bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, March 27, 2012

Aceh 2

sejarah tsunami dikisahkan semula oleh abg yani sepanjang perjalanan di sana.. melawat tempat pltd apung 1 tersadai, dibawahnya rumah2 dan mayat2 warga aceh.. melihat sebuah kapal sebesar ni dihanyutkan jauh dari perairan..Subhanallah.. betapa Dia Maha berkuasa..kapal ni dahulunya digunakan untuk menjana tenaga untuk kegunaan banda aceh..

abg yani terlibat secara langsung dengan persatuan palang merah, bertugas pada bahagian logistik.. menceritakan suasana dan penglibatannya sewaktu kejadian, bagaimana mayat2 dikumpulkan dan ditanam.. bagaimana kehilangan ahli keluarga, betapa ada juga yang datang membantu tetapi tak ikhlas.. bau mayat orang islam, orang bukan islam, mayat bayi, mayat alim ulama...membantu dan melihat aceh pulih sepenuhnya dalam masa empat tahun.. semestinya pengalaman paling mahal dalam hidup dia...

bagaimana situasi aceh ketika itu tentunya jauh beza dengan paparan foto2 sewaktu aku di sini..seolah2 tsunami tak pernah berlaku..kalau bukan disebabkan peninggalan runtuhan bangunan yg sengaja atau tidak sengaja dibiarkan..

mendengar kisah dan melihat sendiri aceh sekarang..terdetik; mereka diuji dengan ujian yang dasyat tetapi mereka bangun..

pltd apung ini tidak bercadangkan dialihkan dan macam mana eh kalau depa nak alihkan? kerja2 penambahbaikan sedang dijalankan dan kami tak boleh naik ke atas kapal tu.. sebelum ni kak shila bagitau, dia sempat naik kat atas kapal tu dan tinjau di dalam.. rumah2 di sekeliling pun dah tak nampak kesan tsunami.. kecuali rumah di sekitar kapal yng masih dikekalkan..

satu lagi tempat yang kami melawat adalah taman penghargaan buat seluruh dunia yang telah menyumbang tenaga, wang dan usaha untuk sama2 memulihkan aceh dan membantu membawa kemajuan kepada aceh.. bantuan dihulur tanpa mengira kaum dan agama..






 









luas sangat taman ni, tak larat nak cari tugu Malaysia




Sunday, March 25, 2012

Aceh 1

salam teman2 semua...
sihat?
mood nak blogging tertinggai ataih flight.. :P he hehe

.. cerita phuket tak abih, medan pun tak cerita lagi, aceh cuma share sekeping gambar ja hari tu..
pastu tetiba kena pi singapore pasal keja..mula2 tak mau pi, sebab confirm la balik nanti dapat projek.. tapi bos pujuk buat statement, " u can moving around there".. sempat la berjalan2 walaupun mulanya terpaksa .. hehe
dan terasa nak bercerita pasal aceh dulu sekarang ni..

alkisahnya, balik dari aceh memang aku semangat nak share cerita pasal aceh..sebab aku rasa tak ramai lagi yang ke sana.. dan aku rasa suka dengan suasana aceh.. macam rasa berada kat malaysia gak.. tapi semangat hanya tinggal semangat la..ada ketika aku rasa mungkin aku takkan buat blog lagi dah kot..(atas alasan yang biasa iaitu sibuk keja).. tapi serius, aku rindu dengan kawan2 blog.. :)

berangkat ke aceh 2 mar; sampai di sana tengahari, airportnya lebih cantik dari medan..ramai gak mat/minah saleh ke sana.. ingatkan takdak mat saleh..destinasi depa adalah ke pulau sabang.. aku ke sana dengan kak shila, kawan yang cuma aku kenal waktu short course dalam industri yang sama.. dia baru beralih bidang & baru buat perkidmatan kembara ni...sesapa nak pi aceh, boleh bagitau saya eh..

kami dijemput oleh abang yani, pemandu pelancong..tapi cepat sungguh mesra dan tak lokek kongsi pengalaman hidup dia dan kisah tsunami aceh.. dia tengah kerja dengan dengan persatuan palang merah waktu terjadinya tsunami 2004 dulu.. 

singgah makan kat umah emak abang yani sementara dia solat jumaat..dijamu mee kuah dengan jus markisa..bertambah2 pinggan kami..he he.. jumpa adik abang yani..sambil dok layan azra, umur 4 tahun..suka tengok keletahnya dan bijaknya..kecik2 dah ke sekolah..

 lapangan terbang


 segar


 jumaat tengahari..lengang


 saujana mata memandang

 tengah haus minum jus ni, memang marveles lah..

 sedap!!!

 si azra yang cute dan abangnya yang nakal..

 tuan rumah

cantik kan rumahnya..





*sampai berjumpa di lain episod :) *

Wednesday, March 7, 2012

tanah aceh

fuuhhhhhhh...berhabuknya di sini

tuan tanah tertekan kat tempat keja

waktu cuti pi berjalan-jalan nak hilangkan tekanan


bumi Aceh 02-05 Mac 2012

dengan teman-teman baru yang sempoi :))