bandar sg petani..
gunung jerai..last hiking masa tingkatan tiga..
kalau orang nak ajak aku hiking sekarang ni, pikir 30 kali dulu kot..hu hu hu
akhirnya sampai kat puncak bukit H :)
masa nak turun ..
perlu menggunakan kemahiran lutut dan tapak kaki untuk menuruni bukit yang ada batu2 kecil..
start point dekat kawasan yang nampak jalan tanah merah tu...tinggi tak?
tempat aku ambik gambar ni lebih kurang 25% perjalanan untuk ke puncak..
Petang sabtu hari tu, bukit H berjaya ku tawan..ha ha ha..ala..itupun nak bising..orang lain dah brapa kali naik ntah..steady ja pulak tu..he he
aku ni first time naik..dah tu tercungap2 macam la naik gunung..tapi exercise panjat bukit ni memang best lah..terasa lemak2 terbakar.. :P
Bukit H ni kat taman semarak,sp.. belakang rumah2 orang ja..waktu naik tu..aku siap bawa beg galas, air kosong 1 liter.. pakcik2, makcik2 yang dah biasa panjat bukit tu tak de pun la bawa2 air macam aku ni.. tak kisah la, kalau nak ikut segan, tak pasti la boleh sampai ke puncak ke tak...setengah jam jugak la nak sampai ke puncak..
dan aku berjaya untuk pertama kalinya :)
mendaki bukit ni, tak la sepenat trekking taman negara pulau pinang ... lepas ni boleh mai lagi la bukit ni...
ada jugak budak2 lelaki sekolah rendah, laju sungguh naik bukit tu..tak nampak penat langsung..dah tu cuma pakai selipar & then boleh turun berlari pulak tu.. (hmmmm sedar2 la sikit norh, awak tu dah bertambah umur..depa tu muda lagi)
p/s: mate, bila nak pegi daki ni?
5 comments:
Assalamualaikum Norh
tahniah
hebat
kira dah setaraf dgn budak2 sekolah tuuu
tapi mereka sampai dulu
he he
Wassalam
Norh tak takut ke?tempat cam sunyi je.Akak kalau naik bukit tu, mesti tercunga-cungap, pasal dah lama tak berjogging.stamina dah tak de.
*Rozali
Waalaikumussalam
ha ha ha..tunggu sampai saya dapat berlari macam budak2 tu, baru dikira setaraf dengan depa.. :)
*kak ina
hari tu kan CNY..macam kurang sikit orang..tapi selalunya ramai..lagipun saya memang snap tempat yang tak nampak orang..he he
Izinkan saya menceritakan sediki mengenai bikit tu..Saya dan kekwn selalu juga naik bukit tu untuk berkelah dan mencari buah2an hutan seperti kembang semangkun, kana, pala dan lain-lain lagi.
Dulu banyak pokok balak yg besar-besar.. la ni pokoko besar boleh dikira tinggal berapa batang saja.. sedih sungguh..hutan pun dah makin mengecil kerana ada pemilih dah teroka utk taman semula..kira ok la tu tapi yang korek nak meruntuhkan bukit juga ada..tu yanh sedih
Skg kalau ada masa naik juga..treknya lebar jauh beza zaman saya dulu..
apa pun nait kita utk beriadah kira ok le..
satu lagi, banyak jalan kalau nk naik bukit H, melalui tmn semarak,tmn jenaris, tmn merbau semua boleh..tentu sekali cabaranya berbeza-beza.
ok sekian selamat naik bukit H, utk kesihatan fizikal dan mental.selamat.
Post a Comment