bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, March 11, 2016

NORH'S JOURNEY TO MELBOURNE AND NEW ZEALAND

As salam..

dah lama tak menaip di blog ni..tak tau nak start macam mana..jenuh mencari idea..hahahaha..
jadinya..untuk warming up ni, norh terus ja menaip apa yang terlintas dalam fikiran ni.. walau pun tak betul susunan ayat tu..bertabah lah kalau nak membaca entry ni ye..heheheh

gambar-gambar dah lama upload..tapi tak tau nak cerita lagu mana :p

hmmmm...

ok, kita start macam mana norh boleh terbeli tiket mebourne and new zealand ni ye..

sejarahnya: sejarah la sangat kan...

dalam bulan puasa tahun lepas..norh dok pikir-pikir; nak ke mana la tahun 2016 ni.. setakat waktu tu, belum ada apa-apa plan lagi.. dok menggugel la mana-mana destinansi yang agak2 norh boleh pi dengan selamat seorang diri memandangkan housemate norh dah nak kawen...dan norh ni pun tak la banyak sangat kawan yang boleh nak travel ni.. maklumla..semua pun masing2 dah ada famili sendiri.. tinggal la norh terkontang- kanting seorang :p

then, nak dijadikan cerita..terjumpa post kat group fb... ada member group offer sesiapa nak join trip ke melbourne dan new zealand.. 
setelah berfikir2,.. bahagi tambah darab tolak..norh setuju untuk join.. ingatkan ramai yang nak join.. rupanya yang pegi cuma kami berdua.. tuan empunya yang offer..dan norh sebagai orang yang menumpang trip ni :p

maka..setelah membeli tiket penang-kl-melbourne-christchurch-melbourne-kl-penang, confirm la norh bakal ikut trip ni.. yayyyy :)

norh sendiri pun macam tak percaya ja dah jejak melbourne dan new zealand :)

namun..trip ni telah menambah lagi lembaran pengalaman hidup norh...ada suka..ada duka..yang pastinya, yang best-best saja akan di paparkan kat blog ni (tupun kalau ter updatela entri ni kan)...

walaupun ada sedikit yang norh terkilan, norh tetap enjoy journey ni sebab that is my decision.. fokus untuk happy walaupun ada kalanya sukar untuk kita hadapi masa2 tertentu..

about the countries..kedua-duanya cantik dan mesra dan baik untuk norh...
new zealand kena repeat..hehehheheh


Untuk first entri ni, norh buat summary Road Trip kat New Zealand dan Melbourne.. details entri akan menyusul (tak pasti bila :p  )





basically..perjalanan sepanjang di south islanad, new zealand ni adalah mengikut turutan di bawah (6 hari);

christchurch>timaru>queenstown>te anau>invercargill>dunedin>oamaru>christchurch



dan, perjalanan kat Great Ocean Road ni seperti di bawah (2 hari):

melbourne>torquay>anglesea>lorne>apollo bay>port campbell> apollo bay>melbourne



dan pengembaraan pun bermula...hikkssss

setahun berlalu melihat pemandangan yang macam ni..
last year ke Jepun :))

first day kami sampai.. jalan2 kat melbourne.. sempat pegi Flinders Street dan Victoria market

sempat jugak naik steam train ni..Puffing Billy


scenery ni kat Timaru, New Zealand..

malam kedua tu, tak tido pun kat melbourne.. flight ke Christchurch..
sampai new zealand pagi tu, terus drive ke timaru.. first time drive kat tempat orang..seriau sangat aih..

ada sikit mengantuk la waktu drive tu sebab tak dapat rest yang cukup
tapi..sepanjang perjalanan memang cantik la kiri kanan laluan tu..

kebanyakan rumah kat new zealand ni ada taman yang sangat cantik..bunganya lawa2 dan terjaga betul..
semangat buat norh balik untuk jaga taman norh :))

dah sampai rumah bnb, kami lena sejam dua.. baru keluar jalan-jalan..
dekat pantai ni, ada penguin waktu malam..

balik rest dan dinner...cantik kan roses ni

malam kami kembali untuk tengok pengun :))
sebenarnya tak boleh on flash tau bila tengok penguin ni..dan norh pun off flash..tapi tak perasan, walaupun flash off..tapi still kamera akan keluarkan lampu, walaupun ambik gambar ni sejauh jarak ni..sekali kena sound dengan guard pantai yang jaga penguin tu..huhuhuhu...
penguin tu kat celah2 rumput tu


esok pagi..bergerak ke queenstown.. SubhanAllah sepanjang perjalanan :)

sepanjang perjalanan..macam ni lah..
kiri kanan ladang2 yang besar2..

berhenti di tasik yang pertama..tasik tekapo

ini tasik yang kedua.. tasik pukaki

rasa nak lepak ja kat bawah pokok tepi tasik ni..tak mau buat apa-apa..cuma nak tengok tasik ni dan nak rasa angin tasik ni ja :)

sambung perjalanan lagi, sempat singgah untuk petik ceri..manis sungguh..

