Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, November 29, 2010

awat macam dah tak dak idea?

teringat aku soalan ni..
bos aku tanya minggu lepas..
masa tu aku tengah berdiskusi dgn dia..
actually dah nak dekat 2 jam kami berbincang..
dan sampai satu masa, aku pun dah blur la jugak..
aku pun dah pening2..
dah la pagi tu tak pekena breakfast macam biasa..
lagi dia tanya aku 'awat macam dah tak ada idea?'..
aku terganggu seketika dgn soalan dia tapi tercover balik la dengan idea baru aku..
discussion stop at 12.45pm..lapaq oo perah otak lama2..
dulu aku pernah dapat bos yang tak berapa membantu aku,
sekali sekarang ni, dapat bos yang sangat tinggi expectation..
walaupun banyak yang aku belajaq,
tapi kena tahan dengan ayat2 power jugak la..

nota untuk bos (kalau bos baca ni..he he)
2011nanti, saya cuma nak berjalan cepat boleh?, letih la berlari tahun ni.. :P

good morning monday :)



The way to get started is to quit talking and begin doing.  


Walt Disney

Sunday, November 28, 2010

Aura II; warna2 aura, kelemahan dan pemulihan

Tujuh warna pelangi
Aura meliputi tujuh warna pelangi. Apabila mengalami kebocoran, warna aura akan rosak dan tidak mengikut aturannya. Satu contoh menarik yang biasa terjadi jika seseorang mendapat penyakit beguk, petuanya adalah dengan menyapukan nila. Memang kawasan leher mempunyai aura berwarna biru.

Sifat warna aura secara umum
- Ungu - menunjukkan tingkat spiritual
- Biru - spiritual dan telepati yang baik
- Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
- Hijau - menenangkan
- Kuning - periang
- Oren - hebat, luar biasa dan unik
- Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif
- Merah jambu - penyayang
- Coklat - tidak stabil, spirituil negatif
- Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup
- Belerang - tidak sihat, pemarah
- Putih - penyakit serius.

Aura dapat menjadi lemah sekiranya
- Kurang bersenam
- Merokok
- Kurang rehat
- Udara yang tidak bersih
- Tekanan
- Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah
- Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.

Tip memulihkan aura
- Berfikiran positif
- Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.
- Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit. Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.
- Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan. Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.
- Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif
- Banyakkan minum air putih.


Semoga kita sama2 memperolehi aura positif   :)

Aura I; positif vs negatif

Aku suka betul dengan topik2 macam ni..sentiasa ja teruja nak membaca..bukan apa, untuk manfaat diri sendiri jugak.. kalau tak sayang diri sendiri, orang lain akan sayang macam mana kita sayang diri sendiri ke?



Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya; terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini. Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya. Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentang medan tenaga tubuh masing-masing.

Aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.

Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sastera seperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atau orang-orang yang kuat beragama serta baik. Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripada warna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar pada individu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramai pengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.

Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19 apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alat fotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kaki manusia. Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian. Dan kini, aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yang boleh didapati di kedai-kedai gambar.

Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituil yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan. Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagi meningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorang melihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraan kamera). Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jerman itu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.

Semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang. Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor. Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.

Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk adalah positif. Aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yang bertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan, seterusnya mengesan penyakit. Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahan warna yang berbeza. Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal, cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannya menjadi tipis, gelap dan berbonjol. Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semula aura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya.

Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jika otak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah. Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung, seluruh badannya menjadi sihat. Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat. Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai atau magnetik elektromagnetik pun mestilah kuat. 





Rujukan:
aura positif dan negatif

sunday quote

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.
 

 
Robert Frost

wanita tuntut matahari

nak tergelak waktu baca berita minggu tadi. syok2 ja ada orang nak claim matahari dia punya. macam2 betul la perangai manusia kan.

alkisahnya ada pempuan dari madrid daftar pada pejabat notari awam tempatan untuk jadikan matahari sebagai kepunyaannya.

dalam tu lagi dikatakan; perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa tidak ada negara boleh tuntut hak milik ke atas planet atau bintang tapi tiada peraturan membabitkan pemilikan individu..

he he he.. aku nak claim bintang mana satu ni? :P

Saturday, November 27, 2010

lagi new ads by nuffnang hari ni

DIGI,
turn the idea of you and your buddyz into reality..
tapi aku dah tak layak..hu hu


then, NESTLE
using wellness profiler
discover your attitude towards health..

my results;



Talk about a welcome boost to my lifestyle. I now know why some sessions at the ...gym aren’t working out for me. And also why I find it so hard to feel awake and alert some mornings. There are tips customised to my personality-type, so I should be seeing some positive results soon :)


he he he he

got x, got it all

comel ja iklan nuffnang yang baru hari ni..
first, S.O.X
drag bola masuk dlm gol..he he
'shoot to win' for basketball player..

pastu ada iklan baru lagi jugak,
taylor's university, the expert in education..
browse web dia..
course yang menarik perhatian aku..
adalah psychology..
tapi not now..
tunggu la keadaan tenteram dan aman dulu..he he

kagum


baru balik dari window shopping..
terkagum betul la dengan semangat tak ada mood langsung nak shopping sekarang ni..
walaupun 60%, 70%... & 80%, 
tapi tak ada yang tergoda pun..


