bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, March 11, 2016

NORH'S JOURNEY TO MELBOURNE AND NEW ZEALAND

As salam..

dah lama tak menaip di blog ni..tak tau nak start macam mana..jenuh mencari idea..hahahaha..
jadinya..untuk warming up ni, norh terus ja menaip apa yang terlintas dalam fikiran ni.. walau pun tak betul susunan ayat tu..bertabah lah kalau nak membaca entry ni ye..heheheh

gambar-gambar dah lama upload..tapi tak tau nak cerita lagu mana :p

hmmmm...

ok, kita start macam mana norh boleh terbeli tiket mebourne and new zealand ni ye..

sejarahnya: sejarah la sangat kan...

dalam bulan puasa tahun lepas..norh dok pikir-pikir; nak ke mana la tahun 2016 ni.. setakat waktu tu, belum ada apa-apa plan lagi.. dok menggugel la mana-mana destinansi yang agak2 norh boleh pi dengan selamat seorang diri memandangkan housemate norh dah nak kawen...dan norh ni pun tak la banyak sangat kawan yang boleh nak travel ni.. maklumla..semua pun masing2 dah ada famili sendiri.. tinggal la norh terkontang- kanting seorang :p

then, nak dijadikan cerita..terjumpa post kat group fb... ada member group offer sesiapa nak join trip ke melbourne dan new zealand.. 
setelah berfikir2,.. bahagi tambah darab tolak..norh setuju untuk join.. ingatkan ramai yang nak join.. rupanya yang pegi cuma kami berdua.. tuan empunya yang offer..dan norh sebagai orang yang menumpang trip ni :p

maka..setelah membeli tiket penang-kl-melbourne-christchurch-melbourne-kl-penang, confirm la norh bakal ikut trip ni.. yayyyy :)

norh sendiri pun macam tak percaya ja dah jejak melbourne dan new zealand :)

namun..trip ni telah menambah lagi lembaran pengalaman hidup norh...ada suka..ada duka..yang pastinya, yang best-best saja akan di paparkan kat blog ni (tupun kalau ter updatela entri ni kan)...

walaupun ada sedikit yang norh terkilan, norh tetap enjoy journey ni sebab that is my decision.. fokus untuk happy walaupun ada kalanya sukar untuk kita hadapi masa2 tertentu..

about the countries..kedua-duanya cantik dan mesra dan baik untuk norh...
new zealand kena repeat..hehehheheh


Untuk first entri ni, norh buat summary Road Trip kat New Zealand dan Melbourne.. details entri akan menyusul (tak pasti bila :p  )





basically..perjalanan sepanjang di south islanad, new zealand ni adalah mengikut turutan di bawah (6 hari);

christchurch>timaru>queenstown>te anau>invercargill>dunedin>oamaru>christchurch



dan, perjalanan kat Great Ocean Road ni seperti di bawah (2 hari):

melbourne>torquay>anglesea>lorne>apollo bay>port campbell> apollo bay>melbourne



dan pengembaraan pun bermula...hikkssss

setahun berlalu melihat pemandangan yang macam ni..
last year ke Jepun :))

first day kami sampai.. jalan2 kat melbourne.. sempat pegi Flinders Street dan Victoria market

sempat jugak naik steam train ni..Puffing Billy


scenery ni kat Timaru, New Zealand..

malam kedua tu, tak tido pun kat melbourne.. flight ke Christchurch..
sampai new zealand pagi tu, terus drive ke timaru.. first time drive kat tempat orang..seriau sangat aih..

ada sikit mengantuk la waktu drive tu sebab tak dapat rest yang cukup
tapi..sepanjang perjalanan memang cantik la kiri kanan laluan tu..

kebanyakan rumah kat new zealand ni ada taman yang sangat cantik..bunganya lawa2 dan terjaga betul..
semangat buat norh balik untuk jaga taman norh :))

dah sampai rumah bnb, kami lena sejam dua.. baru keluar jalan-jalan..
dekat pantai ni, ada penguin waktu malam..

balik rest dan dinner...cantik kan roses ni

malam kami kembali untuk tengok pengun :))
sebenarnya tak boleh on flash tau bila tengok penguin ni..dan norh pun off flash..tapi tak perasan, walaupun flash off..tapi still kamera akan keluarkan lampu, walaupun ambik gambar ni sejauh jarak ni..sekali kena sound dengan guard pantai yang jaga penguin tu..huhuhuhu...
penguin tu kat celah2 rumput tu


esok pagi..bergerak ke queenstown.. SubhanAllah sepanjang perjalanan :)

sepanjang perjalanan..macam ni lah..
kiri kanan ladang2 yang besar2..

berhenti di tasik yang pertama..tasik tekapo

ini tasik yang kedua.. tasik pukaki

rasa nak lepak ja kat bawah pokok tepi tasik ni..tak mau buat apa-apa..cuma nak tengok tasik ni dan nak rasa angin tasik ni ja :)

sambung perjalanan lagi, sempat singgah untuk petik ceri..manis sungguh..

berhenti untuk ambik gambar..macam nak mandi ja kan.. waktu i drive memang  panas..lalu gunung ganang berbatu..har-hari drive masa summer, sunburn sangat muka..

sampai di queenstown dah nak malam..menginap dekat dengan town..keesokan harinya kami naik cable car..

dan jetboat kat tasik ni..walau harga mahal..tapi besttt :))

sepetang di Te anau

next day, on the way ke milford sound

mirror lake

milford sound cruise
sampai basah baju la..bot pegi dekat dengan air terjun tu :)

menuju invercargill


invercargill

dunedin

Otago Peninsula

Katiki Point..seksa weh nak sampai sini..luckily bukan norh yang drive waktu ni..kalau tak, maunya nak patah balik :p

bermalam di sini, tapi bukan kat dalam caravan ni la..ada hostel

oamaru

pekan yang tenang :)

balik ke melbourne..first time melalui senja yang panjang

start road trip kat melbourne..

Torquay

Anglesea



Great Ocean Road..will never forget this journey..

sebelum ni tengok gambar kat internet ja..dah tau dah actual scenery macam mana.. heeheee

apollo bay

mengah weh naik tebingt u.. semput la di kala usia begini..huhuhu

12 apostles

london bridge

 great ocean road adventure with hyundae santafe..berbaloi-baloi :))

patah balik ke otway cape..hari sebelum, tak sempat nak ke sini..

on the way balik..terserempak dengan koala bear.. semua pakat berenti keta dan turun ambik gambar koala bear ni berposing

ni dah kat klia2..

i love my hometown















-to be continued-

7 comments:

nohas said...

cantiknya view...bukit bukau, laut & pantai..
batu-batu yg disusun tepi pantai tu menarik...berbaloi cover dua negara ni..

Wa said...

Melbourne dah sampai ..NZ tu tak taulah bila akan sampai..jelesnyaaaaaaa.....:) Tapi view memang lawa2 sungguh,

Pen Biru said...

eh norh..lenkali kalau xde geng ..roger2 la..sy pun mmg kaki melancong n melencong nih. last year dh g korea..next ni xtau nk g mana..baru plan nk g NZ direct flight AA je..tp tulah.. kaki backpaker ni kena plan btol2 lak..

wahida said...

ya Allah...subhanallah...cantik semua view....

tasik pukaki tu....ohsemnyaaaaaaaaaa....

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Uncle said...

Assalamualaikum.
Lama sunggoh Uncle dok tunggu entry baru....

norh said...

Uncle... hahahhahhaa..saya tengah bertapa :)