bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, April 12, 2011

HIJAU ITU INDAH DAN PERMAI

hari sabtu hari tu, housemate ajak panjat bukit H.. dan pagi tu jugak, cuaca mengizinkan, jadi takde alasan nak duduk bawah selimut lagi pagi2 sabtu yang damai tu..he hehe.. maka kami pun menggigihkan diri pagi tu..ini kali kedua aku ke sini selepas kali pertama ... aku dah lama tak exercise ni, sangat tercungap lah waktu pendakian tu..peluh menitik-nitik..harap2 racun2 dalam badan ni pun ikut keluar sekali...

hijau tak entry aku kali ni? :)) 
hijau itu indah dan permai kan kak ina?

entry kali ni aku tujukan pada kak ina, antara blogger yang mula2 aku berkomunikasi dalam dunia blog ni dan sampai sekarang pun, aku masih suka bertandang ke blog kak ina...kak ina rajin singgah di seriastana.. tima kasih kak atas komen2 akak.. :))
kak, bila nak mai utara?



jangan tanya berapa ketinggian dari paras ni.. aku tak tau..tapi rasa tak mau naik dah pun ada.. :P


Gunung Jerai...bila2 nak ke sana pulak, tapi of coz naik keta untuk ke puncak..


suka tengok pokok sebatang tu...

nampak tak dari kejauhan itu? cuba teka apakah itu...
Pulau Mutiara


lanskap senduduk...natural tau..bukan org tanam...

indah bukan?

permai bukan?
laluan pulang kali ni, agak jauh tapi landai..





6 comments:

miloais said...

rajin uols pegi mendaki...

iols dah lama tinggalkan hobi lasak ni...
masa student dulu rajin gak la...

gedek! said...

Uncle suka mendaki kalau menggunakan elevator....

Daddy Ziyyad said...

Sila bagi nama penuh Bukit H berserta lokasi GPS nya. Saya nak daki. Terima kasey...

~haha

ps: Dulu saya selalu naik bukit dekat dgn Bukit Jambul, Penang tu.

norh said...

*milo

sementara masih ada daya.. :)

norh said...

*gedek!

kat mana bukit yg ada elevator tu uncle? nak try jugak..

norh said...

*Daddy Ziyyad

sila ambik perhatian;
nama sebenar: bukit Sg Pasir
lokasi: Latitude. 5.6°, Longitude. 100.4666667°

ha ha ha

dulu2 pun saya naik gak bukit Jambul tu..berangin ja lepak kat atas tu..zaman muda remaja dulu..