7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit. Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Friday, November 26, 2010

Hati Yang Kau Sakiti

Hati Yang Kau Sakiti   

Rossa

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

esok cuti

sabtu kembali lagi..
nak buat apa ya esok?
nak mengemas halaman, aku tak dak mood..
nak buat belian groceries, macam malas gak..
akhir2 ni, aku dah bertambah malas bila sampai weekend..
malas nak keluar ke mana2..
dan bila malas, baru aku perasan, aku dah lama tak shopping.. ;p
ha ha ha
ada guna jugak kan kalau malas... duit tak abih :)

kerja, kerja dan kerja....

pagi2, check email, kemas longgokan dokumen2..
yang mana patut masuk file, yang mana pending lagi, yang mana nak escalate..
pastu ada discussion dgn bos, dari pukul 9 pg sampai pukul 12.45 tengahari..
masa rehat baru nak makan nasi yang aku beli pagi tadi...
so hari ini, aku tak sempat nak berleter tak puas hati pasai dept lain..
kira damai la sikit..
berleter lebih2 pun, buat aku sakit hati sendiri ja..

pastu aku arrange docs to be reviewed untuk next week..
berpikir2 lagi apa yang pending...
hu hu hu
next week ada monthly presentation..aku tak prepare dan tak ready lagi..
kerja...yang tak berkesudahan..

Thursday, November 25, 2010

what have i learned

These days...
  • I have learned not to trust people.
  • Never judge the person when you are not knowing them. 
  • I am still in the process of understanding for what has been said as 'boss expectation'.
  • I have seen the greediness; and is really bad.
And make me tired..

What i want to do now is...
  • Plan to simplify my life.

life is full of beauty...

"Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams."


~Ashely Smith~




Wednesday, November 24, 2010

the smallest act

"Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all of which have the potential to turn a life around."


~ Leo Buscaglia ~

somehow...

"Somehow I can't believe that there are any heights that can't be scaled by a man who knows the secrets of making dreams come true. 

This special secret, it seems to me, can be summarized in four C s. 

They are curiosity, confidence, courage, and constancy, and the greatest of all is confidence. 

When you believe in a thing, believe in it all the way, implicitly and unquestionable."



~Walt Disney~

diari hari ini

update/follow up email 
discussion 9am to 1pm 
breakfast at 1pm (hu hu) 
review SOPs 
review specs 
checked by micro report 
saya sangat penat



Stop Motivating Your Employees!

Interesting article; especially the blue font.


Stop Motivating Your Employees!
John Roulet,

Instead, work to keep them from being demotivated.


How do I motivate my staff?

That question seems to baffle most business leaders. Motivating people seems to be more elusive than almost any other aspect of management. For that reason there are countless articles and classes devoted to it.
But, in reality, the strongest business leaders don't motivate their employees.

That's right, as a business leader, your job is not to motivate. That may sound blasphemous to you. After all, the leadership paradigm that evolved in the late 20th century tirelessly promoted the belief that motivating the workforce was essential to great leadership.

Humans come naturally to hard work and sacrifice; these traits are essential to the survival of our species. Evolution has hardwired us with the desire to do quality work. You may view motivating employees to be a critical aspect of your job, but have you ever had an employee express the need to be motivated? Do you need a boss to motivate you to do your job? Unless you're a very unusual person, your answer to both questions is no. You can be certain that most employees feel the same.

If an employee is truly unmotivated, it's probably time to take him off the payroll. Meanwhile, the critical issue isn't how to motivate but, rather, how to keep people from becoming demotivated. And the strongest business leaders understand this distinction.

An employee typically begins a new job excited to be part of the team and pleased to be making a living. Those who promote the need to motivate would certainly agree with that, but they also seem to believe that something must change over time, making it necessary to "remotivate." This, however, should be unnecessary. Our species' fundamental desire to do quality work does not change.

The common problem facing employees at all levels is not their own motivation. It is work environments that demotivate.

When work environments consistently fail to provide the direction, resources and respect employees require, their innate desire to achieve is suppressed or redirected. They experience frustration and a kind of learned helplessness. They become motivated to retain their jobs rather than to perform them in a way that delivers optimal value to the organization. This is a common and predictable problem. Once employees escape such a discouraging work environment, their motivation to deliver optimal value for their organization reemerges-- sometimes as they go over to a competitor.

Most leaders would agree that identifying what motivates all the diverse members of a staff is complicated and confusing. Motivating a group is even harder than motivating an individual. When you lead a team, there's an entirely different dynamic. What you do for one employee can easily demotivate others.

I know of a large company that has an employee recognition program that involves publishing a list each year of employees who have been promoted to vice president. Only a few senior executives know the criteria for inclusion on the coveted list. The dozen employees with new VP job titles are, of course, pleased. But hundreds of others who feel they should have been recognized are displeased. They don't know why they were overlooked and why colleagues they may believe are of less value to the company were recognized. So the program benefits only a few and provokes uncertainty, frustration and a perception of disrespect in many.
That's a powerful and lasting demotivator. The intention is admirable--recognizing outstanding employees--but the program, at least the way it is executed, does more harm than good. The company should get rid of it and its demotivating effect on the workplace.

When leaders decide to address demotivation, they quickly see that, unlike with motivation, it's essentially the same for every employee. You can be certain, for example, that everyone on your staff wants the following from you and always will: (1) clear direction, (2) the resources to perform as required and (3) never to be treated disrespectfully. A work environment structured to provide those three things is also exactly what shareholders want and expect. Deliver them, and you will be on your way to leadership greatness. Fail to do so, and you may be an adequate leader but you'll never be a great one.

There are, in sum, two key steps to staying on top of motivation and demotivation.

First, hire and keep on your team only people who are motivated to do their jobs well. As Jim Collins, author of Good to Great, says, "Get the right people on the bus."

