Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, February 25, 2013

Penang : Jungle Treking ke Monkey Beach

namanya ja asal dari Seberang Prai tapi boleh kira setahun berapa kali ke pulau..he he
dan edisi photo kali ni bukannya fresh sangat pun..norh ke sini bulan lepas.. plan asal, ramai yang nak join tapi last sekali jadi 4 orang ja..
norh pernah pi treking ke sini 3 tahun lepas, entry teluk-duyung (nama lain bagi monkey beach)..


info
Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang, kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Perjalanan ke sana
Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Ikut jalan kearah Batu Feringghi dan terus ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri/KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang disediakan.

Pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang manakala Pintu Masuk kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Kemudahan rekreasi untuk pelawat hanya boleh di dapati di Pantai Kerachut, Sungai/Teluk Tukun, Pasir pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Muka Head. Rentis semulajadi juga terdapat mengelilingi tasik meromiktik yang unik di kawasan Pantai Kerachut.

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Bayaran
Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.



jom layan gambar..

pandangan semasa treking..

semput tau walaupun treking..maklumlah ;p

ada yang mendaki.. ada jalan landai..

rehat sat untuk posing..he hehe

atm mesin kat pokok.. :P

info yang terdapat di taman negara..

first time norh naik canopy walkaway.. RM5, perlu bayar masa kat kaunter masuk..

dok sembang2 ter'mengutuk' sikit taman negara ni.. padahal ada staf depa kat pondok kat atas nu..he he

laluan nak ke sini agak sunyi..tapi masih selamat..dulu2 zaman sekolah, pernah datang mandi2 manda dengan budak2 homeroom..tapi sekarang ni nampaknya bukan tempat mandi dah since kes kencing tikus..

muat seorang ja lalu tau..




meneruskan treking ke monkey beach.. 

lagi 2km..aiiyaakkk
serius, dah kurang stamina sekarang ni..

pusat penyelidikan USM

beautiful beach





laluan berhalangan..



yayy..dah sampai..disambut dengan monyet2..
namanya pun pantai dia kan..

berbanding dengan dua tahun dahulu, dah ramai orang kat sini..aktiviti pun dah banyak..
kedai makan pun ada..dan monyet2 pun macam bertambah ja..

kebanyakan pelancong arab..





nak try?





sebiji rm5.. hmmmm


arabian..

kami sewa bot.. :)

jeti kat taman negara..





*sewa bot tu tipu..he he
mamat bot tu bagi kami bawa bot untuk seketika.. ;)
sewa satu bot sehala rm50.. tapi boleh bargain untuk dapat rm40 (dah lepas bayar baru nampak kaunter yang bagi lagi murah).. boleh book bot untuk 2 hala kalau tak nak treking..kaunter bot ada kat parking nak masuk Taman Negara Pulau Pinang.






Post a Comment