bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, April 3, 2011

100 tahun?


TOKYO, Jepun - Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang-batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang-batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan.

"Cara sekarang (untuk menyejukkan batang-batang nuklear tersebut) iaitu menyemburkan air ke dalam reaktor-reaktor itu kurang berkesan, kerana air kembali mengalir keluar akibat kebocoran dan menyebabkan pencemaran radiasi terus berlaku.

berita lanjut: kosmo dunia


100 tahun untuk sejuk?
betapa teknologi canggih perlu dibayar dengan risiko yang amat tinggi...
antara cepat dan lambat, kita terdedah pada pencemaran radiasi...
tak terjangkau dek fikiran, apa yang bakal kita lalui...

6 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Norh

manusia merancang
Allah pula ada perancangganNya

Wassalam

norh said...

*Rozali

Waalaikumussalam atuk

yup..betul
DIA Maha Berkuasa..
mohon keselamatan dunia dan akhirat dariNya..

bunga said...

lama tu..

tapi semua ni hanya dengan Kuasa-NYA

nur said...

memang lama.. macammana nak bagi sejuk if x guna air ye?.. moga selamatla kita..
JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
JOM KE: ALL IN ONE

gedek! said...

Kalau Malaya ni... dah boleh agak dah apa yang akan berlaku...!

Huhuhu

whitecappuccino said...

lamanyer!