Second, understand that if they become demotivated, it is because of the environment in which they work. Strong and courageous leaders recognize that such an environment is their own failure. Understanding that can prevent you from misdirecting resources into unnecessary efforts to motivate staff.

We need a new leadership paradigm for the 21st century, with leaders taking a more realistic and enlightened view of the people who work for them. We need to create and maintain work environments that protect employees from the demotivation that has become endemic in modern business.

John Roulet is the author of The Supervision Solution: Manage Performance--Not People.

Reference: Forbes.com

Tuesday, November 23, 2010

fikir2 menjelang dec10

At the moment,
aku belum pulih sepenuhnya dari mode demotivated.
Walaupun akal aku kata tak bagus,
tapi hati aku nak jugak layan perasaan2 yang tak elok ni..

Actually banyak yang aku kena catch up sebelum masuk tahun 2011 ni..
Ye la...planning untuk tahun depan..takkan dah jejak tahun baru, baru nak prepare..
Hati tak tenteram betul la..
Aku try to put aside hal2 yang mengganggu fokus aku..
Tapi ada ja benda yang nak bagi aku 'angin'..
Last sekali...semua keja pun pending lagi..

Saat ni, mula berfikir..
keja apa yang senang?
yang tak perlu susah payah pakai otak?
ada meh?
hu hu hu

Saturday, November 20, 2010

masker telur putih + lemon

selesai membelai pokok2,
unplanned agenda aku adalah housekeeping (eh, housekeeping ni kena plan ke ha? :P.. dulu2 belajar kemahiran hidup, cikgu aku kata hari2 kita kena sapu sampah, dan dia siap pesan jangan tanya cikgu sapu sampah waktu bila..he he)..
masa tu aku tak paham lagi tapi bila dah ada kerjaya ni, baru aku paham (sangat).. :)
so, jangan tanya frekuensi aku kemas rumah ya..janji ambik barang dan letak kembali di tempat asalnya..ha ha ha..(petua untuk tak mau tengok rumah yang bersepah..)
dalam aku dok punggah apa yang patut dipindahkan dari peti sejuk ke tong sampah, aku nampak telur dgn lemon..

lepas tu, aku teringat pesan yna,

untuk kurangkan muka berminyak;
1. ambik sebiji putih telur dengan setengah biji lemon
2. campur sehingga likat
3. sapukan pada muka selama 20 minit

pertama kali mencuba,
terasa berkesan.

selamat, murah dan mudah :)

thanks yna..

ohh pokok2 ku..

sudah lama tak beramah mesra dengan tanam-tanamanku...
hari ni rajin sikit, dapat la alih2kan pokok2 bunga ni..
kesian no dah lama aku tak belai2 hangpa..
la ni musim hujan, tak la hangpa dahaga sangat kan..
ada part laman yang tak boleh tunjuk la ni...terlalu... tuttttt...he he


sebelum 





selepas



buang daun2 yang dah tak elok dan alih kedudukan pasu..
untuk bahagian laman tu, aku belum usik, sebab bila tengok ja rumpai tumbuh dengan jayanya, aku tak tau nak start kat mana dulu...
ni, kena panggil adik aku mai tolong tebas..
lagipun dia kan dah start cuti..
dari dok tengok tv dengan main internet ja, adalah lebih berfaedah mambantu aku..huh

tapi yang best, aku terperasan ada setandan lagi pisang nangka kat belakang rumah...
ini tandan keempat hasil titik peluh aku..
tak rugi berbudi pada tanah..
aku gembira :))

selamat pagi

 selamat pagi kawan2 :)


 jemputla minum kopi..


 ehh..di mana goggles saya?


jom! kita ke kolam renang..

jumpa anda di sana ya..hiks hiks

Friday, November 19, 2010

kisah minggu ini utk gossip minggu hadapan

pengalaman telah mendewasakan,
mematangkan fikiran..

dewasakah aku?
matangkah aku?
tapi orang yang sepatutnya lebih matang tak sedemikian pun?
apa kata anda?

sekali dua buat aku rasa aku lebih pandai,
boleh diterima lagi, manusia mana yang tak buat salah kan..
tapi kalau selalu sangat akal logik aku menolak,
then, i keep away my respect..

apa2 pun, aku lega waktu kerja hari jumaat dah berakhir  :)

yesss!!!
next week, bos dah kembali dok kat kerusi dia..
bukan aku tak indipendent tapi tahap kesabaran bos aku adalah lebih tinggi..

and awaiting for the gossip session..
he he he

BENTO di ISSHIN

hari isnin lepas, waktu aku pi audit supplier, depa bawak pi makan kat Autocity, restoran jepun; ISSHIN. aku ni mana pernah masuk restoran jepun..he he..ni pertama kalinya.

belek menu pun lama, tak tau nak pilih hat mana..
pastu ada la chef2 melayu dok gelak2 kat dapuq depa..
alih2 ado sorang tu mai tanya aku, mcm kenai ja...

rupa2nya jiran aku kat kampung..he he
ingat2 lupa la jugak..dia pun sama la.. almaklumlah kalau aku balik kampung, mana keluaq rumah dah..pemalaih sungguh..heheh

dia la yang advise nak mkn apa..
so, aku pilih la set BENTO ni..
sedap gak, tak la rasa asing sangat masakannya walaupun ni first time aku makan kat restoran jepun..
tapi aku tak boleh pi la dengan sup miso tu..
huishh..tinggai lagu tu ja la..

harga dia?
satu set lebih kurang rm60..

dah orang belanja, mestila sedap kan.. :))


 teh hijau..

 telur kukus..(agak sedap waktu panas2 tapi aku tak dapat abihkan :p)

 set bento yang ada sushi..yang putih tu, udang tempura

 ni hidangan aku..tak dak sushi (bukan reti makan pun..he he)

 ayam masak apa ntah..tp sedap

 ikan panggang ni sedap :)

 peria goreng dgn telur..not bad


Thursday, November 18, 2010

lock and key

Build a sentence using 'lock and key' phrase..

