bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, October 28, 2011

KRABI: III

Pagi hari kedua kami menapak area resort tu..konon2 nak cari kedai untuk breakfast sendiri... tapi hanya menjamu mata dengan persekitaran dan pantai aonang.. jalan sunyi pagi2 ni..almaklumla, sebelah malam lebih meriah.. dukacita dimaklumkan, area berdekatan dengan areetara ni tak nampak pun kedai makan ye.. jadi, kami tahan tuk tuk dan minta dia hantarkan ke kedai makan halal.. caj rm2 gak sorang.. pakcik ni bawa la kami ke kedai ni, tapi tak sempat tengok nama la..yang aku ingat, lepas stesen minyak kecik kat aonang dan dekat dengan McD.. actually ada gak yang muda2 bawa tuk tuk tapi semua yang kami naik ni, semua pangkat pakcik2 :P
pakcik tu sendiri offer nak tunggu kami abih breakfast dan hantar kami balik resort semula..ok la tu..

mula2 sampai kat restoran tu, aku dah perasan, semua lelaki, ramai pulak tu, betul2 kedai kopi ni, semua lelaki...
kat kedai ni, pagi2 pun dah ada nasi dan lauk..tapi kami cuma pilih kuih muih ja.. takdak selera la pulak nak makan nasi pagi2 ni.. laksa pun ada..
masing2 dah order air, menyembang pakai bahasa rasmi kami la kan.. sekali, org meja belakang tegur..

"mai mana ni?"

dia tegur kami sebab dengar kami cakap kedah..mula, dia ingatkan kami ni orang siam.. untuk pengetahuan kawan2 semua, sepanjang kami kat sana, semua orang dok cakap bahasa thai dgn kami; macam confirm benar kami ni orang siam..teguran tu selalunya dibalas dengan gelengan..(sampaikan ada kes waktu aku nak beli tiket ketapi balik ke sp..hu hu hu, nanti tunggu sampai part tu eh)..
ada nampak keturunan siam kah?..

tanya punya tanya, alih2 depa satu kampung dengan housemate dan kawan housemate..siap kenai mak ayah kawan2 aku ni.. dok berjejak kasih la pulak kat kedai ni..

depa ni pun dok keluar pertanyaan yang sama..belajaq mana?
haishh..sekali lagi.. :P

muka depa ala2 terkejut kami kata mai naik train 4 orang..

dipikir balik, aku nak tergelak, keciknya dunia, boleh dok mai beramah tamah kat krabi ni dengan orang kampung..ha ha ha

siap tanya akaun fb lagi..tapi sampai la ni, aku tak add lagi pun.. nanti saya rajin, saya add dato' .. :) dan part best, depa blanja breakfast pagi tu.. kalau tau, makan lagi banyak..he he he

aku rumuskan dengan housemate; takleh nak cakap lepas ja sekarang ni, sebab sebelum keluar pagi tu aku ada sembang dgn housemate;
"kat krabi ni nak buat perangai lagu mana pun tak pa, takdak orang kenal kita.."
he he he..statement tu dah tak valid ya..jumpak orang kampung pulak tu..pastu memang ramai malaysian yang ke sana..tiap kali trip, mesti jumpak orang yang tau cakap bahasa melayu.. :)


dari aras 4 areetara
sweet sangat skuter ni..

antara kedai2 yang provide pakej2..

harga pakej, kalau kawan2 berminat nak ke krabi..

pantai aonang
malam kat sini, meriah..

baru belajar nak pos poskad..












walaupun pulut kosong tapi sedap


pisang goreng yang sedap

depa offer snap gambar

orang kampung.. :)


teh kaw betul..

ni pun depa tolong snap..

pagi di aonang






bersambung dengan cerita ke pulau...

5 comments:

Qhaifa Nur said...

salam singgah

bestnya jenjalan..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

h4ni3 said...

nampak cantik n moden la jugak bangunan kedai2 kat sana ek

Kakzakie said...

Kakak tertinggal rupanya norh. Kena patah balik baru baca ini. Ok... nice travel walau berempat...

Lina Rahim said...

Norh, bestnya..nak g jugak..

Nak tanya banyak soalan ni..
1) kalau macam Norh naik train tu, dari stesen mana dan akan brenti di stesen mana? brapa harga tiket?

2) yang pakej2 di Krabi tu, semua di Aonang ke?

Eh, macam banyak sangat..haha..

gedek! said...

kalau uncle naik skuter tu, uncle pakai topeng dulu....!

hehe