mickey, minnie and donald duck ni.. dok tengok gambaq2 depa kat jepun.. argghhhh..bestnya dapat main salji..
sejak dari itu la norh berangan2 nak pi jepun..walaupun sebenaqnya lebih kepada angan2 mat jenin..kot celah mana la nak boleh pi ke jepun ni..hehehhe..

mana tau norh telah digigit travel bug ni.. 
Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan :)

bila dok study kisah2 blogger yang dah ke jepun ni, rasa eksaited sangat tau nak jejak kaki kat negara matahari terbit...
nak experience sendiri budaya orang2 Jepun, nak jalan2 di tengah2 kesibukan bandar..dak pun di taman2 jepun yang cantik teratur....
perasaan bercampur2 sebenarnya sebab ni antara trip yang lama jugak la.. cuma berdua, tempat orang yang tak bercakap bahasa Inggeris..hehehehe

debaran trip sentiasa ada..selagi tak lepas imigresen, selagi tu la dok berdebar2..kikikiki

untuk trip kali ni, special norh beli diari yg comel ni untuk catat peristiwa masa kat kyoto dan osaka..kalau tak tulis, harus la lupa kan..belum tau bila kisah jalan2 osaka ni akan selesai disiarkan..mungkin 2 tahun jugak...hahahha


Setelah sekian lama, rasa nervous pulak nak naik flight..

flight beratoq nak terbang..

Start perjalanan, mesti la dari Astana Home Sweet Home, pukul 5.15am.. sampai rumah dila untuk parking kereta  kul 6 (dan la tersesat sat) sebab tak cam jalan..rumah member ni dekat ja dengan airport bayan lepas, boleh la nak jalan kot pagaq airport tu kalau tak bawak beg banyak2 ni.. 
check in 6.45.. sampai kl as per schedule..

tapi kan masa book tix ni, satu yang norh ngek sikit adalah book meal..entah macam mana, boleh pulak pi book meal masa flight penang ke kl dan bukan masa waktu perjalanan kl ke osaka..huhuhu..tak pa la, terpaksa breakfast awal pagi..

dah sampai KLIA2.. besaq sangat tempat ni..confuse jugak mencari2 jalan nak dituju..tapi ada signboard yang tak menyesatkan..heheh

surau depa ada banyak lokasi..lepas chek in dekat area boarding gate pun ada surau..

sepanjang perjalanan ke Osaka ni, Alhamdulillah..ok saja.. norh dok sorang2 untuk seat bertiga tu.. buddy dok kat depan tepi tingkap jugak..

tapiiiiiii...
masa nak landing..aduhai, ngeriiiiiii yang amat..ingatkan dah nak termasuk dalam statistik sejarah dah..first experience wooooo!!!
gerun gila...sebab awan tebal sangat and next day norh dapat tau, ada ribut malam tu..
awan2 tu nampak seolah2 macam hutan belantara banjaran titiwangsa kita ni.. 
padahal masa tu dah boleh nampak jelas lampu2 jalan kat bawah tu..dok pikiaq mcm mana la flight ni nak landing.. flight tu terasa dok menjunam, naik, menjunam, naik, menjunam..macam naik roller coster kot! darah dah tak tau naik brapa dah masa ni..
boleh pulak org2 kat dalam flight tu dok menjerit kuat, mengikut nada flight tu turun naik turun naik..
Allahuakbar, mengucap panjang..mulut terkumat kamit mintak perlindungan dari Maha Esa..
tabik la kat pilot..dapt landing dengan smooth akhirnya walaupun lama berlegar2 kat ruang udara..
sampai kat kansai airport 9.30 Malaysia, 10.30 jepun..

turun flight, kat kaunter imigresen, ok ja..depa memang bersungguh2 tak nak bagi org tunggu lama2..
then kami pi ambik beg dulu., pastu dok confuse nak declare ka dak makanan yang dibawa..
ushar kat kaunter kastam, tengok semua org laju ja keluaq, depa tak strict pun..so, kami tak declare pun la..

lepas saja arrival hall, terus cari toilet and info office..tapi dah tutup pukul 10.00pm.. toilet depa memang canggih seperti yang digembarkan oleh ramai yang berkunjung ke sana..hehehe
ada tempat untuk baby dan senang untuk orang buta, dah siap2 tau lokasi toilet kat mana sebelum masuk toilet tu..


Subhanallah.. tak jemu menikmati keindahan milik Dia.. 



this is me (the other side) :p


then tiba masa untuk cari tempat tido.. kami ambik port kat depan domestic arrival hall (patutnya kat area mcd) tapi kami tak tau..masa nak pi mintak blanket baru tau.. masa tu, area tu dah penuh..
nak jugak try restoran halal kat situ tapi semua kedai pun dah tutup.. so, makan roti dengan serunding ja la malam tu..

dengan confidentnya tidoq kat airport kansai ni..hehehhehe
mentang2 la orang kata selamat..tapi memang ramai ja yang tidoq kat airport.. kita boleh solat kat prayer room, tingkat 3, nun di hujung bangunan...kena lalu laluan sunyi, belakng kedai2 yang dah ditutup tu.. tapi dah dalam kepala dok fikir everything is selamat kat jepun ni.. so, tak la takut sangat sebab kena bergilir nak solat.. nak kena jaga beg dan bangku panjang yang dah dicop untuk dijadikan katil..hehehe

bangun dlm 4.30am, kami pi solat..jumpa student malaysia mai conference kat sendai, transit kat kyoto ..
tak mandi pun, siap2 dan minum kopi ja..

kami ke kaunter info, beli tix bas limosin, beli semua tix kat sini siap2 termasuk tix usj & osaka amazing pass..
norh plan ke kyoto dulu dan pilih bas untuk ke sana..boleh la layan view kansai ni :)
naik bas kat bus stop no 8, depan blok kaunter tu ja..macam tak leceh sangat la airport depa ni.. 
naik pi kyoto station, 2 jam perjalanan..

otw ke kyoto, nampak bangunan kat sini semua kaler sama ja..kereta pun kaler lebih kurang ja..nak bagi seragam kot ye..hehehhe
bila dah sampai kyoto station, kami turun guna subway utk ambik teksi ke khaosan hostel.. 
masa guna subway tu, norh teringat masa trip europe, heret beg besar sangat.. sebab tu kali ni dah beringat, tak berani bawak beg besar2 sebab tak larat nak heret beg naik turun tangga.. so, norh ni golongan trolleypackers ye, buka bagpackers :))

dalam 10 min kot sampai hostel, pastu register hostel, simpan beg dan keluar jalan2 kat nijo castle :)


penginapan malam pertama..tidoq kat airport..hehehe
tidoq siap mimpi2 lagi..
kat sini boleh request selimut tapi masa housemate pi mintak, selimut dah abih..
siap ada area untuk orang tidoq kat airport ni..

ni kali kedua norh tidoq airport..tapi tidoq kat airport ni rasa lebih selamat compare waktu kat CDG hari tu..


kerusi ni saiz S ok!!
norh duduk kat seat ni pun muat2 saja..
orang2 Jepun takdak yang gemuk2..

ini tiket nak claim beg yang disimpan kat bawah bas.. patutnya kat Malaysia pun buat macam ni..tak la kita takut beg kita hilang :p




bersambung...


2 comments:

Uncle said...

Memang menarik disana...Uncle dulu reja kat Osaka Hilton!

John | Kaki Berangan said...

penah tido gk kt cdg airport tu. nasib tak ramai org, so mmg tido lena haih.