1. What is the meaning of lock and key?
2. Why it should be locked and key?
3. What is the purpose of lock and key?
4. When it should be locked and key?
5. How is the effectiveness of lock and key system?
6. Why i can't stop thinking about lock and key?
7. I don't want to have any dream about this lock and key.

hu hu hu waaaaa

pelajaran untuk hari ini

suatu hari yang menarik,
bertambah lagi pengalaman2 yang menarik untuk hari ni..

pagi ini aku mulakan dengan menyaksikan bumi yang berkabus,
ianya indah..
dah lama tak nampak kabus mcm  ni.. :)

adakah bermaksud hari ni adalah hari yang berkabut?..hu hu

actually tak jugak..
aku start dengan perasaan yang tenang..
sebab aku perlu menyiapkan diri bila cover bos yang bercuti...

mesti ramai yang suka kalau bos tak dak kan?
tapi berbeza dengan aku..
susah tau bos tak dak, aku terpaksa menepis kiri dan kanan..

dan ketenangan tu tak lama..
menjelang tengahari, ribut tu dah boleh dihidu..

and yup, its true..
just before 6pm, sabar aku tercabar..

pelajaran pada hari ini,
betapa sesiapa saja boleh berbuat sesuatu yang kita tidak sangka..
dan hidup perlu jujur..
jujur pada diri, jujur pada orang2 di sekeliling..

whatever yang aku akan hadapi esok,
cuma sebagai sambungan pelajaran pada hari ini..
semoga dapat dihadapi dengan tenang..
ingatlah, Allah akan bersama dengan orang yang benar dan sabar..

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha dan pengorbanan

Laungan takbir,
pujian kepada Maha Esa,
tanda kebesaran Ilahi..

Aidiladha,
antara..
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim menunaikan perintah Allah.
kesabaran Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi..
ketabahan dan ketaatan Siti Hajar menunaikan tanggungjawab.

Aidiladha disambut dengan semangat pengorbanan dan keinsafan dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

Apakah pengorbananku selama ini?
Cukupkah kesabaran dan ketabahanku selama ini?
Semoga Aidiladha ini memberikan aku kekuatan dan menginsafi betapa dugaan dan cabaran yang sedang dan akan dihadapi,
dilalui dengan penuh ketabahan..
Ku mohon kekuatan dariMu ya Rabbi..
Amin..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

buat semua umat Islam,

Selamat menyambut Aidiladha..
bersama kita menghayati semangat pengorbanan di sebalik suatu perayaan..
semoga kita sentiasa berada di dalam lingkungan rahmat dan barakahNya..

be happy

dear all,



regards,

Me

Monday, November 15, 2010

diskaun 4 kupang

isnin 15/11/2010,
seperti pagi isnin2 yang lalu, aku terus ke kilang dari kampung.
on the way nak pi keja, aku singgah kat kedai makcik dan pakcik ni..kuih2 depa sedap2 belaka..
antara kuih yang aku suka; tapai, apom lenggang & roti sardin..
mula2 aku nak ambik 7 keping pastu tak jadi.. aku tambah lagi sekeping so that aku kena bayaq rm2.40..
aku nak elak dari pakcik tu bagi diskaun sekupang.. selalunya dia suruh aku bayaq rm 2 saja utk 7 keping kuih..
alih2 tadi pagi dia cuma nak terima rm2 ja utk 8 keping tu.. aku serba salah..
walaupun cuma jual kuih tepi jalan tapi masih mampu bagi diskaun..
aku merenung sejenak..

Inspira

hujung minggu lalu, memanjang promosi inspira kat hot fm..
aku tak dak la terasa nak pi tengok pun..
ye la kalau pi tengok, pastu boleh bawak balik sebijik, best la jugak kan..
asal ada keta baru ja, mesti colleague aku beria2 suruh aku tukaq keta..
depa kata dah tak sesuai dgn kelisa tu...
hhmmmm, selagi boleh diguna, awat pulak nak kena tukaq kan...
lagipun kalau tukaq, bertambah lagi satu list hutang aku...
dah ok2 ja hidup tanpa hutang kereta nih...
Alhamdulillah...

tapi ku meng'google' la jugak...
smart jugak..
dengan tagline dia..








ps: dalam hati teringin jugak tapi nanti2 lah...*wink*wink*

Selamat pagi

Selamat pagi.

Selamat memulakan tugas anda dengan tekun dan penuh dedikasi.


Sunday, November 14, 2010

amanah tetap amanah

walaupun dalam keadaan yang 'down',
amanah tetap amanah..
hari ni dalam kepala otak dok memikir pasal vendor audit esok..

audit flow?
docs to be reviewed?
supplier history?
training records?
others?

kerja oh kerja....

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU



Salam untuk semua..

Selamat berkenalan.
Saya baru belajar blogging, kalau salah tolong tunjukkan.. :)
 Semoga dapat menimba ilmu daripada pelbagai sudut.

Terima kasih pada BEN ASHAARI.

