Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, December 9, 2012

Winter @ Beijing 1 : Anganan Musim Sejuk

Bermula dari angan-angan kosong..
tambah lagi berangan bila selalu dok baca blog travelog.. ;)
dan akhirnya, selamat sampai di beijing 1 Disember lalu..
perasaan?
sangattttttt besttttt ;))
almaklumla, tak pernah lagi merasa musim sejuk..ni la first time..harusla hati berbunga2.. he hehe


dari penang pukul 11am, sampai lcct kul 11.55am.. flight ke beijing  kul 6.30pm.. jumpa kawan2 baru yang join pi beijing ni..total group 17 orang.. bukan pakej sangat pun tapi semua hal2 pakej kat china ni diurus oleh kawan kepada jiran norh.. tiket flight, kami book masa harga murah waktu bulan 2 hari tu..lama kan menunggu..he he

lunch nasi ayam kat taste of asia.. boleh tahan gak la harganya.. tp kan tak dak dah pilihan lain..teh lemon ais dgn nasi = rm14.95..
flight  kul 7.10pm..sampai beijing kul 12.15 am ..
nak clear imigresen punyala ramai org..dan penuh satu flight dgn orang malaysia.. beratuq punya beratuq, jadi orang hat paling last clear kat imigresen.. muka lady kat kaunter tu pun macam apa dah entah..
sampai hotel dan clear check in semua kul 3.40am..kul 4.30am baru la nak tidoq..tour guide tu bagi chance kami lena lama sikit since kami sampai sini pun dah lambat..dia pesan esok pagi, semua berkumpul kul 10am kat lobby..


menginap kat hotel long ding hua.. 4 bintang
selesa..



cantik deko restoran dia..


tapi menu setiap pagi almost sama setiap hari..so, kalau sesapa yang takleh terima hari2 menu yang sama, boleh la bawa sambal ke, tuna ke, tempe ke..
namun, bila bangun pagi dan lapar, belasah je la..kan...he he
jus oren nya sedap ;)





pagi pertama di beijing..
simpang depan hotel,
dok perati orang2 di beijing melintas jalan..
errr... macam mana nak lintas ni..tak paham..
macam semua orang bergerak dari semua arah..tapi tak eksiden pun..


skuter yang ada sarung tangan kat handle dan jaket kat depan..nak halang angin sejuk...
serius sejuk.. tapi best (maaf le kalau norh terlebih jakun..he he he)

luar hotel

orang naik basikal merata2..

antara pengangkutan yang praktikal untuk rakyat beijing..

pokok2 ditutup dengan kanvas hijau yang tebal ni untuk elak angin sejuk..

tourist guide kami, Mr Valon, rakyat China tapi bukan lahir di Beijing..
belajar di Universiti Beijing dalam bidang tourism dan telah 8 tahun bekerja sebagai tourist guide.. banyak jugak info pasal Beijing yang dia share dengan kami..

gambar kat atas ni tengah berpesan, berhati2 dengan orang yang jual barang kat kaki lima, walaupun barang murah tapi kena berhati2 mungkin kita ditipu dengan wang palsu..
 


kata dia;
"semua orang boleh dapat kerja di Beijing, tapi susah nak dapat real job di Beijing"














ok dear,
sampai sini dulu..


Post a Comment