Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label aceh. Show all posts
Showing posts with label aceh. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

ACEH 11 : Mee Aceh


tadaaaa........
episod akhir..
he hehe..berzaman nak share pengalaman/gambar2 kat aceh...
sesapa yang tak pernah baca cerita aceh aku, sila rujuk label kat sebelah ni ya..



lepas melawat ujung sumatera, kami ke taman putra phang..ramai orang kat taman ni petang2, bersantai..kejap ja kami kat sini.. taman ni sempena kisah puteri pahang yang kahwin dengan org aceh..disebabkan tak mau puteri ni teringat sangat kat famili kat pahang, disediakanlah satu taman yang besaq utk dia berhibur..

taman putra phang


singgah sekejap kat kedai pakaian dalam wanita :P
helmet yang ditinggalkan kat atas motor..kalau kat malaysia?...
hmmmm selamat la kalau dok macam ni.. betui dak?



bergilir2 masuk dalam kedai pakaian dalam..ha ha..lelaki tak dibenarkan masuk dalam premis ni..

dinner kat kafe
since depa kat sini tak dak pusat hiburan, makanya, kafe2 macam ni banyakla..
mostly kafe kat sini dilengkapi dengan wifi..



murtabak aceh

mee aceh
actually mee aceh ada isi ketam..tapi disebabkan ketam dah abih, digantikan dengan sotong..


lepas dinner, balik hotel..
packing barang..lena tidoq..penat woo berjalan seharian...


pagi hari, kami shopping kat pasar aceh..takdak gambaq, sibuk dok shopping tak abeh2 :P
lepas tu, gerak ke rumah abg yani, terjumpa majlis kenduri kawen.. pasang signboard macam ni.. comel saja noh..he he

ni kawasan rumah abg yani..

kawasan penempatan baru selepas tsunami.. kawasan ni jauh dari pantai.. sewaktu tsunami 2004 tu, area berdekatan ni yang dijadikan tapak operasi untuk misi bantuan dari pihak luar..


cantik kannn.. Subhanallah

membanting tulang

antara my best shot *perasan sendiri* .. :)

memori tsunami.. sejarah tercipta untuk umat hadapan..






-tamat-

Monday, June 11, 2012

ACEH 10 : Ujung Sumatera

terasa lama dak aku dok kat Aceh?
3 hari 2 malam ja pun tapi padat dengan aktiviti.. :)
ditambah lagi dengan kelembapan aku update blog, lagi la terasa lama dok kat sana..
bulan ni takde plan cuti2..kena jimat cuti (dan juga duit)...hu hu

aku paling suka view di aceh yang nampak banjaran barisan ni..  
segar ja..almaklumlah tak leh nak pi lagi negara omputih..

kawasan ni musnah dilanda tsunami.. dibangunkan dengan penempatan baru tapi ada juga yang tak diduduki..sebahagian besar juga ditanam dengan pokok bakau..


nampak tak penempatan di atas bukit tu, di sebelah kiri.. kampung tu disumbangkan oleh Jackie Chan, siap dengan sekolah, pasar, masjid dan kemudahan yang lain..lebih kurang seribu buah rumah disumbangkan oleh dia..

projek penanaman pokok bakau

perkampungan rumah dari Jackie Chan (dari dekat, tapi tak masuk ke perkampungan tu)



penghujung sumatera
Ujung Batee

pulau sabang

jalan2 sekitar universiti Aceh




makam sheikh kuala

Sejarah Sheikh Kuala
Syekh Abdurrauf Singkil (Singkil, Aceh 1024 H/1615 M - Kuala Aceh, Aceh 1105 H/1693 M) adalah seorang ulama besar Aceh yang terkenal. Ia memiliki pengaruh yang besar dalam penyebaran agama Islam di Sumatera dan Nusantara pada umumnya. Sebutan gelarnya yang juga terkenal ialah Teungku Syiah Kuala (bahasa Aceh, artinya Syekh Ulama di Kuala).

Masa muda

Nama lengkapnya ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkili. Menurut riwayat masyarakat, keluarganya berasal dari Persia atau Arabia, yang datang dan menetap di Singkil, Aceh, pada akhir abad ke-13. Pada masa mudanya, ia mula-mula belajar pada ayahnya sendiri. Ia kemudian juga belajar pada ulama-ulama di Fansur dan Banda Aceh. Selanjutnya, ia pergi menunaikan ibadah haji, dan dalam proses pelawatannya ia belajar pada berbagai ulama di Timur Tengah untuk mendalami agama Islam.
kami cuma tengok dari luar sebab kami pakai seluar..
nak masuk dekat dgn makam kena pakai kain batik depa..
abg yani bercerita, sebelum kejadian tsunami dulu tu, tokoh agama kat sini ada bermimpi yang aceh akan ditimpa bencana dan meminta penduduk kat situ berpindah..tapi penduduk pulak dok kata dia dah jadi gila sebab bersungguh2 suruh org pindah dari situ.. dia sempat berpindah dan pulang ke situ lepas kejadian tsunami.. makam ni tak terjejas walaupun terletak dekat sangat dengan pantai..


kawasan depan makam tu..dekat ja kan tapi Allah melindungi makam tu..



kereta kuda untuk pesta keluarga




Sunday, June 3, 2012

ACEH 9 : Pantai Lampuuk

meneruskan hari kedua di bumi Aceh, ke Pantai Lampuuk jom...

sesapa yang berminat nak dok kat homestay ni? 
kebanyakan mat saleh yang dok kat sini..

owner, bapak kawan abg yani

open air tu..he he

pondok utk rehat2 dan berkelah..

tak perlu naik bot ke pulau dah boleh main air yang jernih.. kalau kat pulau sabang, mesti lagi best..

rugi pulak tak spare baju lebih.. kalau tak, boleh mandi pantai ni..



mulanya tak plan pun nak lunch kat tepi pantai ni tapi memandangkan dah kul 2 lebih, so order je la kat sini.. yang bakar2 mcm kat bawah ni ja yg ada kat sini..

buah kelapa ni sangat banyak airnya..besar sungguh..tak larat nak abihkan..

sedapppp

fresh

nampak ja goreng kosong macam ni tapi kalau makan dgn sambal kat bawah ni...fuhhhhh..telan air liur kejap..


Alhamdulillah

kami singgah kat Masjid Rahmatullah berdekatan, yang merupakan masjid yg berdiri ketika dilanda tsunami.. sengaja dibiarkan sebahagian runtuhan kekal untuk peringatan kepada generasi akan datang...

foto2 yang dipamerkan kat dalam masjid..


kawasan Pantai Lampuuk sewaktu tsunami



kini



tersergam kukuh