Benarkah usia itu hanya angka?

Sila la membaca artkel di link ni, tulisan saudara Norden Mohamed..

benarkah-usia-itu-hanya-angka

kebelakangan ni aku banyak tertekan pasal kerja..terasa banyaknya tanggungjawab..
dulu waktu muda2, tak perlu pikir banyak, cuma tunggu terima arahan ja..kan senang mcm tu..
dulu2 muda? tua sangat ka aku sekarang ni?
31..nak kata muda, aku tak rasa aku ni muda lagi dah..nak kata tua, tak la jugak..
pertengahan la ya..
tapi kalau aku jumpa kawan2 baru atau supplier, kebanyakannya tak sangka umur aku dah 31..
nak tergelak pun ada..nak bodek ka? tak kot rasanya..
maksudnya usia biologi aku muda tp usia psikologi aku dah tua kot no..
kadang2 aku rasa macam tak terlarat dah nak 'berlari'.. tapi bos aku selalu buat ayat ni kat aku..
"u masih muda..u patut lebih agresif"..
buat masa ni, aku terasa letih..terasa tak mau buat sasaran untuk yang tinggi..cukup lah dengan status aku sekarang ni..ini pun tak tertanggung dah aku..

bila aku baca balik ayat2 di atas ni, usia spiritual aku masih muda kan..
luahan saat aku tak bersemangat..
aku cuma insan yang punya kelemahan...

Bersabarlah menghadapi ujian

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Ciri Manusia Yang Sabar
Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.

Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."

Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.

Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Abu Salamah Dan Ummu Salamah
Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.

Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.

Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.

Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.

Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!

Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.

Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.

Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.

Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.

Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.

Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, November 13, 2010

Persis Sungai Yang Mengalir | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.

Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Alunan Hidupnya
Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.

"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."

Umpama Sungai yang Mengalir
Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.

Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Jangan Berbalik Arah
Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.

- Artikel iluvislam.com

20 laps

akhirnya...
untuk pertama kalinya..
aku berjaya membuat 20 laps.. 
:)

syabas...

Aku Wanita Biasa

Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Friday, November 12, 2010

PM dah sihat :)

selamat bertugas perdana menteri..

:)

antara ucapan ketika hari pertama bertugas..

"hargai lah nikmat kesihatan..."

yup..sangat bersetuju dengan datuk seri...

saat kita sakit, kita akan sangat menghargai nikmat kesihatan yang tak boleh dibeli ni..

your passport to health, wellness & beauty

hari ni aku selongkaq beg,
terjumpa booklet ni..


bila ntah last aku pi watsons ni,
bulan lepas kot..
balik watsons, kad terperuk kat dalam beg saja..
baru hari ni aku sempat nak register kat web dia..

dok belek2 booklet dia,
banyak gak barang2 yang dia bagi diskaun..
aku pun mencari la nama bioessence..
kot2 serum dia ada potongan 50%..(ada ka depa nak bagi??)..
tak pun diskaun untuk toner dia sebab aku punya dah nak abih..
tapi cuma jumpa yang ni..


"your passport to health, wellness and beauty.."



hhmmmmm......ya la tu kan!!

KRA dan appraisal

hari ni hari KRA submission,
submit ja la apa yang tercapai,
yang tak tercapai tu, minta maaf banyak2 la na..

time submit ni ok ja sebenaqnya,
nanti time appraiser jumpa appraisee yang tak brapa ok..

untuk anak2 buah aku,
terima kasih untuk segala amanah yang telah dilaksanakan..
sementara masih muda ni,
hangpa patut kerahkan tenaga dan minda untuk buat yang terbaik..

seperti yang aku selalu peringat,
kerja yang orang suruh buat, berbanding kerja yang kita hasilkan dengan inisiatif sendiri,
kepuasannya adalah berbeza..

walaupun aku selalu bising2,
itu semua adalah sebab aku nak hangpa semua sentiasa upgrade knowledge from time to time..
walau sesimple mana pun keja kita tapi dengan perlaksanaan yang bersungguh2,
keputusannya akan menjadi sangat bagus..

menunggu hari untuk mengadap appraiser ku..
dengan perangai aku yang sejak dua menjak ni dengan appraiser ku..
apakah yang perlu aku harap :P

Thursday, November 11, 2010

sensitif makin menjadi-jadi

pejam celik, pejam celik,
sampai lagi monthly presentation,
bulan ni aku memang cuma tarik lagi arrow gantt chart tu..
selain dari buat macam tu, aku tak tau nak buat macam mana lagi,
takkan nak habaq kata keja abih dah kalau kata yang sebenaqnya tak abih..

dari pagi lagi, memang tak dak mood nak komen on everything pun sebab keja sendiri pun tak siap..
lagi mau komen orang punya tak siap..
sampai ja turn aku.. dengan jujurnya aku habaq, no update..

aku ditanya; "kenapa?"
aku menjawab; "tak dak masa untuk tengok projek.."
pastu...terdengaq satu ayat.. "hari2 dok buat apa.."


dengaq ja ayat tu,
muka aku dah bertukaq kaler..
dah la tak pandai nak berlakon.. :(
dah la awai2 tak dak mood nak present..
tambah pulak hangat hati minggu ni tak hilang lagi..

aku rasa macam dah bergenang mata aku..
dah la lama sangat aku tak rasa macam ni..