berhenti untuk ambik gambar..macam nak mandi ja kan.. waktu i drive memang  panas..lalu gunung ganang berbatu..har-hari drive masa summer, sunburn sangat muka..

sampai di queenstown dah nak malam..menginap dekat dengan town..keesokan harinya kami naik cable car..

dan jetboat kat tasik ni..walau harga mahal..tapi besttt :))

sepetang di Te anau

next day, on the way ke milford sound

mirror lake

milford sound cruise
sampai basah baju la..bot pegi dekat dengan air terjun tu :)

menuju invercargill


invercargill

dunedin

Otago Peninsula

Katiki Point..seksa weh nak sampai sini..luckily bukan norh yang drive waktu ni..kalau tak, maunya nak patah balik :p

bermalam di sini, tapi bukan kat dalam caravan ni la..ada hostel

oamaru

pekan yang tenang :)

balik ke melbourne..first time melalui senja yang panjang

start road trip kat melbourne..

Torquay

Anglesea



Great Ocean Road..will never forget this journey..

sebelum ni tengok gambar kat internet ja..dah tau dah actual scenery macam mana.. heeheee

apollo bay

mengah weh naik tebingt u.. semput la di kala usia begini..huhuhu

12 apostles

london bridge

 great ocean road adventure with hyundae santafe..berbaloi-baloi :))

patah balik ke otway cape..hari sebelum, tak sempat nak ke sini..

on the way balik..terserempak dengan koala bear.. semua pakat berenti keta dan turun ambik gambar koala bear ni berposing

ni dah kat klia2..

i love my hometown















-to be continued-

Sunday, February 21, 2016

NORH'S ROAD TRIP 2016



ALHAMDULILLAH

:)

Road Trip di New Zealand dan Australia dipermudahkan...


suatu scenery di New Zealand..

SubhanAllah

walaupun cuma snap dari dalam kereta yang cerminnya berhabuk dan tiada suntingan gambar dilakukan (kecuali resize)




Great Ocean Road, Melbourne




Road Trip norh yang pertama di luar negara...
Banyak pengajaran yang norh lalui...
Will never regret of whatever happenned..
Akan dikongsi yang mana2 patut..



Tuesday, January 26, 2016

missing the old blogging days...

Salam :)

Dah lamaaaaaaaaaaa sangat tak tuan rumah tak jenguk blog sendiri..apatah lagi nak membuat entri kan..padahal banyak nak bercerita (bercerita la sangat kan :p )...
 
banyak lagi kisah2 travel yang tak tercatat dalam seriastana ni.. banyak jugak pengalaman kehidupan yang rasanya nak kongsi bersama tapi hajat tak tercapai.. kekangan masa atau kemalasan..kedua2 nya kot..hahhahhaha.. life as single lady; nampak macam ada masa..tapi sibuk jugak..macam2 aktiviti nak dibuatnya..

konon azam tahun baru nak hidupkan balik blog ni..tapi penghujung bulan satu ni baru ada mood nak masuk blog sendiri.. norh sendiri pun doakan agar dapat menghabiskan entri ke Osaka ni dan trip2 ke tempat lain..untuk panduan diri sendiri jugak.. worst case, kalau dah tak menyempat sangat, mungkin blog ni akan bertukar menjadi photoblog :p

kawan2 blogger pun mungkin dah terlupa siapa norh..hahahhaaha

2016 life; ingatkan semakin dah dewasa ni, kehidupan menjadi yang biasa2 dan normal saja..tapi untuk hari pertama di tahun 2016 ni saja, terima suatu perkhabaran di ofis yang errgghhhhhhhhhhh...norh tak nak fikir sampai tiba waktu tersebut.. first day pun dah rasa mencabar tahun ni..tak tahulah situasi sebenar..doakan yang baik2 saja dan dipermudahkan segala urusan..

whatever it is, KEHIDUPAN perlu diteruskan, jejak kaki harus ditinggalkan di segenap pelusuk negara di dunia..hhihihihihi
dan pasal travel pulak, hobi yang tak boleh dilupakan, walaupun blog tak update tapi jiwa travel ni tetap membara..now counting days nak naik flight..nervous dah terasa...hehehheheh

tapi maybe kena slow down sikit kot tahun ni sebab dah tambah komitmen baru..dan ekonomi negara yang tak menentu ni..segala barang nak naik harga..darah pun dah naik dah sejak kebelakangan ni dek pak2 menteri kita..haisshhhh

norh doakan yang terbaik untuk readers semua di tahun 2016 ni.. wish ni patut buat masa awal tahun baru kan..tapi nak buat macam mana kan..tapi norh tetap nak ucap jugak :))

Jom sama2 upgrade diri di tahun 2016 :)

 

kehidupan ibarat kepelbagaian rupa, warna, rasa, bentuk seperti yang ada dalam replika makanan di atas..

motif sangat kan nak letak gambar makanan :p