bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Wednesday, April 1, 2015

KEMBARA EROPAH 23 : PARIS KOTA CINTA - Muzium Louvre

Day 11

05 dec 2013

Pukul 4.30 pagi memang tak boleh tidoq dah kat airport ni...tidoq pun tidoq2 ayam saja..pukul 6 gerak cari tix rer nak ke gard du nord.. hostel kat situ.. 
sedang dok terpinga2 macam mana nak beli tix.. akhirnya kami beli tix yg harga 1.7E kat mesin.. pastu dok tengok skrin nak pilih tren yg mana.. tiba2 ada sorang makcik tanya kami ada apa2 yg boleh dia bantu ka.. kami kata nak ke gard du nord.. pastu dia bersungguh tolong bagitau kami.. (dalam hati dok pikiaq mcm2 jugak, kot2 la dia nak menipu..huhu..jahat nya hati ini) 
rupanya kalau nak ke paris dari cdg airport ni,  kena ambik tix yg 9.5E sehala ke gard du nord.. tak boleh guna yg 1.7E tu..dalam 1 jam kami dah sampai gdn.. org tak ramai lagi waktu pagi ni dalam train..

sampai kat gdn pening kepala.. ramai betul orang dan masing2 laju nak ke tempat keja..first time ni ada pengalaman yg macam ni..gerun gak la.. cari lif pun tanya org, nasib baik depa layan gak.. terpaksa cari lif la wei, beg berat.. takdak makna nak bergambaq bagai kat sini..hehe

pastu teruskan usaha cari hostel masevou.. sampai hostel, simpan luggage dan tak boleh check in lagi..terus keluar ke museum louvre..naik rer turun turun stesen chalte..pastu cari arah jln rivoli..then jalan sampai hujung jalan tu sampai jumpa palais of louvre..dalam tu la sempat bergambar dengan si monalisa :)

tapi nyaris2 nak sesat jugak la sebab dah jalan jauh tapi masih tak nampak bayang muzium tu pun..tapi seperti selalu, tak boleh mudah mengalah kalau dah katanya jalan2 sendiri ni..

boleh tahan ramai kat muzium tu..besar jugak..jenuh la jalan2 kat muzium dengan perut kosong.. ;p



Hystory of the Louvre

"The Louvre, in its successive architectural metamorphoses, has dominated central Paris since the late 12th century.Built on the city's western edge, the original structure was gradually engulfed as the city grew. The dark fortress of the early days was transformed into the modernized dwelling of Francois I and later, the sumptuous palace of the Sun King Louis XIV. Here we explore the history of this extraordinary edifice and of the museum that has occupied it since 1793."

ni la Gard Du Nord

Ni dah sampai entrance nak masuk muzium..hehe
tapi kena jalan masuk jauh lagi..






dah jumpa piramid ni, betul la ni :)







Monalisa :)




























ni bukan barang2 kat dalam muzium, yang ni kat kedai souvenir..






ni dah kat luar muzium..kami keluar ikut mana ntah..



masa kat luar ni, ada org kulit hitam jual key chain dan replika Eiffel tower.. beli 4pc 10E..key chain 5pc 1E.. pastu dah lapar kan, nak cari kedai makan muslim.. tak jumpak..terpaksa makan mcd ..

then nak ke Eiffel tower..dari chalte ke notre dam dan tukar line kuning..pastu lagi 4 stesen sampai Eiffel tower.. mula2 sampai area tu, langit still cerah.. macam besi buruk pulak tower tu dari jauh.. selfie dan shoot banyak2..pastu dah agak malam sikit makin cerah tower tu dgn lampu..memang cantik sangat.. tak jemu mata memandang.. memang nak memandang ja.. 
sebelum mai europe ingatkan nak naik Eiffel tower tu tapi ramai betul orang..

gambar2 Eiffel tower boleh refer entri sebelum ni ye..

dah kesejukan di situ, kami ambik tren balik ke gdn..
balik terus tido sebab ngantuk dan letih..

3 comments:

rosli said...

As Salam Norh,

Bestnya Paris.....saya dulu tahun 1999 dari CDG ke Paris dapat 4 jam je....masa x cukup masa tu...duit pun x ada....sempat amik gambar kat Effiel Tower dlm hujan pulak....masa tu guna kamera filem lagi....hahaha...lepas tu terus ke Amsterdam.....ruginya terasa hingga skrg. Entah bila lagi dpt peluang ke Paris

ANIM said...

kulit hitam banyak ye norh. zaman kak p dulu banyak bangla. bersepah bawah eiffel, pandai cakap melayu sikit2 lak tu. merasalah juga naik besi buruk tu hingga 2nd floor, huhu....

norh said...

Itu la..dulu2 kan guna kamera filem..tak tau gambar tu jadi elok ke tak..kalau pakai digital..terus boleh review..tu yg jd snap banyak gambaq tu..
Tapi best kan moment kat eiffel ni ;)