pastu dia dok berucap,
actually for positif,
cuma aku yang bertambah tak tahan macam ni..
memang salah aku tak boleh siapkan projek tu tapi memang aku tak sempat,
tak boleh salahkan aku jugak,
tapi aku tak salahkan dia jugak menyalahkan aku..
hu hu hu

aku pun tak tau la pasai pa hari ni menjadi tersangat sensitif..
tahap yang tak tau nak cakap..
ni first time aku nangis kat kilang hari ni...
lagi gila, ni first time aku keluaq masa dia berucap...

bukan nak kurang ajar sebab waktu dia berucap tu turn aku present..
tapi ayaq mata aku dah tak tertahan2 dah ni..hu hu hu
memang gila betul hari ni...

sampai ke sudah aku tak senyum..
depa dok gelak2,
aku muka macam hapa ntah..
aku cuba control tapi memang entah benda apa dok rasuk...

waktu rehat, mencurah2 la..
breakfast pun aku tak makan..
macam tau2 pulak nak jadi macam ni,
aku tak singgah beli makanan pun hari ni..
lunch pun aku tak ambik...
petang mula la perut berbunyi..

untuk meredakan keadaan dan untuk secara tidak langsung nak bagitau dia yang aku bukan marah kat dia..
aku terpaksa masuk la jugak update cdp kat dia...
muka dia pun ok gak la..
muka aku yang tak ok..
dia buat lawak,
aku nak senyum tak senyum... :(

petang kena update lagi cdp kat dia...
masuk bilik dia,
aku berdiri,
dengaq ayat dia... "dudukla,  unless tak suka duduk lama."

aku terdiam..
dia pun terdiam
and again
hati aku sangat terasa...

hari ni hari yang tak best,
adakah aku dah tak sesuai keja di sini?

:((

Wednesday, November 10, 2010

teman dan IT

semalam jumpa teman seindustri..
dia mai utara utk audit vendor..
kenal waktu sama2 attend training..
walaupun 3 hari ja training tu tapi disebabkan kemudahan teknologi komunikasi sekarang ni,
kami jadi kawan sampai sekarang ni..
boleh la kongsi pahit getir keja dalam bidang ni..
semalam terluah dan berkesempatan update cerita2 teman lain..
ni yang aku suka pasal kemajuan teknologi maklumat ni..
:)

tak lupa jugak, sempat lagi dia bawa kain pasang utk jamu2 mata..
terjamu dan terbeli la jugak 2 pasang..
harga?
boleh tahan murah..he he he

Dear myself

Dear myself,

Life is easier than you'd think; all that is necessary is to accept the impossible, do without the indispensable, and bear the intolerable. 

~Kathleen Norris


Regards

Me

saat ini

sekali lagi, suatu hari lagi..
menghadapi permulaan pagi dengan perasaan kecewa semalam yang makin berbekas,
mengharapkan hari ini,
semoga ada yang menggembirakan..
malangnya,
realitinya,
perasaan adalah semakin teruk apabila kembali mengadap surat2 maya..
terasa pandangan di hadapan tiada cahaya..
kenapa perlu begini?
kenapa tidak begitu?
salahkah aku mempersoalkan semuanya?
aku cuma seorang insan yang lemah..
yang punya rasa kecewa,
entah sampai bila harus bertahan?
mampukah aku bertahan?
sampai saat bila?

Tuesday, November 9, 2010

Adat memilih tapak

weekend hari tu sempat juga aku membelek flyers rumah..
salah satunya, harga rumah teres bermula dari 90k..
kira murah la tu kan..
kalau murah pun, macam la aku boleh beli.. :P
saja la suka2 update harga terkini..mana tau kot2 ada rezki lebih...Amin..

sebenaqnya housemate aku yang nak cari rumah..
aku tumpang bagi info ke dia..
info2 yang seperti di bawah ni boleh la diguna pakai untuk memilih rumah..

-lokasi kat mana?
-kemudahan apa yang ada?
-bahan binaan macam mana?
-pemaju boleh dipercayai ke dak?
-nak duduk or nak sewakan?
-dekat dak nak p tempat keja?

inilah antara soalan2 yang boleh dicari jawapannya.. :)

berbanding dengan adat memilih tapak zaman dulu (rujuk gambaq)..
aku jumpa ni masa pi Melaka, melawat salah satu muzium di sana.. tak ingat nama muzium tu..





1. Kemenyan disediakan oleh bomoh atau pawang di sekitar tapak pembinaan rumah.

2. Salah seorang ahli keluarga wanita dikehendaki mengukur sebatang kayu dengan mendepakan tangannya.

3. Wanita tersebut mengukur seurat rotan dan bomoh akan mengikat rotan kepada kayu yang telah disediakan. Kemenyan dibakar sekali lagi dan doa serta jampi dibaca oleh bomoh.

4. Kayu dan rotan ditanam di tengah2 tapak yang telah dipilih dan satu baldi air yang di bawahnya dialas dengan pinggan diletakkan di tapak. Doa serta jampi dibaca sekali lagi oleh bomoh dan wanita tersebut.

5. Pada waktu senja keesokkan harinya, wanita itu akan mengukur kedua2 kayu dan rotan. Paras air juga akan diperiksa. Jika rotan tersebut memanjang ketika malam atau pun air di dalam baldi melimpah ke pinggan, bermakna tapak tadi akan dipilih dan akan dijadikan tempat untuk mendirikan tiang seri serta diikuti oleh tiang yang lain.


ps: macam mana agaknya kalau ritual ni masih ada no???

merudum

hari ni hari sakit hati...
pagi2 tengok email macam nak termuntah..
hati sangat panas..

kepada boss,
its not my intention nak buat 'muka buruk tak ingat' depan boss..
as you know me and as i know who am i,
my expression told everybody about my feeling..

i can't control myself and i can't hide what is inside,
me just a normal human,
yang boleh tercabar kesabaran oleh2 sikap2 yang selama ni saya dok tahan2..

sampai ke akhir masa, mood sangat merudum :(

Monday, November 8, 2010

responsibility

"when you have been given a task,
please complete it,
even for a very simple task..
nobody will make it for you."

i have told to myself...

why others can't?

why should me to look after their business?

each person have their own responsibility..

so, mind it...

Raudhah de Foot Patch details

dah pakai, baru aku teringat nak cari details dia kat internet...
seperti dibawa ni ya..


Raudhah de Foot Patch adalah pad herba semulajadi yang diadun rapi berdasarkan ramuan rawatan tradisi Cina. Penggunaan bahan herba seperti Bamboo Vinegar, Tourmaline,Silicone, Ethylene Glycol, Chitosan dan Vitamin C mampu menyedut toksin yang terkumpul dibadan anda.

Raudhah de Foot Patch membantu meningkatkan tenaga dan vitality. Berkeupayaan untuk mengurangkan berat badan dengan mudah dan pantas. Juga mengurangkan stress dan perasaan bimbang, memperbaiki sistem imunisasi , menambahkan fokus mental dan konsentrasi, memperbaiki aliran darah, tidur lebih selesa tanpa gangguan, mengurangkan sakit kepala dan migrain, mengurangkan sakit kaki. Tidak mempunyai kesan sampingan.

Raudhah de Foot Patch menyokong dan melancarkan sistem limpa didalam tubuh badan manusia dimana memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi tubuh. Apabila sistem limpa terhalang , cairan limpa akan terhasil dan menghalang sistem limpa dan seterusnya akan mengakibatkan keseluruhan sistem menjadi toksik.  

Raudhah de Foot Patch akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan cairan limpa untuk membersihkan halangan dan lebihan metabolik. Bila sistem lancar maka nutrien akan dapat mengalir kedalam sel badan dan meningkatkan kecekapan metabolik.


ps: kita hanya berusaha..semoga Allah sentiasa memberikan nikmat kesihatan kepada kita..

good morning monday :)

dear myself and friends,

let's start today with a smile..

let's start today with a great mind..

let's start today with full of enthusiasm..



Sunday, November 7, 2010

Raudhah de Foot Patch


kelmarin, jiran aku bawak mai jual foot patch ni..

aku tengok macam best ja..lagipun rasa macam badan aku dah penuh dengan toksin2.. dah tiba masa untuk keluaqkan hat2 yang tak patut ada dalam badan aku ni..baik bersedia sebelum toksin2 tu jadi sarang penyakit dalam badan aku..

walaupun aku kerja kilang ubat dan semua jenis ubat ada untuk bermacam2 jenis penyakit, tapi aku tak suka makan ubat..hu hu hu.. lagipun toksin ni kan anasir yang tak baik..

jiran aku habaq, untuk permulaan ni kena pakai 3 malam berturut-turut..
malam semalam adalah malam pertama aku pakai...sampai termimpi2 la aku dengan foot patch ni..
aku mimpi yang pagi esoknya bangun, tak dak kesan apa pun kat pad tu ...

padahal realitinya, pabila terjaga ja pagi esoknya tu, dua2 belah pad bertukaq jadi hitam..

malam ni malam kedua..nak tunggu esok pagi tukaq kaler apa pulak? :P

jodoh

semalam ada jenazah dekat dengan rumah mak aku..lepas melawat jenazah, jiran2 mai singgah rumah mak aku...lalu dok update la cerita2 kat kg aku..

dalam pada tu, biasa la soalan feveret depa untuk aku, bila nak kenduri?
aku hanya tersenyum.. nak jawab apa tak tau..
lepas tu, terkeluaq la cerita,
lebih kurang kawan baik mak aku jugakla kat kampung tu..
anak dia tak jadi kawen, dah tetap hari dah untuk kenduri bulan ni...

jadi, siapa yang boleh menduga atau  berbicara tentang jodoh ni?

ajal maut, jodoh pertemuan milik Dia..

aku hanya mampu berdoa walaupun bukan senang menjadi aku..

Assertive behavior

Continuation from this entry;

Assertive behavior is self-enhancing.

When you express your feelings honestly, you usually achieve your goal. When you choose to behave in an assertive manner, even if your goals is not achieved, you generally feel good about yourself.

It's true that you must tailor your communication to circumstances for each new situation. Behavior that applies to some persons and circumstances does not apply to all persons or situations. 

Each situation is different. Sometimes a passive resonse is most appropriate. Sometimes, an aggresive response is meeded. Most of the time, assertiveness is the key.

The ultimate goal is to be on good terms with people. Be true to your own thoughts, feelings and beliefs. Avoid direct or implied criticism of the other person's thought, feeling or beliefs, and you are likely to retain the goodwill of those around you.




reference: How To Communicate With Confidence

Saturday, November 6, 2010

bah di utara 2010

hari ni di kampung, matahari tak berapa nampak, mendung..sat-sat gerimis..
macam mana bah kat utara nak surut ni..silap2 boleh sampai sungai petani ni...

salah sorang mangsa bah ni; housemate aku :( .. hari2 dok update pasai famili dia kat kepala batas yang kena banjir.. depa pi pindah rumah tok dia kat aloq staq..yang sedihnya, umah tok dia pun bah gak..kesiannya..

dua tiga hari ni, dia nak balik pi tengok depa tapi mak dia tak bagi..satgi dibuatnya dia pulak terperangkap dalam banjir tu..jadi cerita lain la pulak..dah la kat sana nu orang dok kelam kabut..
tup tup..taksat, dia hantaq sms kata dah sampai aloq staq, qanduk ayaq la tu..

selama umuq aku ni, aku tak pernah hadapi bah walaupun rumah aku dekat dengan sungai..mungkin sebab dekat dengan muara..tapi mak aku cerita, pernah la banjir masa aku tak lahir lagi..jadi aku tak sempat ada pengalaman ni dan aku mohon padaNya agar dijauhkan dari bencana ni..

kepada mangsa2 banjir dan khususnya buat housemate aku, banyak2 bersabaq na!..semua yang terjadi adalah kerana kekuasaanNya..

semoga ayaq bah cepat surut dan kembali pulih macam sediakala...

duit-duit vs RM10

ni pokok duit2 aku..
sebelum pokok yang ni..ada lagi sepasu,
dulu aku pernah beli kat nursery..anak pokok RM10..
pastu ntah macam mana, atas alasan kesibukan mengejar kerjaya, pokok tu mati...
pastu awal tahun ni waktu dok belek2 pokok kat rumah mak aku, nak tengok hat mana satu yang berkenan nak kidnap,
aku terpandang la pokok duit2..
tapi takkan nak angkut seperdu pokok duit2 yang besaq tu..
confirm mak aku tak bagi..
jadinya, dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim,
aku kutei selai daun dia, pastu aku semai...

tadaaaa... ni la hasil semaian aku...




 
tak perlu bazirkan RM10 tu kan..he he he

kalaula aku boleh tanam selai RM10, 
pastu RM10 tu membesar dan mengeluarkan hasil macam ni...
kan best..
kan aku tak perlu tertekan di tempat keja..
kan aku boleh sesuka hati ja pi shopping2..
kan aku tak payah mengadap auditor2..
kan aku tak payah bosan dgn KRA org..

*hishhhhh..apa yang hang dok merepek ni???*

adab ketika marah

1. Jangan marah kecuali kerana Allah.

2. Ingat kekuasaan dan keagungan Allah ketika marah.

3. Menahan marah.

4. Berlindung kepada Allah ketika marah.

5. Diam.

6. Mengubah posisi.

7. Berwuduk.

8. Bersabar dan memaafkan.

9. Jangan berdendam.

nafsu

Ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada beberapa peringkat;

1. Nafsu Ammarah
-sangat mengajak kepada kejahatan.
-tahap nafsu yang paling jahat dan hina.

Firman Allah yang bermaksud:

'..sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."
(Surah Yusuf 12:53)


2. Nafsu Lawwamah

-nafsu yang mencela..orang yang mempunayai nafsu lawwamah menyedari dia sering terlibat dengan dosa.
-menyesali akan dosa-dosanya itu dan mencela dirinya sendiri.

Firman Allah yang bermaksud:

" Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan."
(Surah al-Qiyamah 75:2)


3. Nafsu Mulhamah

-sudah mula mendapat ilham kebaikan di dalam hatinya.
-ada bisikan kebaikan di dalam hatinya untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Firman Allah yang bermaksud:

"Diilhamkan kepada diri akan kejahatan dan juga ketaqwaan."
(Surah al-Shams 91:5)


4. Nafsu Mutmainnah

-nafsu yang diperoleh seseorang hasil mujahadah (melawan nafsu) dan riyadah al-nafs (latihan diri) secara istiqamah (konsisten).
-hatinya sudah tenang kerana nafsu telah berjaya dijinakkan
-seronok melakukan ketaatan dan indah ketika meninggalkan kejahatan.
-apa saja ujian Allah, sama ada nikmat atau musibah mampu dihadapi dengan sabar dan redha.

Firman Allah yang bermaksud:

" Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan."
(Surah al-Fajr 89:27)

Friday, November 5, 2010

sesi jelajah show house

Sejak2 PM bentang belanjawan 2011 hari tu, housemate aku semangat nak beli rumah..aku lagi la menghangatkan hati dia utk beli rumah..bayangkan la tak payah bayaq 10 percent down payment..best tu!!..

rumah pulak banyak kat sungai petani..apa lagi sesi jelajah show house la..dah lama aku tak buat 'hobi' ni..dulu2 aku suka pi show house, tengok macam mana depa buat deko rumah...konon2 nak balik design rumah sendiri..he he he

bila pikiaq2 pasal kos..sampai situ ja la ..takpa la..pelan2 la kan..ada rezki, boleh la dapat macam dekorasi idaman.. :) ...sabaq separuh daripada iman..

tadi kami pi tengok rumah kat bandar mutiara..95k..teres..ok gak..owner dia beli 99k tapi sebab depa transfer pi kl, dan nak jual jugak..so rumah tu dia nak juai jugak walaupun kurang dari harga beli.. tapi keadaan rumah tak berapa menarik perhatian... maka, bergerak la kami pi melilau kat bandar puteri jaya dgn bandar seri astana...

aku dah jadi mcm jurujual rumah seri astana pulak..mana daknya, dulu2 dok berulang alik masuk rumah contoh..dah hafal sekali dengan harga setiap model rumah tu..he he he..

aku paling berkenan dengan design show house rumah seri astana..
aku akan terus berangan dan berangan utk buat deko yang ala2 macam gambaq di bawah ni..
berangan tak kena duit kan..he he he :)